yang tak berapa berhingus

Khamis, 3 November 2011

penangan Bersamamu

dah jadi rutin bila malam menjelang, selepas Maghrib kalau di rumah, aku akan maju ke ruang tamu untuk menonton tivi. sebelum menempuh area ruang tamu, aku perlu menempuh halangan berliku ruang dapur. ketika menempuh area inilah,sempat aku membancuh secawan Nescafe sambil merembat jajan atau keropok kerepek keperek untuk dibuat mengunyah. menonton tivi selepas waktu Maghrib, tak lain tak bukan,menonton buletin berita. menonton berita nih perlukan daya konsentrasi yg tinggi memandangkan ia bukanlah bergenre Hollywood yg speking oghang putih, bukan juga bercorak Hindustan yg boleh dibawa berjoget,atau pon aksi2 drama atau cintan cintun. ia sebuah berita.

aku ngan papa memang ngam dlm byk aspek. boleh kata kitorg ni sebulu la. tapi ada satu yg tak kami sebulu. rancangan tivi waktu malam. papaku prefer utk sambung tengok cerita melayu lepaih tgk berita yang mana bagi aku,agak membosankan. takpun, dia akan kalih ke channel Hindustan dimana dia boleh rewind balik zaman nostalgia muda dulu bila tgk hero heroin tu berdansa.maybe papa juara tari-menari kot. kalau waktu dia nak berilmiah, dia pon menekan chanel dokumentari haiwan. dan aku cukup xpekenan malam2 menonton cite haiwan, nak2 plak kalu time2 dokumentari tu pasal 'bagaimana haiwan berjimak'. kalau manusia yg jadi subjek tu, boleh jgk aku tengok. tak gitu?

tapi malam ini,maksud aku tadi, agak aneh bila papa tido agak awal. dan seperti biasa, tivi yg menonton dia,bkn dia yg menonton tivi. bunyi dengkuran yg disertai efek2 bunyi iklan di tivi membuatkan aku paham dan tersenyum,"heheheheh....mana dia remot kontrol.." aku terus capai dan menekan button remote tu. aku tekan chanel ni,alahhhh...boring.aku tekan chanel korea nak tgk mana tau best ke dak,alahhhhh....boring. aku tukar chanel History.hmphhhh...ulangan. aku tukar chanel2 yg lain...haihhhh boring.....last2,aku tgk balik tv3.mmg patot la pon papa tido awal.

kat Tv3 masa tu ngah segmen Bersamamu. cite pasal org2 susah. jarang amat aku tgk cite ni memandangkan kalu di kampus,aku jarang menonton tivi dan kalu menonton pon,chanel lain pasti akan ditukar. tapi sbb malam ni booooooringggg sgt, aku pon tgk la ngn muka yg agak bengkek. tapi entah kenapa,malam yg aku kata malam yg agak suwey, mcm dpt satu mesej bila aku tgk Bersamamu nih. kau paham kan,bila tgk cite nih, kalu yg berhati lembut, mmg leleh air mata dah. cite ni aku rasa paling tangkap leleh dlm TV3. tapi nak kata aku ni hati keras tak jugak.tapi malam ni mmg sayu betol bila tgk. mcm bese, ada sebuah family susah kat Malaysia. ibu tunggal bersama 4 org anak,semuanya bersekolah. si ibu terpaksa membanting tulang menjual pisang goreng utk menyara keluarganya. anak2 plak maseh kecil dan op kos memerlukan wang utk ke sekolah dan meneruskan kehidupan. ok.ok. tak perlu hurai pepanjang.aku khuatir korang meleleh air mata nt.

yang cukup cukup cukup menyebakkan diri dan raga aku, bila time ada sorg anak lelaki makcik nih ditanya oleh krew tivi ni, ape yg dia nak sangat sangat sekarang. kau tahu budak tu jawab ape?

"adik teringin nak makan kentaki (KFC).adik tak pernah makan kentaki. kawan-kawan adik selalu pegi makan kentaki tu."


budak kechik.mmg jujur bila ditanya soklan hape pon. dan yg pasti, jawapan budak ni cukup cukup membuatkan aku tersentak dan auto-insaf. ada jugak org tak pena merasa ayam peymes tu. yela,org susah kan. tagline 'adik xpena mkn kentaki' tu cukup buat aku rasa, ya Tuhan............mmg runtun hati. kalau tak pandai kawal emosi,sumpah boleh leleh air mata jantan aku nih. kalo nak dipikirkan,manusia mana kat Malaysia ni xpena makan kentaki? tapi tu lah, maseh ada yg tak bernaseb baik dalam kehidupan. aku kira2 balik,bape kali aku mamah ayam tu dlm satu sem jer,bkn satu kehidupan. satu sem jer, phuiiiii......berkali kali kali kali kali kali kali kali kali kali kali kali kali kali kali kali kali kali...

dan bibir aku automatik mengucap kata terima kaseh pada Tuhan. erti syukur,ramai yg dah lupa sekarang. kekadang tu bila kita ditimpa susah sikiiittttttt jer, mula lah kita mcm org gila.terpekik sana sini. dan kita dengan senang hati menyalahkan Tuhan.sedang kita tak pena sedar,nikmat yg Tuhan bagi tu,cukup banyak. satu bukti,lihat. bape kali aku,kau,kau,kau dan kau pelahap kentaki? bagi kita, nothing special kan? yela,takkan kau nak canang satu Malaya yg, "aku baru makan kentaki....." tapi, maseh ada, maseh ada walau sorang manusia kat Malaysia, tak pernah makan kentaki tu. sape tak meleleh air liur beb bila tgk ayam goreng tu. takpelah kalau kau tak amek port, tapi kalau aku,aku mengaku,yg nikmat itu kekadang aku lupa utk mengucap syukur pada DIA.



Tuhan nak bagi hidayah,cukup dengan satu perkara kecil,betol2 buat seorang hamba itu rasa kerdil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan