yang tak berapa berhingus

Khamis, 7 Februari 2013

budak darjah 1 tu,antara manusia yang akan aku respek sampai mati.

hari tu ada relief kelas.

lagi sekali kelas murid darjah satu.

murid tujuh tahun ni biasalah, kita suruh depa lukis-lukis, kaler-kaler.

sesuai dengan umur dia tu.

ada seorang gugurl ni, taim dia tengah kaler-kaler tu, dia tindih kertas dengan lengan baju dia.

dia pakai lengan panjang.

tau la kan, kalau tindih lengan baju dekat atas kertas yang ada kaler, mesti kotor.

aku pun teruih la bagitau,

"kalau taim awak kaler-kaler, janganlah tindih kertas tu dengan lengan baju. nanti kotor. tak caye, cer tengok lengan baju tu."

gugurl ni tengok lengan baju.

"alah, takpa lah cikgu."

"memang takpa. tapi nanti kotor la lengan tu. cuba sinsing lengan baju tu. takdalah kotor nanti."

gugurl tu sambil fokus pada karya kaler-kaler dia,

"taknak lah cikgu. lengan kan aurat orang pompuan. orang Islam pompuan mana boleh suka-suka nak tayang aurat. nanti ALLAH tengok, malu lah saya."

"takpalah cikgu kotor lengan baju ni. nanti dalam syurga Tuhan ganti dengan baju lagi cantik. tak yah basuh pun. yang penting sebelum masuk syurga, kena lah jaga aurat. baru Tuhan  bagi masuk syurga."






murid darjah satu ini.

antara manusia yang aku akan respek.

sampai mati.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan