zaman sekarang lumrah dengan fenomena kapel nih. suma org espesiali yg baru nak tumbuh bulu2 lebat dan hormon mula nak berkembang. beselah. nama pon manusia. cinta itu keperluan yg hakiki. kalau babun pon hidupnya ingin berkeluarga, ini kan pula aku dan kau. da muak aku dgr pasal statement dari ramai, "aku tak nak kapel. aku nak terus pinang makwe yg aku minat tu." ini lelaki. kalo pompuan, " i tak nak kapel la. i nak teros kawen jerr.."
maybe ada beberapa sebab nape ada makhluk yg tak nak terjebak dgn kapel-kapelan nih. mungkin disebab luka pahit di zaman silam. dek kerana terluka bernanah dengan seseorang, teruih mengambil keputusan tak nak dah berkapel nih. pahit lebih pahit dari mamam pil doktor. dan ada yg lebih ekstrem, terus menerus membenci budaya yg dikatakan berpenyakit nih.
aku penah deal dgn pengikut fahaman nih. zaman aku sekolah dulu da ad. mcm kelab pulak. and mostly yg mengganggotai is the girl. Muslimah lagi. cukup kuat dan lantang menentang budaya kapel. ok lah. mmg patot pon. lagi pulak aku tak menentang prinsip org laen. tapi kan, semenjak da abes sekolah, da masing2 ikut hala tuju memasing, tup tup aku dengar, dia dah berkapel. ya, dia yg satu ketika dulu penentang tegar kapel-kapelan nih. pulak tuh, terkantoi dating ngn member sekolah. bertambah parah, terkantoi dgn aksi berpegangan tangan. mula mmg aku tak percaya. dgn penampilan muslimah lagi solehah, masakan beliau boleh bertindak mcm tuh. tapi lelama, rupanya betol. da ramai yg mengiakan. tup tap punya cerita, rupanya si penentang nih dulu, dia maseh single time tuh dan ehem, belum lagi terkena virus cintan cintun tuh. "tak pena rasa,kemain nentang.dah ad yg syok, mcm tu la jadi." sempat aku rakam leteran sahabat lama.
aku bukan nak menyalahkan si Muslimah nih.jauh sekali aku nak menjelekkan sifat dan penampilan beliau. tapi aku rasa heran, yg dok menentang, propa tak nak kapel tak nak kapel nih, betolkah TAK NAK KAPEL??
sungguh, bukan niat aku nak mengajak engkau semua berkapel nih. dan aku pon tak pasti bab2 kapel nih. kalo diikutkan dari sudut syarak, tak payah bgth, kau pon paham ape hukumnya. aku sudah maklum dgn hukum berkapelan nih, cuma aku takut, kita dah tahu haram, boleh kita hindari?
"alaa..kawan kawan gitu jelah. bukannyer keluar pegang tangan mcm kapel tuh. jaga batas dan pergaulan..."
itu aku pon tahu. tak payah nak cakap. cuma,how far and how really this work? ok. kau keluar, tak pegang tangan, tak duduk dekat. jaga batas pergaulan. tapi bukan tu je. pergaulan kau, percakapan kau, perasaan kau, hape yg kau kongsi, hape yg ko borak sembangkan, mesti ad similarities dgn org yg berkapel kan? tu belom sentuh soal perasaan sayang dan jeles tu. dan yg lebih mustahak, kau tak nak kapel, how come kau kenal dan berharap yg si dia akan jadi pasangan hidup? hanya dengan kawan kawan gitu jer?
boleh sangat kalo kau tak ubah status kau di pesbuk. tak susah mana kalu kau jarang twitting 'kawan rapat' kau tuh. but still, kekadang kelakuan tu ada bayang2 kesamaan dengan kapel. dan maseh kau dengan megah dan lancar menyebut, "aku tak nak kapel?"
aku sejujurnya cukup takut dengan ini. aku tak mau propa gebang sana sini kata kapel itu tak elok lah, buruk lah, hapelah, last2 end up dengan,
Amayrulez is in relationship with.....
di pesbuk. aku ni seorang realitis. mmg kekadang aku terbayang dengan insiden nih. ini yg org kata, "cakap macam guruh, tapi macam butuh." kemain kita cakap hu ha hu ha tak nak, last2 kita jadi mcm tu. umpama mcm kau nak elak taik, last2 kau palit taik tu kat muka kau sendri.
aku tak berniat langsung untuk mengatakan budaya kapel ni sihat.owh tidak sama sekali. sudah maklum benar ape hukum di sisi agama. cuma aku heran bertambah takut. bagaimana aku sendiri dan kau kau nak berdepan dgn mende nih. jangan jadi mcm munafik. mulut kata tidak tapi perbuatan meng-iya-kan. mende nih dia maen jiwa dan perasaan. silap kau tak leh kontrol, kau terjebak dgn budaya yg maybe satu ketika dulu kau cukup tentang.
walaupun cliche, ini entri kejujuran aku. kejujuran dalam diri ini tidak cliche. ia satu kejujuran yg mungkin pahit utk kau semua terima. tapi aku berpegang pada kejujuran aku berbanding dengan menjaga perspektif kau orang semua.
terbaik bro..hahahhaha
BalasPadamsuperb..:)
BalasPadam