" kalau mengikut firasat, perkiraan ditambah dengan eksperienses yang mama ada,mungkin along kau akan bersalin dalam bulan Mei atau Jun taun depan" ujar mama.ringkas tapi padat. aku yang sedang menghirup bihun sup sambil memerhatikan awek kat kaunter bayaran dengar-tak-dengar. aku kalau tgh makan,khusyuk.mengadap rezeki katakan.tambah2 plak dengan panorama makwe putih mulus. pemandangan yg menggirangkan. owh,karangan kali ni bertempat di sebuah warung makan yg agak peymes. tak payah aku sebut nama. kau bukan tau pon. dan sebuah happy family sedang makan2 di situ.yer,pamili aku lah.
"hah? ape? bersalin?" baru aku respon. dan aku tangkap perkataan akhir tu,'bersalin'. haihh...mama nak bersalin? bkn umur dia da di ambang 50-an ke? 40 lebih kot....bukan umur ni wanita da menop..... "along kau.nak bersalin. Insya-ALLAH. kalo xd pape,maybe bln 5 6 depan." mama mcm paham yg aku tak paham. "oooowwwhhhhhhhhh.....along nak bersalinnnnnnn" aku kelegaan tanpa sebab." hahhhhhhhhhh??? along nak bersalin??" bagai nak tercirit bila yg nak bersalin tu, along. along? si lengai tu? aku bagai nak terjerit.tapi aku tahan. khuatir kalau2 makwe kat kaunter tu terkejut. aura ketampanan yg dibina dari saat tadi perlu dijaga.
"amboi.angin xd,kilat xd,banjir xd,tetiba jer kata nak bersalin?" aku bukak persoalan. dan aku cuba nak bertanya, "macamana pulak dia boleh mengandung?" tapi kelihatan bodoh alagappas soklan itu. hey,aku dah dewasa. rating 18SX tak bermakna ape2 da bg aku. dan soklan tu macam suci semacam je. "dia ad tepon mama ari tu. da dua bulan masa tu. kalau ikut perkiraan,Insya-ALLAH dlm tempoh tu la." mama mengeksplen.
"kiranyer tak lama lagi la tu. wah,tak lama lagi brgelar nenek la.suke le tewwwww....." aku berseloroh. gampang ape tetiba berseloroh. "jangan suka sangat.benda tak pasti lagi.doakan along kau tuh. bila da selamat,baru nak gembira." mama mematahkan joke aku ngn serangkap nasihat. padu.memang padu. "jadinyer mulai taon depan mama kena wat preparasyen la yer nak menghadapi saat2 tu? mcm sesi urut mengurut, khidmat kaunseling, sesi bersama ibu2 ekspert,tak gitu?" aku mcm menemuramah pulak. "nampak gaya macam tu lah." ujar mama sambil menghirup air milo.
aku memperbetulkan spek.tetiba aura berprestij masuk.muka mula tampak matang dan serius.ramai org kata kalo aku masuk mood ni,rupa aku mcm si Bae Young Jun tu. "kalo dlm time2 tuh,mungkin angah cuti sem. perlukan khidmat pengasuh berjantina lelaki?" aku meng-offer tawaran. sambil menunjukkan muka yg ikhlas mahu membantu.nampak flash menyinar dari mata. "tak tau lagi.adik ade nt.boleh tolong.bab2 menjaga bayi ni kene yg pakar menjaga.baru cerah masa depan baby tuh. hahhh,bab2 buat bayi rasa teruja dan gelak tak ingat dunia,mcm nak putus nyawa mmg bidang kau kan? hahh,nak menolong nt,boleh la." mama cuba negotiate. aku menghirup teh tarik sambil mengangguk. "orait.i will check my schedule." tenang menjawab negotiation sambil memandang ke jalan raya yang disinari cahaya. angin sepoi-sepoi meniup rambut.beralun2 membelai muka.fak.rambut aku pendek.saja ambil mood macam kat Hawaii. "keluarga ni bakal bertambah.legasi bakal bermula."
balik2 je rumah terus surf internet cari nama-nama utk baby.
tu baru anak menakan..tahniah!
BalasPadameh,belom lg.insya-ALLAH.
BalasPadam