"abang.....abang ada tengok tak video wedding Zahiril Ajim ngan bini dia tu?" si isteri bertanya. si suami yang sedang tekun melihat surat khabar bagai acuh tak acuh.
"napenyer? sape pulak Zahiril tu?" jelas yg si suami tak amil port pasal dunia hiburan. si isteri buat muka mcm The Memes.
"alaaa abang nih. takkan tak kenal. yang pelakon fofuler tu lah."
"owh...nape plak? awak ade ke dalam tu?" suami selamba.
"tak lah. video wedding diorang kan bang, best giler. romantik sangat. si Zahiril tu sampai siap wat sajak lagi kat wife dia. sweeeeeeetttt sangat."
"owh. pandai dia bersajak?"
"mestiiiiiii......dia deklamasi sajak tu depan2 wife dia masa hari wedding dorang tu. dia punya sajak....best abang. mendayu. penuh erti. romantik sangat."
'eleh. sajak je pon. romantik la sangat."
"ishhhhhhhhh, abang nih! abang nak tau tak, ayang rasa romantik sangat kalau abang wat mcm tu kat ayang. baca sajak, wahhhhhh...sweeeetttt..."
"cait. nak termuntah dengar."
"abang ni kan, mcm takde feeling langsung. abang tau tak, selama kita kawen, abang tak penah nak wat romantik2 ngn ayang. ayang kekadang tu rasa mcm ayang dah tak disayangi."
"lerrrrrr.....takkan nak abang bersajak tiap2 hari. macam tu? uishhh...gelimat la abang."
"alaa,sekali sakala pe salahnya. ayang jelesssss sesangattt tengok dorang. abang nih, pegi keje balik, makan, tido,makan, tido. abang tak penah pon sekali sekala tunjukkan rasa sayang abang tu kat ayang. ke abang dah tak sayang ayang?"
"ke situ plak dia. dah la. malas nak layan. pe kejadahnyer nak bersajak2 pulak. tido lagi baekkk..." si suami terus masuk ke bilik tidur. tak sampai dua menit, bunyi dengkuran berirama kedengaran. tak sesuai untuk dibuat ringtone mahupun text alarm.
"abang nihhhhhhhhhhh...........!" si isteri separuh menjerit. bengang betul ada laki mcm nih. tak romantik langsung. ntah pape. cecuba la sekali sekala jadi mcm pelakon tuh. wat romantik. bersajak ke, nyanyi ke hape ke. baru lah si isteri dia nih rasa disayangi. si isteri bermonolog.
malam tu si isteri merajuk.merajuk betul. di atas katil, beliau meletakkan pillow panjang sebagai border antara dirinya dan si suami. selalu kalu tak merajuk, pillow tu akan dijumpai di atas lantai keesokkan harinya. tapi malam tu, pillow itu akan berada di atas katil sampai pagi. mungkin. ditambah dengan bunyi dengkuran si suami, hati si isteri bertambah bengkek atas sikap si suami yang acuh tak acuh.
malam pon berlalu. memang adegan nih berlaku pada waktu malam. gampang ape orang tido waktu siang. si isteri tetiba terasa nak terkucil. "alamak, ni mesti efek minum seben ap petang tadi nih." getus si isteri. nak pegi tandas, rasa malas pulak. kalo dilepaskan di atas katil, takot di sound oleh si suami.
dengan tangkas beliau bangun. beliau kelih ke kanan. "ehh,mana abang?" si suami yg tadi tidur di sebelah dah takde. 'aikk, takkan lari dari rumah kot." liar sungguh imaginasi si isteri. selalu kat Malaysia nih, si isteri yg lari dari rumah. "ahhhhhh...pegi kencing dulu.."
ketika hendak ke tandas,tetiba dia melihat bilik yg dijadikan ruang solat bercahaya dengan lampu. beliau pon menghampiri bilik itu dengan senyap. jelas kelihatan di sebalik pintu yg ditutup sedikit, suaminya sedang beribadah malam. kelihatan seperti si suami baru saja selesai dari solat.
si suami duduk dua sujud. rasa tenang sangat malam itu. sudah selesai bersolat, hendak dipanjatkan munajat pada Sang Pencipta dirinya. si suami pon menadah tangan berdoa dan membuat permohonan dengan Rabb-nya.
"ya Tuhanku, sungguh aku amat menyintai isteriku. dia selalu bersamaku dalam setiap masa.tidak kira waktu senang mahupun susah. ya Tuhanku, maafkan diriku dan dirinya. sungguh jika aku ditakdirkan untuk menghadap Engkau terlebih dahulu, aku redha dengan isteriku. aku halalkan makan dan minumnya. dan aku maafkan segala kesalahannya. ya Tuhanku, sungguh isteriku adalah anugerah yang paling hebat pernah Engkau kurniakan. andai kami dapat bersama di syurga-MU kelak, jadikan dia bidadariku. aku tidak mahu yang lain. cukup dia sebagai bidadariku. dan jauhkan dia dari azab-Mu ya Rabb. aku sama sekali tidak sanggup melihat dia menanggung kemurkaan-Mu.
"ya Rabb, kadang kala isteriku suka bermasam muka denganku. kadang kala dia suka menjauhkan diriku melayan perasaannya itu. tapi sebenarnya aku tak pernah marah akan sikapnya itu. Ya Rabb,Kau murka dengan isteri yang bermasam muka dengan suaminya. tapi aku mohon padamu, jangan Kau pandang dirinya dengan sebegitu. ya Tuhanku, sungguh aku tak sempurna. kadang kala aku rasakan yang aku tidak layak untuk isteriku. namun, Engkau kurniakan dia sebagai isteriku sebagai pelengkap hidupku. hidup dengan dia sering mengingatkan aku pada Mu. aku sebenanya khuatir adakah aku mampu menjadi suami yang baik untuk dirinya. kerana dia adalah isteri yang baik untuk diriku. ya Rabb, terima kasih kerana memberi ku dia. terima kasih kerna itu. aku sangat bertuah mempunyai dia sebagai isteriku." berlinang air mata saat seorang hamba tunduk kepada Tuhannya.
tetiba si suami dipeluk isterinya dari belakang. macam beruk yang terencat aksi si suami terkujat pabila dipeluk tetiba. si isteri memeluk erat suaminya dengan linangan air mata. bercucuran membasahi baju melayu si suami.
"awak ni mengigau ke hape? da le peluk tetiba. ingat hantu mana tadi. ni tetiba menangis ni, apsal?" tanya suami kepelikan.
"abang...terima kasih....maafkan ayang yerr....ayang dengar ape abang doa tadi. ayang mintak maaf sebab perangai ayang tadi. ayang sayang abang sesangat." si isteri meleleh air mata memandang suami.
si suami hanya senyum. "abang tak terer mcm sape tu? hahhh, si Zahiril hapekebende ntah tu. abang tak terer nak romantika de amor nih. bersajak segala. sori. ai em not perfek."
"takpe. abang bagi ayang perfek sangat. trimas sebab jadikan ayang isteri abang. ayang sayangggggg bangeeetttt sama abang..." sempat si isteri mencium pipi si suami tercinta.
malam itu si isteri mendapat satu pelajaran. si suaminya itu tidak pandai beromantikan ala2 selebriti. tapi meluahkan cinta dan kasihnya di hadapan Ilahi memohon kebahagiaan untuk dirinya. dan lelehan air mata suaminya, adalah tanda kesyukuran pada Rabb kerana mengurniakan dia pada suaminya. sungguh runtun hati sang isteri dengan suaminya itu. tak perlu terikut-ikut cara orang lain meluah cinta pada pasangan mereka. cukup menzahirkan cinta itu pada Yang Memberi cinta itu, Sang Penguasa segala hati hambaNYA.
"hape bau hancing nih? mcm bau kencing." si suami membau-bau sambil membesar kempiskan hidung. jangan.tengah2 malam kalu bau kurang enak, mcm ada pape.
"tehehehe....mana ada la. hidung abang tu yg salah......." si isteri mula teringat ape sebab dia bangun tadi. perbuatannya cuba disembunyikan dengan satu senyuman.
SELESAI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan