yang tak berapa berhingus

Ahad, 30 September 2012

berjuang. untuk bahagia sendiri.

"aku duga la dia dengan menyamar kat pesbuk. tegur dia. nak berkenalan. dia balas. tu yang aku hangin."

getus komrad sekelas.

bongok.

satu perkataan terpacul. walau komrad ni seorang wanita, kunun kunun hati wanita ni lembut, peduli hapa aku. tetap cara dia tu aku rasa bongok benar

"dalam banyak banyak cara, pesbuk jugak kau guna nak uji keikhlasan pakwe kau tu?"


begini. komrad ni menyulam kasih memintal cinta dengan seorang lelaki. di pesbuk tempat mereka berhubung sebagai alternatif kalau kenpon abes kredit.

dan komrad ni, punya rekod masa silam yang pedih. punya episod yang merabak jiwa dengan lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam kamus hidup.

bila muncul yang baru, kali ni dia begitu hati-hati. hati-hati supaya jiwa tak koyak lagi. cukup dia khuatir kalau gagal lagi.

tapi terlampau hati-hati, tindakan boleh makan balik diri.

mulanya dia yakin yang satu itu jodohnya. yang dia selama ni tunggu tunggu. dia yakin yang satu ini, memang untuk dia. lelaki tu, bila dah kantoi di pesbuk,menjauhkan diri.

"aku rasa macam main lelayang. dia tu,kejap nak.kejap tak nak. bila dah kantoi, mcm jauhkan diri."

"aku mesej dia, tepon, dia tak balas. aku tak tau la. dia tu nak aku ke, tak nak."

untuk taktik dia mengenakan laki tu, aku kutuk pedas.  bab main lelayang, aku otomatis serius.

kadang kadang kita perlu bersikap serius dalam soal hati. bila dah sampai ke satu tahap, bila mana dah terdetik hati ingin melangkah ke fasa berikut, serius dan tidak main main itu mustahak.

kamon. ini abad 21. bukan zaman batu.

kalau kita mahukan sesuatu, kita takmau benda yg kita dah ada tu terlepas, perlu amat kita berjuang. juang utk pastikan kita dapat apa yg kita nak, kekal apa yg dimiliki. tak kira kau jantan, tak kira kau perempuan.

dan bab cinta ni, kau perlu benar benar paham, yakin dan berjuang. juang utk kekalkan dia dlm hidup.

benci benar aku bila dengar, "aku pompuan. takkan aku yg nak mula. nak buat dulu."

kalau terusan berpikiran begitu, sampai mampus akan disakiti. jiwa akan rabak beribu kali. mahu?

ingat, hati tu nak pakai lama. sampai bila mau rabak? ingat, bahagia tu kau punya. dari kau punya usaha. kau usaha, kau bahagia. kau tunggu macam tunggu helikopter dekat tempat tunggu teksi, kau la yang celaka akhirnya.

sekarang perlu tetap pendirian. dua jawapan. dari kau, dan dari yang sorang lagi. kalau kau rasa 'ya, aku mahu dengan kau', dan kau harus tetap lagi serius dengan pendirian itu. pedulikan kata orang. pedulikan kau ni jantina apa. ini perjuangan kau.

tanya betul betul si seorang lagi tu. apa dia pun begitu? dia mahu dengan kau? kalau ya, bagus. terus kekal dengan kau. sampai ke saat pernikahan. sampai bila bila. tak nak? buat cara tak nak. dan berambus.

ini perjuangan kau. ini punca bahagia kau. udah sampai masa kau bangun. udah sampai masa kau juang demi hati kau. dah biasa benar kecewa, apa, kali ni mau lagi ka?

mana semangat Girl Power tu?

kalau selak sejarah Nabi, kau akan perasan yang Siti Khadijah datang lamar baginda. itu nak tunjuk kat kita ni, yang perempuan mampu, boleh malah dia berkuasa untuk tentukan bahagia dia. bukan jadi manusia dungu, menunggu orang tu datang jengah kau balik. kalau dia muncul. kalau tak?

dan kalau kau gagal kali ni, kurang kurang kau dah berjuang. berjuang utk diri sendiri. takda manusia yang menang dalam semua perang. kurang kurang, di masa depan, taim kau toleh balik ke saat ni, kau takkan menyesal. malah, kau bangga. bangga sebab kau tak lagi biar jiwa kau koyak macam orang gila. bangga. kau buktikan yg hati, cinta kau punya harga. bukan jadi bahan orang yang celaka.

"kau tahu. aku dengan dia dah plan nak pi kursus kahwen kot."

"nah. sampai situ plan kau. dan kau pun  mcm tunggul. dah tau laki tu mcm malu ya amat sebab kantoi, kau pun tunggu. pi tanya dia betul2, dia nak kau ke tak. mau, buat cara mau. tak nak, buat cara tak nak. tak payah nak gi pencil diri serupa pengecut. jadi lelaki sejati."

"tu lah. aku pun nak bahagia mcm orang lain."

"ni satu aku nak nasihat"

"pa dia?"

"kurangkan dengar lagu sentap jiwa. kurangkan tengok felem drama cinta. mula berjuang. kot la lepas ni dia ka, sapa ka yg datang dlm hidup kau, fight  sampai kau dapat kau punya bahagia. kalau tak, sampai tua kau duk tersentap dgr lagu jiwang,sampai mati kau berangan mcm cerita cinta."

"bikin kau punya love story kau sendiri"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan