yang tak berapa berhingus

Jumaat, 16 Disember 2011

dan disebabkan orang yang salah itu...

"demm...guwe gagal lagi....."

kalau setakat kalah maen game, itu tak menjadi hal. tekan je butang restart, perjuangan boleh bermula semula. tapi ini perjuangan mendapatkan hati dan perasaan. da banyak kali dah gagal untuk mencurik hati beberapa insan yang pernah hadir dalam hidup. kekadang tu selalu jgk lah suluh suluh muka nih. menilai kekurangan hape yg ada sampai sering kali tewas dalam perjuangan nih.

kekadang tu rasa macam total loser bila asyik kalah. bertambah bangsat rasa diri bila yang hati yang cuba didekati tu rupanya dah di-cop orang. bukan senang nak jatuh hati. bukan semua wanita yg pernah hadir dalam hidup nih berjaya menarik perhatian. tapi bila hati dah tertawan, rupanya si dia milik orang.

dan insiden ini menjadikan hati cukup keras nak cara bab2 cintan cintun nih. dengan angkuh dan bersahaja bercakap, "i don't deal with love."  amboi.siap oghang putih naa. tapi kata orang, cinta tu power dia kuat. boleh wat jiwa tak tenteram. kau kau boleh paham lebih kan. kau orang lebih true dari aku.

boleh kata banyak kali jumpa orang yang salah. salah untuk memberi dan menerima hati dan rasa sayang nih. memberi cinta tu tak salah. tapi akibat ketidak layakkan menerima cinta kembali itu yg menyebabkan digelar mereka ini sebagai 'orang yg salah'. boleh kira pakai jari berapa bilangan mereka nih. yelah, masing2 punyai keistimewaan yg membuatkan hati tu dup dap dup dap dup dap dup dap semacam je.

kekadang tu terpikir sejenak. hape jodoh takde ke, takde orang nak ke, lambat lagi ke, dan memacam lagi. maunyer tak.asyik losing jer.bengkak keciwa jangan cakaplah. da mcm lali dah rasa. walau ape pon, cuba ditenangkan hati ni setenang mungkin. mencari pelbagai medium untuk jawapan.

dan akhirnya jawapan tu pon ditemui. dalam bentuk kata2, tapi rasa cukup bermakna.

"dipertemukan dengan orang yang salah adalah agar kita lebih bersedia untuk menerima orang yang betul"

cuba ditanya pada orang yg lebih dewasa dalam  hidup. maka kakak yang sedang bahagia menempuh zaman perkahwinan diajukan soalan. seperti orang pro, beliau memberi jawapan. padat,berinfomasi dan cukup memberi pencerahan.

"along pon dulu banyak jumpa orang yg salah. lagi lah. bercinta bagai nak rak. last2 kaput gitu je. air mata jangan cakaplah. dah banyak dah mengalir. tapi setiap kali kegagalan tu, along belaja sesuatu. yelah, mungkin ada kelemahan kat diri sendiri. setiap kali gagal tu jugak, along jadi lebih kuat.jadi lebih tabah.jiwa makin kuat. dan yang lebih penting, belajar menerima orang lain seadanya."

"kita tak tau sapa jodoh kita nih. kalo tahu,takde lah along asyik tangkap leleh air mata jer. tapi disebabkan banyak kali gagal tu lah,akhirnya along jumpa abang ipar kau tuh. masa tuh kan, kitorang mcm menerima antara satu sama lain. baik kurang kitorang suma terima dengan jujur. macam dah bersedia.yela, sebelum ni pon takot jugak kalo yg ini pon gagal. tapi who knows, tak sangka dia pulak yang satu yg ditunggu2. dan kau nak tau, abang ipar kau tu pon mcm along gak. banyak kali gagal. dan bila kami jumpa, kami dah bersedia jika gagal lagi.hati mungkin bengkak. tapi kene kuat. dan ternyata abang ipar kau tu memang cocok benar dengan along. sesuai amat. kalau lah dulu tak gagal banyak kali,agaknyer tak jumpa lagi dia. along bersyukur sesangat kerna itu. bila kenang2 balik kan, yg part2 sedih tu, along leh senyum bila teringat."

sebenarnya panjang lagi.tapi cukuplah. betul lah, Tuhan tu Maha Hebat. perancangan-NYA cukup hebat dan rapi. mungkin belum tiba masanya lagi. atau mungkin belum cukup persediaan untuk menempuh si dia yang berhak. ya, yang berhak dan betul. mungkin kala itu, sudah cukup bersedia untuk menerima. yelah, nama pon jodoh. sampai mati weh bawak bersama. ada pelajaran yang Tuhan suruh kita amik dan belaja bila jumpa dengan orang yg salah. DIA bukan main2. owh tidak. main2 itu bukan sifat-NYA. DIA tahu yg terbaik untuk hamba-NYA. maka untuk itu, DIA persiapkan kita menjadi terbaik dalam keadaan yang terbaik sekali untuk bertemu dengan ya, si dia yang terbaik untuk kita. pada tika itulah kita layak menerima rasa cinta dan sayang. dan mungkin cinta dan sayang itu melahirkan kebahagiaan sampai kita mati. masa itu kita akan berterima kaseh pada saat, waktu, ketika dan orang yang salah tu, kerana mereka kita bertemu dengan orang yang betul. ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan