yang tak berapa berhingus

Khamis, 28 Februari 2013

bagaimana saya menangani murid yang berlagak pandai.

manusia yang berlagak pandai, memang menjengkelkan.

tak kira dewasa, tua atau muda.

termasuk kanak-kanak.

dan berhadapan dengan murid-murid yang berlagak pandai, turut menyakitkan jiwa.

ilmu baru sebesar taik hidung, tapi dah perasan pintar.

ini cara saya menangani murid-murid spesies ini.

saya berhadapan dengan murid jenis ini di dalam kelas sewaktu saya mengajar. walaupun hati bengkek meihat gelagat mereka, walaupun di mata melihat mereka ini, kecik besa kecik besa,

tapi saya maintain tenang. maintain cool.

"awak nak tahu sesuatu?" saya berkata.

"apa dia cikgu?"  murid spesis berlagak pintar berkata.

"manusia yang cerdik pandai, mereka boleh jilat siku mereka sendiri."

saya tersenyum.

jilat siku sendiri. macam boleh.

tapi murid murid yang berlagak pandai ni, mereka memang betul betul, cuba nak jilat siku mereka sendiri.

tahulah kan apa rupa manusia dok nak jilat siku.

saya menahan gelak melihat aksi murid murid yang perasan cerdik itu.

tak putus asa, mereka mencuba berpuluh kali.

"cikgu, tak boleh pun!" mereka mengeluh. putus harapan.

"memang tak boleh pun." saya tersenyum kambing.

"mana ada manusia yang boleh jilat siku sendiri. awak perasan yang awak tu pandai. tapi bila saya cakap macam tu, awak memang betul betul buat. awak perasan awak akan dicop cerdik bila boleh buat macam tu. orang sewel pun tahu siku tak boleh dijilat."

saya bersahaja sambil melangkah keluar pabila terdengar loceng berbunyi.

semenjak saat itu, saya tidak lagi bertemu dengan murid murid perasan cerdik, berlagak pandai.

problem solved.






3 ulasan:

  1. mcm mana nak tangani guru yg berlagak bijak dan cakap asyik nak up??

    BalasPadam
  2. don't bother them. and it's not even a problem. only immature person see that as troubles

    BalasPadam