bab jodoh,kalo yg bercinta,yg pena bercinta,toksah cerita.mmg masing2 pakar.kekadang,aku heran,manusia guna istilah 'jodoh' tu utk pelbagai sebab dan alasan:
yang tgh bercinta: "i harap jodoh kita berkekalan"
yang tgh dok menackle: "aku harap aku berjodoh dengan budak cun tu"
yang nak putus hubungan:" maaf.mungkin kita da xd jodoh."
orang kata jodoh keje Tuhan. jodoh kita leh mintak pada Tuhan agar diberi yg terbaik.itu suma orang tau.tapi kan, kenapa maseh ada scene org frust tertonggeng terlangkup bila putus.
"kenapa sayang nak putus ngn abang? da tak sayang abang da ke??"
"baby tak sangka hubby nak putus.baby kan,saaaayaaaaaaangggg sangat kat hubby"
-TAHUKAH ANDA,ANTARA PENYEBAB UTAMA KES BUNUH DIRI, ADALAH FAKTOR PUTUS CINTA-
ad org bertanya,nape jodoh dy lambat.da xd org nak kat dy da ke? mmg dy da ditakdir utk tak berkawen ke? mmg dy akan kawen lambat ke?
bayangkan, kalau Tuhan beri kita kuasa untuk menentukan jodoh kita sendiri:
kita akan pilih:
1. RUPA. kompem, akan ramai manusia yg akan pilih lelaki yang kacak dan wanita yg jelita utk dijadikan pasangan. maka,beruntung sangat jejaka yg hensem mcm artis hollywood. yg perempuan,model2 yg masuk majalah tu la berebut orang nak.kalo international,yg pakai baju dalam,yg tu org kejar. yang rupa biasa? buruk? memang tak kan ada harapan langsung.
ramai kengkawan perempuan aku yg dok berfantasi dapat pakwe semacho abang nih
owh man,lelaki yg dapat kakak ni,dicop paling bertuah di muka bumi
2. YANG MENARIK PERHATIAN. kalo lelaki,yg badan tough,pandai maen gitar,menyanyi,stylo.yang wanita,pon pandai menyanyi,bergaya dan memenuhi citarasa masing2. yg tak penuhi ciri2 lelaki dan wanita idaman? boleh jalannn...
pandai menyanyi,as well pandai bergaya
bentuk badan mcm ni,kalo time berpeloh pon,wanita maseh boleh histeria
apa jadi pada org yg xd ape2? yg biasa? xcun? ge...gemuk? yg xpandai maen gitar? yg badan cekeding?
"jika kita diberi kuasa untuk memilih jodoh sendiri,maka kita akan memperjudikan masa hadapan kita dengan rupa dan ciri-ciri yang kita inginkan. padahal,satu pun tidak akan menjamin kebahagiaan yang sebenarnya.jodoh yang manusia tentukan,adalah jodoh yang bodoh."
adalah satu ketidakadilan jika kita sendiri yg tentukan jodoh kita. kadang2,satu hubungan yg xkesampaian,mungkin sudah ditakdirkan.bukan sebab keburukan yg ada dalam hubungan tu,tapi sebenarnya satu pelajaran yg kita peroleh untuk mendapat yang lebih baik. kita tak perfect,tapi maseh inginkan seseorang yang perfect untuk diri kita,kan tak adil? better kita bersyukur dgn apa yang ada,itu lebih baik
orang bijak pandai kata,Tuhan takkan pertemukan kita dengan seseorang yg memang ditakdirkan untuk kita,jika kita tak bersedia untuk menerimanya. kesederhanaan dalam bercinta itu yg sebenarnya patut ada.sederhana dalam memberikan kepercayaan.sederhana dalam kejujuran.sederhana dalam menerima diri masing2.
"seberapa banyak kita pertaruhkan dalam sebuah perhubungan,sebanyak itulah yang kita rasa sakit kalau hubungan itu berakhir.seteguh mana kesetiaan pada seseorang,sekuat itu kita akan diduga.jika kita masih kuat,kesetiaan kuat akan dibalas dengan kesetiaan jua akhirnya"
cait...bermadah di petang hari pulak. aku bukan paham sangat bab-bab cintan cintun nih.tapi aku sendiri berharap,aku akan dapat seseorang yg boleh aku curah sayang aku nih.suma orang nak pasangan kan.itu lumrah manusia.kene berani lah amik risiko kalo nak dapat hasil yang baik.bercinta nih memang manis,kalo sampai ke tahap berkahwin,bertambah manis perhubungan itu.
sekarang tgh kecoh kes simbah2 asid nih.yg cantek dan hensem,leh cacat rupa dalam masa sehari.yg model kiut-miut pulak,jadi mangsa diekori suspek yg tak dikenali.
pandai brkata2 :)
BalasPadam