yang tak berapa berhingus

Jumaat, 11 November 2011

jadi DUNGU kerana NOMBOR

owh.patot entry ni aku post tepat pada 12 tengah malam 11.11.2011. date ni memang unik sebab yela,tahun 2011 tu datang sekali je dlm hidup manusia,tak gitu. dan aku perasan ramai mak cik dan pak cik yg langsungkan perkahwinan dorang, eh eh anak dara atau anak jantan dorang pada tarikh 11.11.11 sebab dorang kata tarikh tu cun lah, mudah ingat lah,sweet lah.mmg agak sweet sebab aku nak menaip no tarikh tu pon leh tekan button 1 dan button titik dengan pantas dan tenang. ok lah.lantak la ape sebab pon. tapi mende baek memang patot disegerakan mcm perkahwinan tu,tak gitu? selain dari menyatukan dua hati,membahagiakan dua anak Adam, dapat mengenyangkan perut dan nafsu melantak para tetamu yang hadir. makan free,semua orang suka.

tapi ada plak sejenis manusia yang cukup cukup fobia dan takut dengan tarikh nih. aku onlain pesbuk ngn twitter dari siang tadi, oghang dok hingak post status pasal menatang tarikh nih. mcm2 lah,kata ada disaster nak jadi la, ada mende buruk la hape lah. ada plak yg eksaited terlebih macam nak beghanak. dan ada plak dok post memacam2 cite dan fakta auta yg bagi dorang,wuuh...scary. aku perasan manusia kat Malaysia ni terutama golongan remaja yg rajin layan pesbuk, kalo mende bab2 setan,Freemason,Illuminati,dajjal ni hape suma,mulalah,ghairah nak baca,percaya dan hingak kat org lain. macam baca cite hantu. takut kemain.serius jujur aku cakap,memang aku tergelak tgk aksi dan gelagat manusia spesies takut nombor ni. hapekejadahnyer kau takut kat nombor? da plak tu dok propa gebang sana sini memacam. teruih teghang aku cakap kat sini kat orang spesies macam nih,


"don't be an idiot, asshole"

maaflah kalu korang korang terasa dgn statement aku tuh. mana tidak,nape ditakutkan sangat dengan nombor? kau pena kene rogol ngn nombor2 yg kau belaja kat sekolah dulu? ada org kene bunuh time dia ajar anak dia mengira nombor? da tu,yg kau bacul tak tentu kehala, automatik jadi bangang tak tentu pasal,awat?

dan aku pon dengan rajin meng-Google mencari makna semua ini. dengan menaip 'phobia of number', maka takdan aku mengorek hidung, terkeluaq beribu ribu ribu info pasai menatang nih.

numerophobia. fobia pada nombor.

berbelit-belit lidah yer kengkawan nak sebut. fobia pada nombor ni antara simptom2 nyer yelah bila seseorang tu dengar atau tengok sesuatu nombor,dia mula resah. bila dia terperasan jer satu susunan nombor, dia mula kata "tak sedap hati". seolah-olah ada satu alamat ghaib bagi dia.dan yg pasti, mmg alamat tak baik punya. dan dia pon kata la nombor ni suwey la,bawa bala hapa lah. contohnya, Triskaidekaphobia, fobia pada nombor 13. bagi yg cukup takut ngn nom ni, bagi dorg 13 ni bawak suwey disebabkan lagenda yg entah-betul-entah-tidak. nama pon lagenda. oghang putih cukup takut betui ngn nombor nih. kau nak tau? kalo kat luar negara, hotel2 dorang ngn bilik tak kan ada tingkat 13 atau bilik no 13. kalo tingkat 12, teruih naik tingkat 14. depa kata kalo nombor ni bawak suwey yg teramat. oghang barat yg pandai bijaksana pon percaya menda2 nih?. bangang.cukup bangang. 

Hexakosioihexekontahexaphobia. heheheheheheh....ni kompom mau putus urat lidah nak sebut. amboi, banyak kita belajar perkataan baru hari ni yer tuan2 dan puan2. ni fobia pada nombor 666. dikatakan sebagai nombor Syaiton, nombor ni jugak dijadikan simbol kepada dark side of magic atau sumthing yg berkait ngan setan lah.  Tetraphobia plak fobia pada nombor 4. ini jadi kepercayan masyarakat Jepun kerna dikatakan bawak suwey.

hapebendanya nak takut ngn nombor? aku heran,camna la korang2 deal ngan matematik. aku ekspek korang2 mesti tak suka ngn matematik kan? yelah,nak deal ngn nombor semua tu. yg pasai 11.11.11 ni plak aku rasa cukup menampakkan keDUNGUan yg agak melampau bila dok takut tak tentu kehala kata ada musibah la,hapa lah. disebabkan? nombor tarikh ni satu kombinasyen nombor yg menarik dan unik. hey,stop being dumb la bro. sebab tarikh ni spesel cket ja pon ko da meghoyan semacam? apa buktinya yg tarikh ni bawak sial? apa teori yg hangpa pakai sampai kata kiamat la,hapa la? sekali lagi aku kata, ketakutan ini adalah ketakutan yg membangangkan.

tak terkecuali pada orang Malaysia khusunya yg Muslim turut ad yg ter-influen-ses cket ngan kepercayaan karut nih. cer tengok pa kata ahli agama




see? bodoh bukan dok caya nombor2 nih? 

kamon la. kita ni oghang yg ada pendidikan. ada ilmu agama. didikan cukup hape semua. siuman lagi. kenapa pulak kau tetiba nak kalut takut kat nombor2 nih. mmg takde maknanya. kalo nombor tu korg percaya bawak ong,xpe lg. ni dok resah kata bawak suwey la hapa la. sayang, Kiamat tu keje Tuhan yer. bukan kita yg nak memandai kata kiamat tu leh jadi bila. menjadi satu kehairanan, bila kita mempunyai fikiran saintifik ditambah dengan ilmu penuh di dada, tak sepatutnye kita terpengaruh dengan ketakutan tak berasas nih. yg Muslim, inilah fungsi iman. bilamana sesuatu yg benar2 wujud tapi takleh dibuktikan dgn sains dan pancaindera, dengan iman,ia memperjelaskan. nombor tu Tuhan turunkan untuk kita belajar ilmu mengira dan bangunkan Bumi ni dgn baik, bukan nak gelabah tak tentu pasal. hey, kita Muslim ok.tak diajar untuk jadi pengecut. terutama dgn benda2 yg tak masuk akal. tak da bukti langsung. kita beriman dengan kiamat. kita beriman bahwa memang kiamat tu akan datang.tapi kita tak diajar untuk takut pada sesuatu tarikh tertentu dan senang2 mengaitkan dengan kiamat. bila kita tak pasal2 takutkan sesuatu yg tak beri kesan hape pon, bukankah itu oghang kata jahil? yer.jahil nak mampus. bila kita kata kita orang yg beriman, mende ni tak beri efek ape pon. sebab bukan dgn nombor kita takut,tapi dengan PENCIPTA ilmu  yg kita takut.ya, YANG MAHA BERKUASA.



oghang gila maen nombor ekor mmg takde efek hape dgn tarikh ni. ni lagi satu golongan tak ingat azab.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan