yang tak berapa berhingus

Ahad, 14 Oktober 2012

"nanti mama boleh naik kapal terbang..."

"kau jangan nak memandai nak bubuh Sabah Sarawak dalam borang posting kau tu nanti."

getus mama.

"ehh...why not? hari tu taim interbiu, dia tanya kalau kena ngajar Sabah Sarawak, dah cakap setuju. kalau betul kena, kena pegi jugak."

"itu kalau dah kena. kalau kau sendiri isi nak pegi sana, memang ke sanalah kau pegi. jangan nak memandai."

dah lama tak nelepon mak ayah. sekali telepon, boleh sampai panas hanset di telinga.

kebetulan, latest news yang berlegar di kampus bukan pasal kes kecurian laptop. bukan kes kehilangan spender yang tersidai berminggu. bukan kes keta motor kena clamped di pagi buta.

pasal senior yang posting ke Sabah dan Sarawak.

aku ingat lagi taim interbiu nak masuk dulu, pegawai yang interbiu tu siap tanya,

"awak sanggup di-posting kan ke Sabah Sarawak nanti ?"

yang menjawab ya, ada peluang untuk lulus. yang awal awal kata tidak, awal awal lagi direjek.

awalnya bercakap dengan papa di telepon. papa, bekas ahli army's special force, kehidupan silam dia yang sering berpindah ke sana sini, kedengaran bersahaja mendengar yang anak jantan dia ni berminat untuk berkhidmat di pulau Borneo tu.

"bagus. belajar berdikari di tempat orang. kau tu lelaki. nak tanggung anak orang. ilmu nak kena ada. berani kena dalam dada. bukan asyik duduk bawah ketiak orang tua."

papa setuju benar kalau aku mengajar di seberang tu.

"kalau ke Papua New Guinea pun, kau pegi."

bila telepon berkalih tangan ke mama,

"kau jangan nak memandai. kau ingat keta papa kau tu boleh berjalan atas air?"

"best ape. kat Sabah Sarawak hutan dia menghijau kot. lawa lawa pemandangan dia. nyaman lagi tenang. mana la penah jejak kat sana. teringin jugak. oversea tuuuhh..."

"haah yeerr..habes,kau duduk sana nanti 3 4 tahun, mama nak jenguk cmna? kau tu nanti duduk kat tempat orang, entah hidup entah tidak. kat sana tu bukan macam kat semenanjung ni."

"kalau kau ngajar sini, taim taim cuti boleh jugak kau balik umah. kalau mama ngan papa kau free, boleh datang rumah kau nanti. kau duduk sana nanti, taim raya jelah kau dapat balik. tu pon kalau balik."

rindu jugak mama ke anak laki dia ni.

"yang mama cukup risau, kalau kau takat duduk sana keja, takpa lagi. kenalah kau sangkut dengan orang sana.."

"ehem. Adira orang Sabah bah"

"jangan nak merepek. kalau dah kau sangkut dengan orang sana lagi susah. silap silap kau tak balik semenanjung dah."

"nanti mama boleh naik kapal terbang jenguk mentua dan cucu. ala ala pegi obersea . vogue gitu."

"haah menganjing... kau ingat, sekali mama tak restu nanti, kacau hidup kau nanti. kau mahu nikah dengan wanita yang mama tak restu."

otomatis aku tersentap dengan kata kata berbaur ugutan itu.

"okaaaaayyyyyy...."

"tapi kalau dah jodoh nak buat camne kan."

"orang Sabah Sarawak pandai nyanyi. boleh celen mama karaoke nanti."

sayup sayup dengar suara papa.

"ikan terubok...ikan terubok.."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan