yang tak berapa berhingus

Isnin, 17 September 2012

"cikgu,saya nak beli Facebook."

ada sorang murid ni, nama dia Izzah. ntah hape nama penuh dia pun aku tak tau. cuma aku panggil dia, Izzah. simple.

dia murid darjah 2. peserta program LINUS. tapi nampak cerdik. dan seorang yang mesra alam.

satu yang aku suka dia ni, tiap kali jumpa mesti dia nak lambai tangan. tak pun terpekik dari jauh panggil nama aku.

paling buat aku terkujat, dengan tiba tiba tangan aku dipegang orang. aku hampir hampir beraksi macam orang kena sexual harassment. mana taknya, di tempat kerja tangan dipegang orang. tengok tengok, rupanya dia.

"nak salam, cikgu"


ni lah Izzah.


satu hari tu, terserempak dengan dia kat koridor.

"cikgu, saya punya duit ghaya dah banyaakkk. tapi saya nak simpan lagi cikgu."

"budak budak tak baik simpan duit. takut dimakan anai anai. adalah lebih baik kiranya kalau duit itu dibuat belanja cikgumu ini makan kentaki."

"saya nak simpan lagi banyak cikgu."

"hang nak beli apa yang simpan duit banyak banyak ni? banglo?"

"dak la cikgu. saya nak beli benda lain."

"benda pa?"

"saya nak beli pesbuk, cikgu."

"nak beli pes....pesbuk?"

dan spontan, dia blah masuk kelas. aku pandang sayup sayup sosok Izzah dari jauh.

"hebat. hebat ambisi budak ni."

ini murid paling future-minded pernah aku saksikan.

jangan perlekeh impian budak budak. kalau makbul cakap budak tu, Malaysia bakal peroleh manusia paling kaya.


1 ulasan: