yang tak berapa berhingus

Jumaat, 17 Mei 2013

surat kepada cikgu.

assalamualaikum. selamat sejahtera.

surat ini saya tujukan pada semua cikgu yang mengajar saya dari saya tadika sampailah saya habis SPM. dari saya langsung tak reti nak eja nama sendiri sampailah boleh mengorat makwe pakai bait-bait syair romantis. sampai dah boleh mencoret belog ni. dari tak tau lepas nombor 9 ada nombor 10, sampailah dah boleh buat list budget untuk setiap elaun yang akan keluar. sampailah dah boleh kira duit dalam bank cukup ke tak nak rembat anak dara orang buat jadi suri rumah.

cikgu,

ekceli masa taim cikgu mengajar saya dulu, saya tak tau pun apa sebab kadang-kadang bila cikgu masuk kelas jer, muka cikgu menyinga macam naga. saya ingat barang kali cikgu kena cirit birit. atau sedang krisis rumah tangga. tak pun period. sampai saya  berbisik ke teman teman saya , "hah,tengoklah.tu tak gaduh dengan anak anak, gaduh dengan cikgu lain sebab berebut nak beli Tupperware." cikgu tengoklah betapa nakalnya teman teman saya berkata begitu.

cikgu,

saya masih ingat, kalau tak silap saya lah, taim saya darjah 1 dulu, teman sebelah saya  pernah berak dalam seluar. masa tu satu kelas duk gelak dan ngejek dia. tapi cikgu maintain cool maintain tenang je. buat buat macam tak bau busuk dalam kelas taim tu. siap cikgu pimpin teman saya tu gi tandas. balik jer dari tandas, saya tengok teman saya tu hepi semacam seperti baru pulang dari fun-fair. tapi bila saya tengok tangan kiri dia, clean semacam. "takkan hang cebok pakai tangan kanan" ujar saya. rupa-rupanya, tangan cikgulah yang men-cebok-kan teman saya itu.

cikgu,

saya tak tau apa sebab cikgu marah giler-giler taim saya dengan teman teman yang seperti iblis dulu itu tak siap kerja sekolah. siap kami menganjing kata kalau kerja sekolah kene buat kat sekolah, bukan kat rumah. cikgu punya hayunan rotan cikgu kalah Samurai dalam Ruroni Kenshin.

cikgu,

taim cikgu jadi cikgu disiplin, cikgulah cikgu yang menjadi cikgu yang paling kami tak sukai. mau tidak. rambut panjang sikit jer,kena denda. tak pakai tai jer,kena denda. kasut high-cut, kena denda.kuku panjang,kena denda. tak pakai name tag, kena denda.

cikgu,

yang paling membuatkan kami betul betul berbulu dengan cikgu,adalah taim cikgu baca surat cinta yang kami poskan ke makwe2 kami melalui posmen tak terlatih. taim cikgu baca kuat kuat depan kelas, kami rasa macam muka kena palit tahi. jatuh kegentelman kami selaku lelaki . sungguhpun rupa kami brutal bak pengganas Sulu, tapi dalam hati lembut seperti watak Hello Kitty. habis cikgu koyak sampul surat yang semalaman kami buat. dah ler tu origami pertama yang kami berjaya buat. habis perfume yang kami rembat dari alat solek ibu kami untuk disemburkan ke surat tu. terbongkar lah bakat kami dalam membuat syair cinta walaupun karangan Bm selalu dapat B.


Tapi cikgu,

bila saya dah besa, barulah saya tahu. barulah saya sedar. apa yang cikgu marahkan,apa yang cikgu nasihatkan, itulah yang berlaku dalam hidup saya. barulah saya tahu sebabnya cikgu muka ketat seperti naga. rupanya cikgu tak suka tengok kami dalam keadaan main main taim belajar. silap sikit jer,cikgu marah. rupanya kalau tak kerana marah cikgu, makian cikgu, mungkin saya tak sampai ke tahap ini. ke tahap sedang melanjutkan pelajaran lebih tinggi. maybe kalau cikgu buat tak tahu jer, maybe saya takkan lulus dalam ujian.

cikgu,

masa saya lanjutkan pelajaran lepas SPM ni kan, kat U ni kalau buat silap je, kena denda duit. silap sikit je, kena denda dengan bayar duit kompaun. rupanya cikgu nak didik saya so bila saya dah biasa ikut peraturan,takde masalah bila di U nanti. bila saya dah biasa pakai semat-semat ni, barulah saya tahu rupanya cikgu nak didik saya supaya pakai kemas, macam manusia bertamadun ,taklah macam manusia purba yang tinggal di gua.

cikgu,

kalau tak kerana cikgu mendendangkan surat cinta kami dulu, mungkin sampai sekarang kami masih bermain cinta. mungkin kami masih dalam level cinta monyet. mungkin masa tu kami rasa kami punya perasaan tu memang betul-betul punya perasaan cinta. rupanya cikgu nak ajar kami satu benda. cinta tu bukanlah semudah buat origami sampul surat,sembur minyak kendian bagi ke dia. sebenarnya kami masih muda. yelah,dulu taim sekolah makwe makwe memang nampak cun gila. tapi bila dah besa ni, ada setengah tu, cantik. dan gila. cikgu selalu cakap, "belajar bagi habis dulu,baru nak bercinta." kami ingat belajar sampai habis kelas. rupanya belajar sampai dapat ijazah. sampai dapat kerja yang baik. baru boleh pinang anak dara orang.

cikgu,

cikgu nak tahu tak, ekceli saya pun bakal bergelar cikgu. macam cikgu lah. saya syak mesti cikgu gelak cakap setan mana yang rasuk saya supaya jadi cikgu. saya pun tak tahulah. tapi sebenarnya semangat, kesungguhan cikgu tu yang jadi bekal saya untuk terjebak dalam industri ni.

yang pasti, kalau taim saya tak dapat jawab soalan,cikgu tak penah kata saya bebal. taim kami fail secara berjemaah subjek Add Math, tak pernah cikgu kata kami takde masa depan. taim kami frust pensel kami kena balas,cikgulah yang bagi pensel baru kepada kami. cikgulah yang selalu belanja kami makan di kantin walaupun dalam kelas, kamilah yang paling iblis sekali.

saya cuma minta dari cikgu satu perkara : tolong doakan agar jiwa saya kuat. kuat macam jiwa cikgu.kuat macam semangat cikgu. doakan agar saya boleh jadi macam cikgu. sebenarnya baru saya tahu betapa powernya cabaran menjadi guru. tolong doakan agar macam mana cikgu boleh buat saya jadi seorang manusia, macam tu lah nanti saya boleh produce manusia berguna. saya benar benar perlukan doa dari cikgu yang marah saya dulu,yang caring pasal saya.


dan akhir sekali, saya nak ucapkan terima kasih. terima kasih cikgu kerana cikgu, saya jadi manusia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan