yang tak berapa berhingus

Jumaat, 2 Mac 2012

losyen abang Eron Ajis pon kalah dengan mama.

petang tadi gua taktau nak buat apa. taktau. gua pon pandang pandang jeling jeling keliling bilik. rasa macam dalam dunia Avatar.

haktuii. liar imaginasi. dalam dok pandang jeling tuh, gua perasan yg dalam perkakas gua ni ada satu persamaan. gua perasan satu benda yg sebelum ni gua tak perasan.

ada satu perkakas ni brand dia sama. owh op kos la brand spender almaklum sama. tapi gua tidak se-fitish itu utk buat sntri pasal spender milik gua. lain lah kalau hari ni Hari Spender Sedunia. masuk jugak kalau buat.

ini gua nak cerita pasal set penjagaan diri. pencuci muka, sabun, minyak wangi, minyak rambut suma tu. tidak dapat tidak gua sebagai lelaki ohsem yg sedang menempuh alam pra-perkahwinan ini, menjaga ketrampilan diri satu prioriti dalam hidup. kalau zaman zaman comel comel dulu, gua persetan semua benada benda ini.

gua bagi gambar la senang.


set pencuci muka yang gua eplai kat muka. L'oreal Men Expert Set White Active

belakang set ada abng Eron Ajis cakap "muka cerah dalam seploh saat jeww...."

pencoci muka. L'oreal Men White Active Clay Scrub

L'oreal Acno Striker. penghalau jerawat.

alat utk rambut. Gatsby Wax Spray

Gatsby Wax. Gatsby Air Mist Quick Move. lagi alat utk rambut

bebola Brylcream Bounze Gum Grip. lagi utk rambut.

utk penjagaan rapi janggut dan misai dan bulu bulu. Gatsby Shave Gel. Gilette Shaver.


dalam duduk tangkap gambar tu, mama telepon.

mama : hello angah. smekum.
gua : waalaikumslm. 
mama : kau tgh watpe?
gua : (pikir alasan. xkn nak cakap tgh tgkap gambar mende ni.) tengah makan. hmm. tengah makan.
mama : saje je mama tepon. ni, ari tu kau balik Penang, kau lupa bawak losyen ape menatang nih. kau tak guna dah ke?
gua : owh. lupa .cuti bln 3 ni angah balik. tolong simpan kan.
mama : kau ni kan, byk betul losyen itu ini. asal balik, kau beli. asal kau beli, kau balik.
gua : penjagaan diri mama. penting tu. 
mama : tau la. kau ni pakai menatang tu suma tak rimas ke muka kau?
gua : mcm Eron Ajis, bila pakai, muka tampak lebih cerah, ohsem dan ehem. meng-hansemkan
mama : owh. nak tampil hensem la yer?
gua : ehem. begitulah kiranya.
mama : hape, kau ingat org pompuan nak pandang ke mende tu suma?
gua : bukan jejaka hensem ohsem di mata para wanita?
mama : ni nak bagi tau. orang pompuan dia ada dua jenis. satu yg solehah. satu yang tak boleh blah.
gua : mohon penjelasan panjang lebar.
mama : pompuan yang baik atau solehah, dia tak pandang sikit pon kalau kau hensem. muka kau mcm Eron Ajis tu pon, kalau nak jadi imam pon terkial-kial, baik kau pi gahar muka tu kat dinding. hensem bukan sebab utama pompuan yg baik dlm mencari orang laki. kalau muka serupa bontot sampan, ilmu agama penuh di dada, yg bontot sampan tu, tampak lebih hensem dari Eron Ajis kau tu.
gua : *bunyi kipas di siling*
mama : kau ingat , pompuan yg lagi satu ni, cuma minat tengok muka kau je. taim kau tgh hensem je la. taim kau bertaik mata lepas baru bgn tido, memang geli dorang nak pandang.
gua : *bunyi kipas di siling*
mama : kau pilih la skang. nak yang baik sejuk mata memandang ke atau yg hot masa kau tengah hensem je.
gua : *bunyi kipas di siling* er...errr...
mama : ni lagi satu. hensem kau tu depan Tuhan nanti boleh pakai ke? kita ni biar buruk muka, kalau dengan Tuhan kita ok, Tuhan kasi cahaya kat muka kita. bila orang tengok, tenang je hati. tu yang hensem sebenarnya. harap muka kacak tapi macam tengah teran taik buat hape.
gua: * bunyi cicak di dinding*

5 minit selepas perbualan ini..































perbualan gua dengan mama buat emosi gua tersentap. tersentap betol. sebutir sebutir mama tabuh. walau tersentap, ada sedikit sinar keinsafan di hati. tapi gua paham, mesej mama yg kata kehenseman abadi bukan dari alat mekap, tapi dari hati yang suci. muka mekap lawa, tapi kalau hati macam taik, tak ohsem.













amek balik set pencuci muka tu. sayang pulak nak buang.



3 ulasan:

  1. betul jugak ape kata mama awak tu. muka hensem tak penting yg penting hati dan agama. anyway, awk ni adela jugakkk iras2 aaron ajis. hehe . cool post broo!!

    BalasPadam
  2. hensem untuk penampilan dan keyakinan yg lebih..itu je.kalau guna kehenseman dan kekayaan utk memikat wanita...maka dptlah wanita yg nampak dua pkara tu je,ye tak

    BalasPadam