yang tak berapa berhingus

Isnin, 22 Oktober 2012

kejayaan terbesar

kejayaan terbesar semester ini bukanlah dapat pointer tinggi. bukan.

bukan juga dapat menyiapkan esenmen tepat pada hari yang dikehendaki. bukan.

jauh sekali sukses dalam berjaya membeli barangan yang pekenan di hati.

tapi sukses terbesar dalam semester ini,

aku berjaya lupakan crush yang dahulunya pernah bertakhta di hati.

dulu aku selalu stalk pesbuk dia, tuiter dia, belog dia.

dulu aku naik kecewa taim aku text dia, dia tak replai.

dulu aku hanya pegi ke kedai mamak jual magazine  semata nak tengok kot-kot ada wajah dia dalam mana-mana majalah.

sekarang tidak lagi.

sekarang aku pun malas nak ambil tahu pasal dia lagi.

aku malas nak text  dia lagi.

kali ni aku pegi kedai buku untuk beli bahan untuk pencerahan hati.

ya. ini kejayaan paling besar dalam semester ini.

apa, kau ingat senang nak lupakan manusia yang pernah jadi idaman dalam mimpi?


yang pasti, yang patah tumbuh hilang berganti.

mungkin, lepas ni aku jumpa crush yang baru lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan