yang tak berapa berhingus

Khamis, 13 Mac 2014

Ramalan ala-ala Nostradamus dan teori konspirasi kehilangan pesawat B777 MAS MH370 - perlu percaya atau tidak

sudah masuk hari kelima kehilangan pesawat MAS MH370. usaha dipergiatkan. kawasan pencarian diperluas. bantuan mencurah datang dari segenap masyarakat dalam dan luar negara.

punca kehilangan pesawat ini benar-benar membingungkan. tidak keterlaluan jika saya katakan, ini insiden membabitkan kapal terbang paling pelik, buat setakat ini. Pakar-pakar penerbangan, bekas juruterbang, jurucakap agensi penerbangan dan radar, semuanya tidak dapat memberi sebarang sebab yang sahih berikutan kehilangan pesawat ini.

maka timbullah pula pelbagai spekulasi dan kenyataan yang tidak berasas dan tidak ketahuan asal dan sumbernya. ditambah lagi dengan tuduhan terhadap pihak lain tidak melakukan itu dan ini, pihak ini lembap, pihak itu tidak efisien dan sebagainya.

sebagai contoh,beberapa hari lepas heboh di media sosial masyarakat mempersoalkan mengapa Malaysia yang mengetuai operasi pencarian pesawat berkenaan tidak deploy atau menggerakkan kapal selam untuk turut serta dalam operasi Search And Rescue (SAR).Hanya kerana terdengar berita Singapura menghantar 'kapal selam' miliknya untuk membantu. Nah,terbukti beberapa ketika kemudian, Singapura tidak menghantar kapal selam sebaliknya sebuah Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV), sebuah KAPAL yang digunakan untuk menyelamatkan krew kapal selam.




SSRV milik Singapura. ada rupa macam kapal selam?

dan baru baru ni saya ada melihat status yang dipost atau post yang dishared berhubung dengan pesawat yang hilang ini. KONONNYA MH370 itu mempunyai mesej yang tersembunyi. MH itu merujuk pada Masih Hilang, 3 dan 7 merujuk pada Mac 7th(tarikh pesawat ini berlepas) dan 0 merujuk pada 'masih belum dijumpai'. dan apa ntah lagi dakwaan yang ditulis saya pun dah lupa.

tergelak besar saya bila baca perkara macam ni. ini lah yang saya katakan ramalan ala ala Nostradamus ( dia adalah seorang lelaki Perancis yg hidup pada abad ke-16 yang pernah meramalkan kelahiran Adolf Hitler dan peristiwa Perang Dunia). menggunakan simbol atau perkara yang menyembunyikan mesej sebenar.


Nostradamus,peramal yang didakwa benar belaka oleh masyarakat Barat

ada lagi. ada yang mendakwa kejadian ini adalah konspirasi Yahudi dan Dajjal. katanya, jenis pesawat iaitu Boeing 777, nombor 777 itu dalam bahasa Ibrani bermaksud '666' iaitu angka yang berkait dengan syaitan atau Dajjal.

sekali lagi saya ketawa. lihat,ada beberapa soalan saya nak tanya.

1. apa yang kita boleh buat  kalau kononnya nombor pesawat MAS itu bernombor sekian sekian? adakah kita akan dapat jangka perkara ini akan berlaku? KEBETULAN? ia,ia adalah kebetulan yang tak patut kita rasa paranoid!
2. cerita pasal kebetulan, bukankah segala ramalan tilik tangan, bacaan horoskop dan apa jua ramalan tak bersandar pada bukti saintifik, adalah satu yang tak sepatutnya kita percaya, malahan kalau dilihat dari aspek agama, horoskop itu (yang mana cukup ramai masyarakat Muslim kita duk percaya dan ikut) kalau dibaca pun, sudah dianggap berdosa?
3. saya percaya,kadar celik akal di Malaysia sudah meningkat dan bilangan cerdik pandai yang berjaya ke peringkat pengajian tinggi semakin bertambah. sebagai seorang yang berpelajaran, wajar kah kita mempercayai ramalan seperti ini?
4. pasal 777. apa bukti konkrit yang mengatakan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew maksudnya adalah angka 666? sejak bila masyarakat yang bukan sahaja berpendidikan,berfikiran aras tinggi dengan mudah mempercayai ini? dek kerana bahasa itu Ibrani/Hebrew, bahasa orang Yahudi,maka ia terus dikait dengan konspirasi Zionis? dan sebagai Muslim, sejak bila Nabi kita ajar suruh takut dan paranoid dengan nombor?

sekarang kita cerita soal teori konspirasi yang ditimbulkan pelbagai pihak.

dengan jujurnya saya nak kata, saya adalah peminat cerita cerita berkaitan dengan konspirasi. saya banyak membeli buku yang berkaitan dengan konspirasi bukan sahaja dalam malah luar negara. saya faham benar, apa yang dikatakan konspirasi, dan apa yang ia boleh beri kesan pada masyarakat.

dah terlampau banyak teori konspirasi yang dah tersebar pada masyarakat. yang paling baru (dan paling lawak pernah saya dengar) adalah dakwaan yang mengatakan kartun animasi terkenal, Upin dan Ipin, adalah agenda jahat Zionis. katanya, huruf U dan I pada tshirt karekter Upin Ipin adalah merujuk pada USA dan Israel. katanya lagi, mengikut bahasa Amerika(ini kali pertama saya dengar wujudnya 'bahasa Amerika'), perkataan Upin dan Ipin merujuk pada satu perkataan atau ayat yang saya dah tak ingat maksudnya, tetapi sesuatu yang boleh menyalahi akidah tauhid kita sebagai seorang Muslim.

anda nilai sendiri lah kebenaran konspirasi itu.

ya saya tahu, konpirasi bukanlah sesuatu benda yang sahih. namun, dalam mengajukan sesuatu teori tidak kira lah konspirasi ka atau apa pun, kita perlu mengemukakan hujah yang bernas, dan bukti yang kukuh disokong oleh sumber sumber yang diperakui. kalau pun bukan itu hakikatnya, sekurangnya kita akan dilihat sebagai seorang yang berilmu, bercakap bersandarkan ilmu, bukan seorang manusia yang semberono.

mari kita lihat teori konspirasi berhubung kehilangan MAS MH370 yang secara khususnya saya rujuk berkenaan andaian berlakunya rampasan dan pesawat 'sengaja' dihilangkan. 

1. saya sama sekali TIDAK MENOLAK akan andaian berlakunya rampasan oleh pihak pengganas atau sesiapa pun yang berniat jahat.
2. namun,pakar aviasi dan pakar penerbangan serta juruterbang berpengalaman berpendapat, ada prosedur tertentu dan langkah-langkah yang digariskan kalau berlaku kejadian seperti ini. Juruterbang dan pembantu juruterbang sedia maklum akan hal ini.
3. ada sesetengah yang memegang pendapat ini dengan harapan, sekurang kurangnya penumpang dan krew masih dalam keadaan selamat dan hidup, berbanding dengan andaian pesawat terhempas,meletup atau sebagainya.
4. kalau ada pengganas yang hijacked pesawat ini dan menawan penumpang, dia nak tunggu sampai bila baru dia nak hubungi pihak yang boleh bagi dia sesuatu yang dia hajatkan sebagai tukar ganti tawanan? modus operandi yang sama macam kes penculikan biasa, dia perlu memastikan tawanannya hidup dan selamat,baru dia boleh mendapat apa yang dimahukan.

ok. kita cuba bayangkan yang MEMANG situasi ini WUJUD. kemana pesawat itu pergi atas arahan pihak perampas?

1. ada yang mendakwa, pesawat mendarat di Mongolia. pesawat bertukar arah melalui ruang udara Thailand. dan dalam perjalanan,pesawat dipintas oleh jet pejuang Amerika.

dari mana pulak datangnya jet pejuang Amerika? mengapa dia memintas pesawat MH370 di ruang udara Thailand? apa Thailand tiada jet pejuang sendiri kah? tidak punyai angkatan udara kah?

2. pihak perampas mempunyai tawanan berprofil tinggi iaitu warganegara China yang jutawan.

perlu kita ingat, mana mana negara pun, pasti tidak akan berkompromi dengan tindakan pengganas terhadap warganegara mereka. dan China, adalah satu kuasa besar dunia yang mempunyai kelengkapan perang yang ampuh. lihat sahaja kesan kehadiran armadanya di Kepulauan Spratly, satu isu pertindihan yang menjadi rebutan negara negara Asia Tenggara. pasti, mereka akan menganyang pihak yang mengapa apakan warga mereka dengan kadar segera.

3. dakwaan lain, pesawat dirampas ada kaitan dengan Russia dan China,bertujuan untuk mencetuskan Perang Dunia Ke-3.

apa konflik antara Russia dan China? apa konflik yang JELAS antara 2 negara ini dengan negara lain? mengapa perlu mereka wujudkan insiden ini dengan cubaan untuk Perang Dunia yang ke-3 kalau mereka punyai sebab lain yang lebih relevan untuk cetuskan perang? Russia belum selesai urusannya dalam isu Crimea di Ukraine dan isu ini sudah cukup untuk menimbulkan ketegangan dan peperangan berskala besar. berkaitan dengan China,seperti yang saya dah katakan,cukup dengan menggerakkan armadanya ke kawasan berkonflik dan melakukan penjajahan melalui kaedah ketenteraan,sudah pasti perang berlaku.

apa yang negara kecil seperti Malaysia boleh buat sehingga tercetusnya Perang Dunia Ke-3?

4. dakwaan yang mengatakan ketika pesawat berpatah balik ke arah Banjaran Titiwangsa (yakni ke arah Malaysia balik) radar tentera tidak dapat mengesan kerana keupayaan aset ketenteraan di kawasan itu adalah lemah.

apa bukti yang mengesahkan keupayaan tentera negara kita adalah lemah di kawasan terbabit? mengikut kenyataan rasmi Panglima Angkatan Tentera ATM, radar tentera mengesan pesawat asing di kawasan terbabit tetapi, tidak dapat dipastikan adakah ia adalah pesawat MH370 dan, tidak ada distress call atau panggian SOS diterima dari pesawat itu.

banyak lagi lah dakwaan yang boleh dipersoalkan. tetapi sekali lagi saya menyatakan,penulisan ini bukanlah untuk menidakkan akan kemungkinan tersebut dan menafikan teori teori konspirasi yang dikemukakan sesetengah pihak tetapi, saya cuba mempersoalkan kesahihan teori dan pendapat itu yang mana,kurang tepat berdasarkan fakta.

percayalah, kalau ini satu konspirasi Yahudi atau Zionis atau Dajjal atau Illuminati atau Freemason atau apa lah, ia sebenarnya lebih besar. malahan,penciptaan konspirasi itu sendiri, punya matlamatnya.

1. masyarakat kita sekarang ini cukup cepat percaya dengan apa yang timbul di laman sosial TANPA MENGKAJINYA DALAM DALAM. tanpa banyak bicara dan soal,baca,terus percaya. lihat saja dakwaan berkenaan Upin Ipin itu. 
2. bila dah baca, pergi SEBARKAN tanpa melakukan pembacaan dan kajian teliti. sesuatu yang tidak sahih,tapi dipercayai dan disebarkan,bukankah kita sedang DITIPU?
3. bila dah tersebar, masyarakat mula PANIK. sesuatu yang belum pasti tapi dirisaukan, ini bukankah PARANOID? dan tahukah anda, sebenarnya ini adalah satu serangan saraf dari pihak jahat terhadap kita? ini adalah satu strategi perang yang sebenarnya sudah lama dipraktikkan semenjak dahulu kala?
4. bayang apa yang boleh seorang manusia lakukan pabila dia sedang panik. adakah dia akan membuat keputusan dan tindakan yang tepat? adakah dia boleh berfikir dengan waras?
5. konspirasi juga menyebabkan golongan yang mempercayai bersifat PREJUDIS dan buruk sangka terhadap orang lain.

nah. awal awal lagi kita sudah tumpas. tak perlu tunggu segala perancangan pihak jahat itu terlaksana.  kalau saya nak cerita pasal konspirasi pada anda,terlalu banyak. tetapi apa manfaat yang kita akan perolehi?

satu contoh kecil saya ceritakan. di benua Afrika dulu tersebar satu dakwaan yang mengatakan bantuan ubatan untuk masyarakat di sana untuk membasmi penyakit kronik seperti polio dan sebagainya, didakwa ada agenda jahat dan kotor oleh pihak Barat.justeru,ramai daripada mereka tidak mahu menerima malah menghalau aktiviti bantuan kemanusiaan tersebut. adakah penyakit yang dihidapi mereka sembuh? adakah kadar kematian mereka berkurangan dek keengganan mereka menerima bantuan?

terpulang pada anda nak kata saya ni keyboard warrior ke, apa ke. terpulang pada anda untuk terus mempercayai dakwaan yang tiada bukti kukuh itu atau sebaliknya. saya menghormati apa apa pun pendapat dan prinsip anda. saya sama sekali tidak berhak untuk mempersoalkannya.

cukup cukuplah dengan gelagat 'binokular buluh', 'mendayung sampan' di lapangan terbang. masyarakat dunia tengah tengok reaksi kita. nah, bukankah pabila masyrakat dunia ketawakan kita,itu sudah terlaksana agenda jahat pihak berniat buruk terhadap kita?

KALAU PUN SEMUA INI BENAR,

bukan kita ini ada Tuhan? bagi yang Muslim, bukan kah kita ada Hari Akhirat? bukankah di saat itu, mahkamah ALLAH azzawajalla akan melakukan pengadilan yang sebenar benar adil? jika pihak jahat terbabit melakukan sesuatu terhadap kita,bukan pada akhirnya mereka akan terima nasib mereka?dan, bukankah semua yang berlaku di dunia ini, adalah disebabkan keizinan-NYA? sebesar mana, secanggih mana dan sesempurna mana pun perancangan mereka, kalau tidak diizinkan oleh Yang Maha Perkasa, tak akan berlaku?

dan kita hidup di akhir zaman. bukankah Nabi kita MUHAMMAD SAW memberitakan yang pada akhirnya kebenaran pasti menang? yang beriman dan bertakwa itu mencapai kemenangan dan kebahagiaan mutlak?

dan sekarang ini seluruh Muslimin di negara kita sedang berdoa,bermunajat meminta tolong pada ALLAH agar ditunjukkan jalan penyelesaian. adakah ALLAH tidak menghiraukan permohonan kita? adakah tidak ada seorang pun dalam Malaysia ini, doanya dimakbulkan? SAYA PASTI dengan penuh keyakinan, ALLAH PASTI memakbulkan permintaan dan mendengar rintihan kita. tambahan pula, ahli keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak putus harapan dan doa mereka, PASTI ALLAH AKAN MENOLONG. TUHAN KITA TAK PERNAH,DAN TAK AKAN KECEWAKAN HAMBA-NYA.

mengapa kita menghabiskan masa dengan terlalu cepat mempercayai tanpa mengkaji akan hal hal tidak sahih seperti konspirasi ini, sedangkan sepatutnya kita menyerahkan segala galanya kepada Ilahi, yang janji dan semua yang datang daripadaNYA adalah pasti?






Ahad, 12 Januari 2014

satu penantian

jadi bila dah habis alam belajar ni, sementara nak tunggu posting, abang berehat lah di rumah. rutin harian yang agak bizi juga. menonton tivi,makan,tidur,menonton tivi,onlain,tido,makan,onlain,tido,makan,menonton tivi.

biasa pagi pagi walau pun memang pasti takkan terisi dengan apa apa aktiviti bermanfaat, tetapi tetap abang bangun seawal mungkin kerana bangun awal pagi akan menjemput rezeki. malahan, ia adalah menepati kriteria lelaki sejati,solehah lagi mithali. kau ingat anak dara je yang tak elok bangun lewat?

tapi dalam tempoh seharian itu, ada satu taim, hati abang akan otomatis berdebar. jiwa abang tiba tiba bergetar dengan lebih kencang,seperti gendang mahu perang. abang otomatis tidak senang duduk. ibarat anak dara neves taim ibu bapa bertemu jejaka pilihan.

waktu itu kira kira dalam jam 1 hingga 2 petang.

telinga abang cepat menangkap bunyi itu. bunyi yang ditunggu itu.

dengan sepantas angin, abang menyerbu ke ruang hadapan rumah. abang terus merempuh apa saja yang menjadi halangan pergerakan abang. kerusi,meja,laptop,tivi,adik abang yang tengah terdampar tidur seperti ikan paus lemas di pantai,hanset,semua. semua abang terajang,semua abang tendang. yang penting abang sampai ke destinasi abang itu.

abang berenti sambil mulut membuat bunyi brek ditekan kuat. abang berhenti tepat di pintu pagar rumah. di hadapan abang ada sebijik motor dan penunggangnya yang memakai baju kaler biru berbelang merah.

sang penunggang itu secara tiba tiba menyebut nama penuh abang. abang tak terkejut macam mana dia boleh tahu nama penuh abang sebab dia melihat di satu sampul putih di tangannya.

"ya ya. saya lah tu." abang berkata sambil tersenyum. hati abang masih berdebar dengan kencang.

abang mencapai sampul putih pemberian sang penunggang itu. lalu sang penunggang pun berlalu. abang meneliti sampul surat itu dengan teliti. abang belek depan belakang depan belakang.

petang itu adik abang yang terdampar tidur macam paus lemas di pantai tetiba terjaga pabila mendengar jeritan dan keluhan kasar beserta carutan di depan rumah. rupanya jeritan dan keluhan kasar beserta carutan itu datang dari abang seusai abang membelek sampul itu tadi.

yang abang tunggu adalah surat tawaran dan kelulusan interview abang tempoh hari.

tapi yang abang dapat, surat dan brosur dari Tesco.



Rabu, 8 Januari 2014

tahun baru.

oh hai.

lama tak update belog sebab terikat dengan komitmen lain yang maha penting.

kira post ini untuk tahun baru.

nanti lah bila dah ada idea atau rajin, updatelah belog ni.

Jumaat, 11 Oktober 2013

teman.

Teman
sejujurnya aku ingin mengaku
detik pertama pertemuanku dengan kamu
sebenarnya bukanlah sesuatu yang aku inginkan
kerana jalan ini, kerjaya ini, hidup ini
bukanlah impian aku

Tapi cerdik pandai pernah kata
Yang kadang-kadang sesuatu keputusan yang salah
bawa kita ke jalan hidup yang sangat indah
Ya, kini aku meyakini kata itu
sebab teman, yang indah itu
aku temui pada diri kamu

Teman
dahulunya aku lihat hidup ini
penuh kesuraman
gusar,resah untuk aku tempuh seorangan
Dan kadang-kadang
diri ini yang ego, angkuh
merasakan liku hidup ini hanya picisan
"ah! aku bisa hadapi ini sendirian!"

namun teman, setelah aku kenal diri kamu
tiap kali aku terjatuh, kau hulur tanganmu
tiap kali aku merasa dunia ini sangat perit
kau hadir berbisik
"kau kan ada aku."
tika degilku memuncak, egoku melangit
kau masih tegurku, dengan senyuman
"orang degil hidupnya selalu rugi"

Teman
terima kasih, terima kasih
sudi terima apa yang ada pada diri aku
teman, terima kasih
kerna setiap kali aku bersungguh melakukan sesuatu
tak pernah lekang dari bibirmu
"tahniah!" "hebatlah!" "terima kasih!" "thank you!"
tiap kali aku terlanjur kata, terburuk laku dengan kamu
walau pedih hatimu, tapi ringan kau lafazkan
"aku maafkan kamu" "I forgive You"

Teman
di satu saat nanti
bila aku dah berkeluarga
punyai cahaya mata
duduk simpuh di waktu petang dengan mereka berbual bicara
bila anakku bertanya
"Papa, bagaimana dengan hidup papa ketika belajar dulu? "
"seronokkah?" menarikkah?" "papa ceritalah!"
Teman, di saat itu, tanpa sekelumit pun kekesalan
aku tersenyum bangga
"anak, itu, episod hidup papa paling indah,
kerana papa tempuhinya dengan manusia
yang paling papa sayang, manusia paling baik
pernah papa ketemu di dunia"

Teman
aku tak rasa aku perlu menangis
aku tak rasa aku perlu berduka
dengan perpisahan yang bakal kita terima
sebab aku yakin
kalau pun tidak kita ketemu lagi di dunia
moga di sana nanti
di syurga Tuhan nanti, kita kembali bersama.


lagu latar ketika puisi ini dibacakan. kelik untuk dengar.



puisi ini adalah luah hati sepanjang 5 tahun saya bersama sahabat-sahabat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. 2008- 2013.


 

Sabtu, 5 Oktober 2013

Degil.

Orang kata kalau dah dia tak terima
kita kena move on

aku dah cuba,
tapi tak boleh.

orang kata aku degil
degil, walau kamu tak terima aku
degil, sebab masih nakkan kamu

Ya, aku memang degil
sebab bagi aku,
degil tu
tanda aku benar benar cintakan kamu.


Jumaat, 4 Oktober 2013

masa depan

kau tahu kenapa
tiap kali aku berbual dengan kamu
aku bicara soal masa depan?

kau kata masa depan tak boleh diduga.
ya, aku rasa benar juga
tapi,ini orang kata, planning
rancangan sekarang untuk masa depan yang terang

dan dalam planning masa depan aku,
aku letak kamu
sebab bila aku tengok kamu
aku nampak masa depanku.

Khamis, 5 September 2013

"orang lelaki taim dia nak kahwin,dia akan pilih orang pompuan yang bertudung." kenapa?

dah lama tak update belog. bizi katakan. semester akhir ni, tampak lecturer macam all out kejamnya bagi assignment. dengan action research lagi. dengan internship lagi. dan dengan ntah apa ke mak nenek lagi.

so kira malam yang aku update ni, kira malam free la. ekceli bkn free pun. ada assignment kene submit next week.

dah next week, next week ler kita baru buat. ya dak?

so itu hari taim tengah rilek2 dgn kengkawan makan2, ada sorang bukak cerita pasal ramai member sebaya yang sudah menikah. yang se-grup melepak ni semua masih belum sampai ke arah itu.

sembang pasal kahwin ni biasalah, akan cerita pasal lelaki dan perempuan. so member ni, oh dia sorang pompuan, dia pun ada la cakap, macam tajuk post ni,

"orang lelaki taim dia nak menikah, dia akan pilih orang pompuan bertudung, kan?"

i can't say that statement is true nor wrong. tapi ini pandangan aku. as a lelaki lah.

honestly, pompuan bertudung ka, tak bertudung ka, semuanya layak untuk bernikah. sama ja. tapi yang lelaki pick pompuan yang bertudung ni, sebenarnya bukan soal 'tudung' tu, ada sebenarnya yang lebih besar dan deep makna dia.

macam ni. soal tudung tu berkait rapat dengan soal aurat. itu semua orang tahu. dan kalau tak dijaga aurat tu, maka ia dianggap dosa. dan dosa seorang pompuan, selain dari diri dia sendiri, pihak lain yang kena tanggung, parent dia dan, suami dia.

dan bab hal rumah tangga, ketaatan sang isteri tu, adalah pada si suami. taat si isteri pada suami, maka syurga lah balasan dia. derhaka dia pada suami, toksah nak kata. neraka jawab dia.

jadi, bayangkan kalau seorang lelaki kahwin dengan seorang pompuan. yang tidak bertudung.yang tak pernah nak pakai tudung @ menutup aurat. yang gaya hidup dia memang tak ada pun soal menutup aurat. dan lelaki ni seorang yang tahu akan hukum agama, menyuruh isteri dia tutup aurat bermula dari saat mereka bernikah sampailah bila-bila.

seorang yang tak menutup aurat, tiba-tiba disuruh buat, for sure susah kan?

aku tak tahulah orang pompuan rasa apa soal aurat, tapi kalau aku, cukup susah sebenarnya nak jaga benda tu. sedang kita yang biasa dah menjaga aurat pun kekadang boleh terleka terdedah aurat ni dgn tak sengaja, macam mana pulak dengan orang yang langsung tak pernah tutup?

dan bagi isteri yang disuruh suami dia supaya tutup aurat, mesti susah nak ikut. tapi kalau dia ingkar, dah kira derhaka kan?

benda yang paling susah nak dapat dari seorang pompuan ni, adalah ketaatan dia.

cuba bayang, kita dengan suami keluar gi jenjalan, kendian kita lalu satu butik baju.kita tgk ada baju yg kita cukup pekenan nak beli.tapi tetiba si suami tak benarkan kita beli. tak kira lah apa alasan dia pun,duit dia ka, duit kita ka, tapi memang dia tak bagi beli. so, kita yang isteri ni, nak ikut cakap suami ,atau nak beli ?

ikut cakap suami, taat. pi beli baju tu, dah dikira ingkar cakap suami. kan?

itu baru soal remeh pasal pakaian. belum sentuh soal agama.

tapi bagi orang pompuan yang mahu belajar menutup aurat tak kira lepas kawin atau sebelum, itu satu usaha yang baik. sebab bab jaga aurat,bukan senang. especially perempuan. banyak benda dia kena tutup dia kena jaga.kalau yang dah kawin, nak belajar tutup jaga aurat demi suami, patut dipuji. dan patut sang suami kena paham kena bantu dia. pelan-pelan.

jadi,orang lelaki pilih orang pompuan yang menutup aurat sebagai isteri ni bukan apa, dah kurang satu beban dia dalam mendidik isteri dia nanti. itu saja. bukan kira orang pompuan yg jaga aurat ni baik, alim, lemah lembut, hormat orang tua. tak tak. cuma dari sudut kewajipan menjaga aurat tu saja

bagi aku, kalau nak memilih isteri nanti, yang paling penting, adalah isteri itu nanti jenis orang yang sanggup belajar berubah jadi lebih baik dari zaman dia bujang dulu, dan paling mustahak, dia sanggup dan mahu taat pada suami dia.



pakai tudung labuh pun kalau derhaka pada suami, tak guna jugak kan?