yang tak berapa berhingus

Selasa, 1 November 2011

tudung tanda perubahan?

aku sebenarnya nak wat entry pasal benda lain. tapi dok aku ngah pikir2 nak mencoret ape, tetiba aku dapat satu email dari seorang makhluk-Tuhan-paling-shekshi, heheheheheheh.....seorang wanita. well,aku taktau la dia seksi ke dak, yela dlm email mana leh tgk gamba,tak gitu?

dia email aku kata blog aku best. aku cuma ckp,"terima kaseh.". dia kata dia suka baca entry yg aku wat, aku ckp lg,"terima kaseh.". dia kata paling best yg pasal aurat wanita tu. aku kata,"ok." jawapan aku ringkas. aku memang seorang yg simple. jawapan yg pendek tapi padat. ok,ni bkn pasal diri aku yg nak dibebelkan.

dia kata, dia seorang yg free hair.owh,ok. dan dia ada niat untuk berubah. ye,berubah dengan memakai tudung atau lebih sweet kalo dipanggil 'hijab'. ok lah, niat da ada, tudung boleh beli. tapi dia kata ada satu masalah,

KALAU NAK BERUBAH, KENA PAKAI TUDUNG KE?

ouchh...agak bombastik yer soalan gitu. aku tahu,manusia kalau nak berubah, bukan semudah mcm Transformers nak bertukar dari mod kenderaan ke mod robot tu. dan dia mintak tolong aku bagi pendapat pasal masalah dia tu. helo cik adik, kalo cik adik suruh saya eksplen pasal ketamadunan Mohenjo-Daro, mmg saya boleh.detail lagi. kalo cik adik suruh saya cerita full campaign Barbarossa yg Hitler buat nak tawan Russia,mmg boleh saya cerita. tapi, saya ni lelaki,bkn wanita. haw kam ai wan to giv mai opiniyen?

tapi xpe,atas dasar nak menolong,aku pon wat entry pasal masalah cik adik ni. bagi opinion jer pon,bkn soh pegi menikah.ok.ok. sebelum tu,izinkan aku utk tukar suara jadi mcm suara ustazah Bahyah yg feymes dgn Semanis Kurma tu yer. ehemm...ehemmmehemmm......

dalam hidup,ada banyak jenis perubahan yg boleh kita lakukan.perubahan dari segi sikap,lokasi tempat,kedudukan kewangan,status sosial atau pon lain2. dan perubahan takkan jadi perubahan kalo sekadar meniti di mulut je. dan kalu kita tengok permasalahan cik adek ni yer sedagha sedaghi sekelian,dia maybe nak berubah menjadi baik.tapi baik yg mcmana? baik dari segi penampilan? dari segi sikap? dan kenapa soal tudung yg dia sentuh? hape,kalau pakai tudung,tanda da berubah? kalo tak gheti2 nak pakai tudung lg,tu tanda tak insaf2? honestly speking, kau kalo tak pakai tudung pon, orang tak boleh kata kau jahat tau.tapi tu tak bermakna yg kau rasa kau bebas tayang aurat tu.

kalau kau berubah,atas dasar kau tengok,"weeehhhhh..lawanyer budak tu bertudung...aku pon nak pakai la." tu bermaksud,kau nak berubah penampilan. dari tak pakai tudung,kau pilih memakai tudung or hijab. dan aku rasa,maybe kau rasa orang sekeliling kau dok melihat kau,menilai kau,perhatikan kau.sebab tu bila kau nak berubah,kau sentuh soal tudung. kau rasa,"owhh..bila aku da pakai tudung,so org da anggap aku berubah la yer..". darling, kau pakai tudung kerana manusia? kau berubah kerna manusia?

kalau kau nak berubah,in context as a Muslim, perlu faham betol2, ape fungsi tudung yg tutup kat kepala tu. jujur aku cakap, ramai wanita Muslimah yg berhijab atau bertudung hari ni, maseh lagi tak paham, atau, salah dalam tatacara menutup aurat tu.yessss.... sebabnyer, fesyen tudung yg sanggul tinggi mencanak tu, sebenarnya sangat salah dalam syarak. ala,yg mcm kepala Alien tu. nanti lah aku bgth detail. maseh ada wanita Muslimah yg namanyer berhijab,tapi pakaian maseh lg menunjukkan aurat. tahu tak,diantara salah satu jenis solat yg tidak diterima ALLAH langsung,adalah solat golongan yang tidak menjaga aurat? ini Muhammad [pbuh], our Prophet said. nah,dari segi ibadat, aurat tu cukup2 mustahak.

kalau niat berubah kerana ALLAH, kau akan faham kenapa perlunya Muslim itu menjaga aurat. berubah dlm aspek ni, bkn setakat menutup,tapi menjaga aurat itu sepenuh masa. mcm yg aku pena ckp, xd dalil dlm Quran mahupun Hadith yg mengatakan bila kau pakai tudung or hijab,tu tanda kau baik. bkn semudah itu yer. jadi, bukan tudung tu tanda kau berubah jadi baik,tapi ia alat perubahan. sebab,kau still dianggap baik kalo xtutup aurat, tapi belom tentu yg 'baik' itu, baik di sisi Tuhan. dan bila dalam proses berubah itu, yg kat dalam hati tu,kene berubah jugak.

bukan senang nak berubah. dan lebih payah,nak kekalkan perubahan tu. aku tah heran langsung bila org kat internet dok propa pasal ada segolongan makwe yg dari berhijab,dah tak berhijab.xheran langsung.pasai pa? itu yang aku cakap,dorang berubah,kerana manusia sekeliling dorang. kalau kerna ALLAH,tengok wanita Muslim yg kat Palestin tu. mereka sanggup mati bila tudung mereka dan aurat mereka,cuba dibukak Yahudi Zionis. itu betol.dan kau ingat tak power? sampai skang, taktik tu yg Yahudi guna nak tanggal aurat wanita Palestin, tak berkesan sama sekali. malah,aku pena tengok satu video, yg sorang Muslimah Palestin bgth pasai pa mereka sanggup mati sebab mereka anggap,aurat itu maruah mereka,dan kalau tercabut,umpama tercabut Islam dari tubuh mereka. hebat bukan? kita? sedar atau tidak, kebanyakan wanita yg bekerja sbg model di Malaysia,ialah wanita yang berhijab? dan sebenarnya,kecantikan wanita itu,perlukah dipertontonkan?


sila klik link kat bawah ni,utk tahu apa itu hukum wanita pertonton kecantikan:





berubah ke arah yang lebih baik,satu kelebihan yg besar.itulah tanda hidayah dari Tuhan. kita sedar akan kelemahan dan kesalahan yg kita buat,dan kita nak berubah supaya kesalahan yg sama tak berulang lagi. memang satu kepujian aku beri pada wanita yg nak berubah jadi Muslimah yg sebenar dan betul. cuma,perlu kita ingat masing2, adakah kita berubah ni,sebenarnya betul2 berubah atau hapa. ada aku tengok segelintir wanita,dlm kampus,pakai tudung,manis jer.tapi bila kat luar,hilang tudung tu. pasai pa? pasai mereka menganggap tudung tu sbg peraturan kampus.sbb tu bila depa kat luar,depa tak pakai. jangan memain yer, ini yang kita panggil, hipokrit pada Tuhan sendiri. pakai hijab tu cik,tuntutan Tuhan yer,bukan peraturan dunia semata. kita takut didenda oleh manusia,tapi tak ingat yg kita bakal diazab Tuhan.



moga2 kita sama2 diberi kesempatan untuk bermuhasabah.

 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan