yang tak berapa berhingus

Jumaat, 21 Oktober 2011

untunglahhhh tak cantik....

aku da beratus kali dengar orang cakap ,"aku tak cantik macam kau" aku da naik muak bila orang bebel pasal ketakcantikkan muka dan diri dia. selalu sangat compare kan diri ngan orang yang lebih lawa. lepaih tu mula la merendah diri. merendah diri tu bkn salah,tp kalo sampai ke tahap ayat sadis sesangat, aku geli.

"saya tak secantik wanita lain...."

kalo ad plak jejaka ngah menekel sorg gugurl, mmg propa betui soklan gugurl bg nak mengetest kejantanan lelaki,

"saya tak cantik.nape awak pilih saya?"

toksah nak propa sangat noh. padahal, golongan Hawa ni cukup-cukup suka bila dipuji. dan dipuji cantik tu cukup mengembangkan hati dorang. depan2 je cakap,respon mcm xsuka, padahal dalam hati rasa mcm nak melompat. lumrah lah.memang wanita sukakan pujian lebih daripada lelaki.

memanglah merendah diri tu elok,tapi kalo sampai tahap menghina diri sendiri tu, ape kejadahnyer.. kalo kau nak tau, ada best nyer jugak jadi tak cantik nih. ok.ok. aku bgth kau.


kalau anda tak cantik:


1. akaun Facebook tak akan di 'fake' oleh orang lain

hoi hoi....kalo kau ada akaun facebook, ko letak pic kau yg paling lawa skali as a DP, ko akn dpt reaksi:

- beratus2 friend request

- beratus2 notifications

- beribu comments

- beribu like  kau punyer status. walaupon ko cuma cakap, "selamat pagi semua"

itu xpe la. tapi akan ada makhluk lain yang akan buat akaun facebook jugak, tapi MENGGUNAKAN PIC KAU AS THEIR DP. pena dengar kes ni? ni ler org kata fake akaun. guna pic org lain, padahal tuannyer lain. aku xpena dgr plak org tak cantik ada di'fake' akaunnyer. bila aku bukak je pesbok aku, akan ad org post  pasal akaun dy di'fake'. yang bestnyer, HANYA YANG CANTIK mengalami kes sebegitu. owh. aku ramai kenalan gugurl yg comel2 dan cantik2. dan boleh kata, kalo 10 org, 5 6 drpdnya akan di'fake' pic dorg oleh manusia-yang-takde-muka-wajar-dicampak-ke-laut.


2. gambar tak akan disonglap oleh orang lain.

owh,ni still kes pesbok tadi. kalo kau ad wat album pic kau yg kiut-miut, ditambah plak dgn komen yg beribu, peratus pic kau nak dicurik atau disonglap, adalah sangat tinggi. jgn cerita bab2 org yg fake pic kau tu. tak lain dorg hanya nak feymes di dunia digital, dengan gunakan pic kau. yeahhhh... gamba kau tu jadi modal murahan dorg nak poplar. tapi belum terjadi kes DP atau pic gadis biasa yg bese2 jer, cuba dicurik. wanita kebanyakan, sangat jarang2 jadi mangsa jenayah cyber nih. selalunya, wanita mixed, pan-asian,ayu, comel, cantik, menarik,tertarik, da bomm sahaja yg menjadi mangsa.


3. tak akan diekori individu tak dikenali.

ini di dunia realiti. kalau kau cantik *bak bidadari*, kau akan jadi centre of attraction org lain di khalayak ramai. kau pegi pasar beli taugeh ngn ketam, ade je org pandang kau. kau pegi mekdonel, ad je yg dok mengusha. kau pegi shoping, kau tgk la.time ko jln2, ad je manusia yg dok ngikut kau. dan selalunyer yg mengikut nih, akan ad masalah something with their head. angau dgn kau mungkin. itu takpe lagi. silap2 hari bulan, mungkin kau akan dikejar org gila yg syok gila kat kau. ok lagi tu. kalo dy bawak asid? dy simbah ke muka kau? ko tak elak? masa tu lah, powder kosmetik kau yg berpuluh tu, losyen Jonson&Jonson, minyak cap Kelin & Kelier kau, hilang keajaiban. masa tu kau akan ingat, lebih baik dikejar anjing dari dikejar pervert si pembawa asid. tapi kau tak cantik, don worry bebeh. kau jln2 mana pon,xkn ad org peduli kau. kau pakai makeup ke, baru bgn ke,xgosok gigi ke, no one care. penyimbah asid? silap2 kau yg kejar dy. yelah,pe jadahnyer dy nak kejar kau, kau tak cantik. selamatttt muka kau.


4.  takkan ada yang hipokrit.
 ni paling utama. org yg nak kawan ngn kau, dorg kene sedia maklum kau kurg dari kecantikan. gigi rongak,jongang, kulit gelap, gemuk dan mcm2 lagi, kalo dorg nak berkawan ke, nak menekel kau ke, they have to realize and they have to accept yang kau bukan Lisa Surihani atau Neelofa. muka kau baru bangun tido, dorg ikhlas kawan ngn kau. kau tak boh make-up, dorg still senyum bila jumpa kau. kau tak berfeshen, dorg still anggap kau manusia. kau suka korek hidung, dorg still nak bersembang ngn kau. kau calit taik hidung kau kat dorg, dorg sudi lekat pelempang kat pipi kau. apasal kau pengotor sangat???






kenapa tidak kita bersyukur dengan apa yang kita ada instead merendah diri tahap kerdil ?  kau ingat Tuhan cipta kau saje2 je ngan rupa macam tu? kau tngok sekarang, ramai wanita cantik tak terlepas dari masalah yang sama dengan kau. once and for all, beauty is not the solution. Tuhan adil kan? ada sebab DIA ciptakan kau sebegitu. dan yang pasti, MAIN-MAIN, SAJE-SAJE, SUKA-SUKA  bukanlah sifat ALLAH. dan DIA telah pon berjanji, sesiapa yang bersyukur, PASTI DIA menambah nikmat pada kita. sorilah, agak Islamik cket. tapi it's true beb. pada yg menggelar org lain buruk, org ni cantik,org tu muka cam tongkang pecah. siapa kita nak persendakan ciptaan Tuhan? ingat,everything yg ada pada kita, is HIS CREATION. kau hina fizikal seseorang, kau hina Tuhan. berani?


 
" menentukan cantik atau tidak cantik seseorang itu, tidak perlu diajar.kamu pasti dapat melakukannya. itulah kenapa cantik itu dikatakan relatif. kerana standard kecantikan seseorang itu berbeza-beza"





4 ulasan: