yang tak berapa berhingus

Sabtu, 3 November 2012

makwe kedai makan

"celaka. rasa apa makanan ni. tak sedap langsung."

co-pilot menyumpah.

itu hari aku bersama teman teman makan di satu tempat yang agak jauh dari kampus. kata orang, nak amik angin. kata driver, nak amik feeling mood menelaah pelajaran.

agak silap besar makan di tempat baru. tidak sedap pula. tapi mungkin itu kali pertama dan terakhir. betul la orang kata, tak merasa, tak tahu apa. dah merasa, pengalaman katanya.

daripada penyumpahan co-pilot sebentar tadi dapatlah disimpulkan bahawa makanan di kedai ini tidak menjanjikan kesedapan yang tak terkata. malahan, ia mengundang rasa marah dan terasa macam nak baling pinggan ke tuan punya kedai punya muka.

syahadan, tiba tiba kami terpandang sosok tubuh seorang gadis jelita. makanan yang macam haram itu dilupakan seketika. kami menatap muka dan seluruh jasad gadis terbabit sambil ada yang ternganga. setelah diselidiki, rupa rupanya gadis terbabit merupakan cashier kedai makan yang kami sumpah seranah itu. anak tuan punya kedai lagi.

"esok kita makan di sini lagi ya."  co- pilot berkata.




1 ulasan: