yang tak berapa berhingus

Isnin, 29 Oktober 2012

kucing

aku ni spesis yang rajin ke Tesco.

tapi nak ke Tesco tu kan, kene tempuh surau kampus.

satu hari yang berkat tu, tergerak hati nak pergi solat Zuhur sama teman teman.

well,  masa tu iman tengah naik kot.

"bapak besar kucing ni. bagi makan apa ntah."

aku terperanjat besar.

"ni kalau bagi Freskies, Whiskas, belum tentu boleh gemuk macam ni."

"kucing ni lepak kat surau. ramai yang bagi makan taim datang solat kot."

kebetulan, co pilot  lalu sebelah.


"kalau kita ni dekat dengan Tuhan, melimpah rezeki Dia bagi. ni kita tau yang Tuhan tu sumber segala nikmat, tapi kita tak mau dekat dengan Dia."


"sebab tu kucing tu sihat.hati dia lekat kat surau. tengok orang buat ibadah."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan