yang tak berapa berhingus

Rabu, 9 November 2011

best kewww jadi populerrr?

itu hari, aku ngan sorang makwe sedang makan2 di sebuah restoran mamak terkenal di planet Pluto. owh, aku bkn sedang makan dengan makwe yer. aku suka membahasakan kawan perempuan aku dengan panggilan 'makwe'. ala2 mesra gitu. sambil melahap makanan masing2,almaklum sendiri2 tgh lapar menyinga, awek ni sambil makan sempat ber-onlain dengan hanset canggih beliau. aku teghai usha ape yg dy tgk. mana tau,kot2 tgh tgk website yg ehem2, boleh kantoi. jas es i ekspekted, facebook dy tgk...

"weeeehhhh lawanya budak nihh.....bestkan jadi poplar.ramai org kenal,ramai kawan.hidup pon tak sunyi." getus makwe sambil menunjuk gambo sorang pelakon fofuler spesies kaum Hawa. "cuba ko besaqkan cket pic tu.monitor 'komputer' ko ni kechik sgt." sempat aku perli. ingat dia sorang je ada hanset canggih. makwe pon sentuh skrin tu.xpayah pakai button ape da. "owhhhh...minah nih.....eleh,aku peduli hapa.tak heran aku." "yelah, kau lelaki,nak heran hapa." "kalau aku pompuan,lagiiii aku tak heran." "yeelaaaaaaahhh..." jawab makwe. putus asa bila aku tak se-eksaited dia.

aku heran betol.menatang hapa ntah jadi orang poplar nih. aku perasan, maklumlah zaman nak kiamat skang, makin ghamai oghang berlomba2 nak jadi feymes. ada yg nak jadi penyanyilah,nak jadi pelakonlah. asal cantik cket jer,tanya nak jadi ape,mesti pelakon.tak pon model.asal ada aset ketampanan ciput jer, mula nak jadi penyanyi.kalau semua orang nak jadi selebriti,sapa yg nak jadi tukang sapu sampah? sape nak keje ngn Majlis Bandaran? sapa yg nak keje kat restoran mamak nih?

bagi aku la kan,xd maknanya jadi poplar. ok, kau boleh dikenali ramai.mana jer kau pegi,akan ada org kenal kau. kalu sebelum ni,kau pegi mana supermarket,kau ada ke,wujud ke tak,xberi apa2 pon pada supermarket tu.tapi,kalu ko poplar,ko dtg jer,sah2 tokey tu sambut kat depan pintu.siap bg air free lagi. oghang ghamai mcm tgk sale teghiak sana sini nampak kau. bebudak akan berlari-larian mintak otograf. dan kau akan perasan banyak flash2 kena pada kau.bukan kilat.tapi orang snap pic kau. haa,masa tu ramai la manusia berlainan gender ngn kau nak bergambar sambil berposing kegedikan. eh,kau nak ke semua tu? aku bagi kau satu petua mudah.cukup mudah kalu nak dapat semua benda tu. kau pegi supermarket,mana2 lah, kau keluar je dari keta, tanpa berpakaian.yessssss..........oghang Sulawesi selatan kata, naked. oghang London kata berbogel gitu. bila kau keluar je,kompem kompem kau akan perasan ramai yg dok usha kau, ada yg amik gamba,tokey tu kau perasan tepon sesuatu. panggil media kot. kekanak memang berlari-lari pada kau. yer sayang. berlari sambil kata "eeeeeeee....orang gila...orang gila...." yg dok snap pic kau tu,sambil snap tersenyum2 ketawa kecil tgk...tengok....tengok mende ehem2 tu. lepaih tu,ada la ambulans datang amik kau.tengok,kau tak panggil dorg pon.tak ke poplar tuh? esok kau beli paper,kompem cite pasal kau keluar.silap2 headline. berkesan bukan petua nih?

ada yg tak bestnyer kalu poplar nih. ko cube bayang, kalu2 tgh makan2 kat sebuah restoran,tetiba ko rasa nak korek hidung. n ko pon korek.ko tak sedar,aksi ko dirakam live oleh mama n paparazzi. esok,keluar berita, "Adam Lombok korek hidung sambil makan kueh tiaw goreng."  video? 5 minit lepaih ko puas mengorek tu, 100+ org tgh tonton kat Youtube. ini realiti awak. saya taknak awak awak semua tak bebas mengorek hidung di negara ini. itu satu simbol kebebasan individu tahu.

maka aku pon sempat membuat satu hipotesis berkenaan carutan ini iaitu,


the more you become popular, the more enemies you make,the lesser honest people around you


amboi,speking oghang putih yer. tapi bagi aku,hipotesis ni betol.bagi aku la kan. mana taknyer,semakin peymes kau,semakin ramai orang tak puas hati dengan kau.maka semakin ramai la musuh yg dengki dengan kau. dan semakin ramai orang yg tidak jujur dengan kau sebab hape? sebab dorang just nak tuah kepopuleran kau jer. tapi bila kau orang biasa2 kebanyakan, maka itu tak akan menjadi masalah. hape jadahnyer ohgang nak berdendam dengan kau? ko bukan fofuler pon. ko bagitau aku,artis atau selebriti mana yg semua oghang suka? xd sekor pon yg benci or meluat ngan dia?

"aku rasa makcik yg kutip sampah tu lagi popular." kata aku sambil mengunyah ayam goreng.sedap betul ayam tu. "aikk,awat plak? tak kenai pon aku makcik tu." balas makwe. "memang ramai manusia tak kenal makcik tu.makcik tu keje dia kutip sampah,dia tolong bersihkan bumi Tuhan nih. manusia macam tu,nama dia jadi sebutan penduduk langit,tahu. kat akhirat nanti,dia jadi feymes kerana kerja mulia dia tu. tu lagi best jadi poplar." aku bersahaja. makwe tu teruih tunduk tersipu-sipu. "tak payah nak wat muka kucing tu.aku tau kali ni turn aku.meh bil,aku bayar." wajah makwe teruih ceria.org belanja,kau tak suka ke?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan