yang tak berapa berhingus

Sabtu, 12 November 2011

haters, melengkapkan kehidupan anda.

enthgi post kali ni gak panjang cket yer tuan2 dan puan2. amboi, macam tagline produk kecantikan gitu. dalam hidup aku,kau,awak,ente mesti ada wujud segelintir mahluk manusia yg kita panggil 'haters' atau spesen2 manusia yg tak puas hati dengan setiap tindak tanduk kita. owh,kau xd tanduk. ok. manusia ni cukup suka mencari kesalahan dalam setiap perlakuan kita. hape je yg kita cakap, hape je yg kita buat, hape hape jelah yang kita lakukan, manusia spesies nih cukup pro dalam menuding jari mengatakan keburukan diri kita.






boleh kata dalam hidup aku dan kau olang, mesti ada at least sorang makhluk bertuah nih. kau jangan nak kuncing deghaih kata, "ehhhh...dalam hidup aku,suma orang suka aku. xd yg tak suka aku. anjing peliharaan jiran sebelah umah aku pon suka kat aku tu. peminat no1 aku lagi." owh dear, mungkin kau tak sedar atau kau memang tak cerdik[takleh kata bangang,kuang ajak plak nanti], mmg ada manusia yg ringan mulut propa buruk pasal diri kau. masalahnya, mengapa ada makhluk ini dalam hidup kita?

manusia adalah spesies paling terer dalam bab2 mencari kesalahan dan keburukan manusia lain atau spesies lain. ini fakta yer sayang. jangan nak gebang yg kau tak penah mengumpat or terrrr-ngumpat orang. jujur aku cakap, memang best betul time kita duk mengata mencaci orang. mcm orang tu paling pailang lah pena kita tengok. dia wat tu,kita kutuk,dia wat ni,kita ngata, dia sembang ngn kita, kita ngut....eh,xkan nak ngata depan2 plak kan? tak pasal kau gigit getah selipar dia nanti. tak kira sesiapa pon, selebriti, pemimpin negara, jutawan,angkasawan, tokey seben eleben, akak atendan pam minyak, pelakon porn film,tukang angkat sampah, tukang urut batin, malah maskot kanak-kanak di fan fair juga tak terlepaih. walau segampang mana pon pekerjaan org tu,walau sehina-dina mana pon dia hidup, PASTI, akan ada sorg mamat atau minah yg pena jadi haters dia.

sebenarnya ada baiknyer jugak kalo kita ada hates nih. why? ok ai tell yu oll wai.

why we actually, need haters:
 
1. dorang perhati setiap gerak geri korang.
memandang kan zaman la nih ada pesbuk, twitter, blog, my space dan ntah hape jadahnye lagi, setiap status, gamba,statement atau entri blog yg korg wat, dorang adalah yg terawal noticed. macam peminat dalam diam plak kan? sebab kegemaran haters nih mencari kesalahan kau, dorg akan stalk dan tgk ape je yg sangkut ngn kau. bila dorg on pesbuk,mata meliar dok cari cite pasal kau. gamba yg kau post dorg tenung slek lelama. so,ekceli haters korang, adalah PEMINAT secara tak sedar. dan, ehem ehem. kau akan menjadi popular di kalangan mereka. 

2. kesalahan yang korang wat, korang akan cepat sedar
kadang-kadang ada betul jugak hape yg haters2 ni cakap. kekadang memang ada mende salah kita wat. dan kekadang kita tak sedar akan kesalahan tu. then, bila ada la sorg dua dari spesies nih respon, kau akan sedar. dan itu membuat kau sedar yg kau tak kan wat lagi kesalahan tu. kau kene ucap terima kaseh kat mahkluk haters nih. tapi jangan kau dah tahu tu mende salah, kau pegi wat, tu pon tak sedar,tak sedar ke diri namanyer.  jangan jadi gampang alagappas sangat pi wat mende yg kompem2 kau tau salah.

3. mereka sebenarnya nak jadi macam kau
anda feymes kerna cantik? anda fofuler kerana kaya? anda jadi rebutan kerna kehanseman? anda digilai ramai kerna bakat anda? dan anda ada haters?  tahniah,anda memang fofuler. disebabkan dengki tak tentu pasal sebab tak jadi mcm kau,maka dorg pon dgn genbira mengata sesuatu buruk pasal kau. hati dorg dgn rela  di-tidak puaskan sebab tak dapat jadi cantek macam kau, hansem macam awak, kaya macam ente. cube kalo dorg hansem,kaya,cantek,berbakat mcm kau? bazir air liur je membenci kau.

4. dorang benci diri sendiri
disebabkan tak dapat jadi hansem,cantek,kaya,berbakat mcm kau, maka dorg benci pada diri sendiri. manusia,bila da ada hasad dengki dlm badan, hati busuk tahu. yg wangi pon dia bau macam bangkai. semakin maju kau ke hadapan, semakin pedih ulu hati dorg.why? sebab dorg tak dapat mcm kau.jangan kan nak kata seiring sejalan, dorang memang da ketinggalan. orang da cecah kaki kat bulan,dia baru bangun tido. 

5. kau, adalah satu ancaman bagi dorang
dorang mungkin khuatir kalo pakwe dorg akan terpikat dgn kejelitaan kau. dorang mungkin bimbang makwe dorg akan terpaut dgn kehanseman kau. dorang mungkin gelabah bila kau mahir itu ini ala2 manusia perfek la kan. oleh itu, kau adalah ancaman bagi dorg.dan ancaman adlah satu mende negatif. dah nama ancaman,tak kan nak wat kawan plak? kau ibarat gelombang magnetik negatif pada dorg. kau tgk la, kalo ko muncul kat dorg,dorg mcm gatai bontot sambil muka menyinga-nyinga bengkek ngn kau walau xd hape pon yg kau wat.  






sudahlah. tak usah la kita hating-hating orang nih. cukuplah dgn hape yg ada. Tuhan bagi hati satu je.jangan nak letak virus dengki atau meluat tu. hati bila da banyak benci orang, akan jadi gelap,hitam. masa tu ape yg baek,semua buruk di mata kita. yang wangi, kita akan bau mcm taik.sebab hati da busuk,kotor,dan hitam. nape tidak kita amik contoh org yg da berjaya tu? kot la kalo kau tak puas hati,nape tak bgth dorg? bgth dorg hape salah dorg yg kau ase tak puas hati.bkn dgn dok propa kat org lain. Tuhan kan bagi kita otak. guna lah betul2. simpan otak kat kepala yg ada rambut tu, bukan dekat kepala lutut. lebih baek kalau kita anggap seseorang yg kita tak suka tu, as a cabaran. kita cakap pada diri sendiri,"aku boleh buat lebih baik". dan buktikan. baru lah hebat orang kata. dan bila kau da berjaya, kau tak kan rasa seciput pon rasa meluat kat org yg kau tak suka dulu. jadi lebih baik. berubah menjadi lebih baik adalah WAJIB yer sayang. tak guna seposen pon kalo kau dok mengutuk dan membenci org tak tentu pasal.


bila tengok Mia Sara Nasuha,jeles plak rasa tengok kecomelan dia.teringat zaman kanak-kanak dulu.macam tu lah comelnyer aku.ekekekeke....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan