yang tak berapa berhingus

Khamis, 27 Oktober 2011

burung gagak VS sikap menuding jari

jarang aku coret pasal kisah belajar aku di kampus kat blog nih. aku pon dok ingat, haik, asyik dok entry pasai hati dan perasaan jer, ape kate kalau kita entry pasai pembelajaran pulak, tak gitu?

ada sorang lecturer aku nih,baruuuuuu jeeee pencen. baru sangat. tapi masa time dia mengajar aku ngn memember sekelas, ada la satu dua pengajaran dia bagi aku yang aku rasa, "hmmm...betol jugak ape yg dia cakap...". so sebelum karangan bermula, elok lah kita cuci mata dgn gambo ye dulu Tuan2 dan Puan2..

pic waktu majlis persaraan beliau bersama anak muridnyer. aku,yg duk bersimpuh letak kepala kat peha beliau tuh.wei, student mithali tau.

owh lupa, lecturer yg bersara ni nama beliau Mr. Balachandran. lebih manja dikenali sbg Mr. Bala. tapi bukan pasal persaraan beliau aku nak coret.panjang kalo nak cerita.

ada satu hari tu, dia masuk kelas. owh dia mengajar subjek Geografi. tgh2 dok sembang and diskus ngan dia, kendian dia kata, " saya nak kamu cuba fikir, apa yang kita boleh dapat dari seekor burung gagak?". eihhhh...burung gagak? burung yg kaler hitam yg mkn sampah tu? ape boleh dpt? dapat saket hati ye lerr...bau sampah busuk....burung gagak suka betol tempat tu.

aku : "apo kono eh dio tanyo soklan macam tu? deyan taktau apo kito dapek daghi bughong gagak tu ha.kalo deyan, dapek penampar ado lah.mau taknyo, busuk kemain." [perhatian,ni loghat N9 yer]

member sebelah: "ambo pong dok tahu la.nate gaponyo leh kito dapak kalu daghi bughung hite melana tu haa. ambo ni kalu pasa nate nih,meme ambo dok tahu mikir mende.." [perhatian,ni loghat Pantai Timur yer]

kitorg pon dok ler memeghah otak pikir.tapi yang pasti, ramai yg cakap," aku jijik dengan burung gagak". yelah, burung gagak kan suka makan sampah, jijik,busuk,kotor dan seumpama dengannyer.xpena pulak aku tengok burung ni makan Freskies.jauh sekali nasi lemak ayam spesel. so bila da abes sesi memikir tu,ktorg pon luah ler idea memasing.

"cik,xd menatang lain ker leh wat contoh? arnab ke,babi hutan ke,salamander ke,paus ke.ni burung gagak.mmg kami taktau hape." ujar sorg kelasmet kureng puas hati. Mr Bala senyum.ketawa kecil. yela,kau bila marah kau gelak ke?

" saya tahu kamu semua tentu tertanya-tanya kenapa saya suruh kamu pikir tentang burung gagak. dan saya pasti,yang kamu pikirkan, tak lain,burung gagak tu kotor, jijik, suka makan sampah, berbau busuk dan sebagainya. tapi kamu semua tahu tak,kalau tak kerana burung gagak, kita semua ni akan berbau busuk. mungkin dijangkiti penyakit.dan lebih teruk,mungkin kita da lama mati."

wah kacau.ape kene mengene manusia ngn gagak? siap efek leh mati lagi tu. saspen nih.saspen.saspen.

"memang betol gagak tu suka makan sampah,kotor,jijik. sebenarnya burung gagak salah satu agen pegurai sampah. bila satu tempat sampah sarap itu dikunjungi burung gagak,dia akan makan sampah2 tu. masa nih kita kan bau sampah busuk.itu sebenarnya proses kimia menguraikan sampah2 tu.dan gagak salah satu medium pengurai. sampah2 akan jadi bahan terkomposit menjadi baja2 organik. dan gagak jugak mempercepatkan proses tu dgn memakan bahan2 susah terurai mcm plastik dan lain2."

"kalau tak kerana burung gagak,pasti sampah tu makan masa yg lama nak terurai. masa tu,bau akan jadi lebih busuk. dan penyakit akan merebak. bila masing2 da dijangkiti penyakit,kematian akan berlaku." ujar Mr Bala detail.

kitorg senyap.bkn tido.tapi memikirkan ke-relevan-an ckp sorang lecturer pakar handalan.

"inilah keburukan sikap manusia. bila sesuatu tu kotor, jijik, busuk mcm sampah,mula kita fikir yg negatif pada perkara tu. mudah kita menuding jari melihat keburukan sesuatu benda.sedangkan kita tak tahu,kita pon tak kurang sama jugak dengan yang kita tuding tu."

"sampah tu asal dari mana? dari manusia jugak kan? memanglah sampah bau busuk. kalau tak kerana burung gagak makan sampah, kehidupan manusia pasti kotor dan jijik. nah,nampak sekarang? manusia adalah spesies yang pakar dalam menilai keburukan dan kelemahan spesies lain,tapi sangat bodoh dalam menilai kelemahan dan keburukan diri sendiri. bila sesuatu yang buruk,pasti kita menuding jari ke arah orang lain. bila baik,tak pulak kita tengok perkara lain.kita lebih suka menilai keburukan pihak lain dari sedar akan keburukan diri sendiri."


sejenis burung gagak


"burung gagak ni tak pandai menuding jari dekat benda lain bila sesuatu perkara buruk berlaku.tapi kita manusia suka sangat.kita tak sedar, bila kita menuding jari dekat orang lain,satu jari tuding ke orang lain, tiga jari tunjuk pada kita."



"belajarlah dari seekor gagak.tak keterlaluan kalau saya kata, keselesaan hidup kita manusia nih,sebenarnya dibantu oleh seekor gagak yang kita anggap haiwan perosak,haiwan gemarkan sampah tu."


hari tu,satu pelajaran berguna aku belajar.memang pelajaran yang bermakna.



dengan burung gagak pun manusia boleh kalah, kan?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan