yang tak berapa berhingus

Khamis, 24 Januari 2013

pekerjaan.

seorang pendidik freshie masuk ke kelas. kali pertama ke kelas, sesi ais breking antara murid murid dikendalikan.

untuk membina hubungan yang rapport dengan anak anak murid katanya.

setelah berkenalan ala kadar dengan anak anak murid, dengan senang hati guru membuka ruang pertanyaan yang mungkin nak ditanya oleh murid pasal dirinya.

tapi dia dah ramal apakah soalan soalan yang bakal dikemukakan oleh mereka.

"cikgu dah kawin?"

"cikgu ada anak tak?"

dia menjawab soalan yang memang dia dah expect dari awal dengan senyuman tulus.

bangun seorang murid.

"cikgu, cikgu keja apa?"

guru baru itu merenung murid yang bertanya itu dengan renungan tajam. dia diam sebentar.

'jangan bunuh curiosity murid dengan tidak endahkan soalan mereka.'

dia ingat kembali akan pelajaran yang dia perolehi dahulu.

dengan senyuman masih di bibir, guru itu menjawab,

"cikgu keja sebagai renjer hutan."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan