yang tak berapa berhingus

Ahad, 25 Disember 2011

perempuan, dan lolipop.

"kalau ikut pada firasat gua, ditambah dengan eksperien ohsem yg ada, gua saspek itu cewek mesti oghe kelate." 

sambil mengunyah papadom, aku memandang tajam awek yang duduk di satu koner sambil menjamah bihun sup.

"mana? mana? show me. show me." member tercari-cari.

"tuuuuuuuuhhhh..." muncung bibir ni umpama Anjinglina Joli.

"amboi. rambut dia tuh. pakai rejois je." sambil mengirai rambut ketak member membuat aksi macam dalam iklan pencuci rambut tuh.

"gua khilaf skang ni. keliru. tak nampak petunjuk."

"kejadah hape khilaf2 nih. hape yg hang dok caghi?"

"gua jujur la eh. mata gua nih cekap betol. asal nampak je cewek yg menarik tertarik, mata gua ni pantas melihat. taim gua tengok,gua pandang tuh, gua rasa mcm efek-efek rerama berterbangan, tetiba mcm dunia ni slow motion. gua tatap gadis tuh pelan2. mcm ada background light plak kat awek-awek yg gua pandang tuh. bercahaya kemain."

"kamon. yang hang dok pandang tu pompuan.awek.cun. bukan hang dok tengok porn film."

"itu gua taulah. masalahnya, gua ni heran. gua ni berselera terhadap gadis bertudung ke, atau awek berambut lurus mcm iklan shampoo tuh. dua-dua gua rasa cantek. keliru gua skang ni bro. mana satu yg seswai pon gua tak tau."

member tersenyum. sinis. lantas mengeluarkan dua batang lolipop.



"aku nak tanya hang. apa yg hang nampak ?"

"tak tau la plak gua kalau tadi lu bwk keluar dua ketui taik. bodoh pa lu tanya gua soalan mcm tuh. tak mencabar betol. gua serius nih." sambil buat muka serius. tak main-main.

"tenang.tenang. mcm nih." member pon ambik dua-dua lolipop tu, satu dibukak pembalut,satu dibiarkan. dan member mencampakkan atas rumput.



"kalau hang, hang nak yg da bukak pembalut ka, atau yg belom. lolipop nih?"

"op kos la gua nak yg belom bukak pembalut."

"apa pasai hang nak tu?"

"yg belom bukak tu la yg elok. belom kena apa-apa kuman lagi. suci bersih."

"hah. macam tu la pompuan. yang bertudung, umpama yg belom bukak pembalut. yang free hair, yg dah bukak tuh."

"sebab tuh Tuhan suruh pompuan tutup aurat. DIA tau perangai lelaki ni macam mana."





2 ulasan: