yang tak berapa berhingus

Selasa, 23 Oktober 2012

perihal jodoh #2

cerdik pandai kata, jodoh akan datang bila kita dah bersedia.

sedia itu, termasuk segala galanya.

wang, rumah, kereta. segala galanya lah.

ada lah sorang mamat ni.

"kau dah bersedia nak berkawin?" aku tanya.

"sudah. tak takdela aku serius begini. aku benar benar mahu mengahwini marka ku itu."

"aku tabik getar pada kau."

"aku mahu membahagiakan dia. aku kalau boleh nak bagi apa yang dia nak. aku mahu jadi imam sebaik yang aku boleh pada dia. aku nak bimbing dia betul betul. ape orang kata, till jannah. hah,gitulah"

"kalau kau diberi pilihan, bila kau nak menikah?"

"sekarang pun boleh. kan tak baik kapel lelama. nanti banyak maksiat"

sedang bersembang, dia melihat hanfon.

"alamak. kredit habis. wah kacau. kacau"

"topap jelah. susah ape."

"duit aku takde. dah habis. duit yang parent aku bagi dulu tu, dah habis taim aku keluar detim ngan makwe,"

"wei, pinjam 5 hinggit. nak topap. makwe aku ni jangan main. lambat aku replai, naik hangin dia."

"kau nak pinjam 5 hinggit pun mintak kat aku, baik kau bagi je makwe kau tu."

"amboi. semacam ayat kau tu"

"kau kata tadi kalau boleh kau nak menikah dengan dia sekarang kan?"

"a'ah. kenapa?"

"ape kau nak bagi bini kau tu makan nanti kalau takde duit. pasir?"








Tiada ulasan:

Catat Ulasan