sedang menunggu rombongan meminang iaitu pihak lelaki, sempat bertanya pada papa mengenai pengalaman beliau mengharungi detik2 owsem ni. ringkas tapi content dia semacam betol.
"op kos la eksaited. malam tu.yang malam tuh. tak akad tak leh tau. ngehngehngeh"
dan rombongan pihak lelaki pon sampai. tika pengantin lelaki berdepan face-to-face dengan tok kadi, kelihatan beberapa kali si lelaki meneguk air liur. kebimbangan mungkin. jelas betapa nervous si lelaki. namun tok kadi stay tenang sambil tersenyum.
"jadi,kamu ni nak berkahwin la yer?" soal tok kadi.
"ye tok." jawab sang pengantin.ringkas tapi sedikit gugup.
"kamu ni memang betol2 nak kawen ke?"
"yelah tok.kalo tak takkan ler saya datang sini bawak pemili suma.takkan nak gi pamper plak."
"kamu tahu sesuatu? bakal isteri yg kamu nak nikahi tu, bukan penyabar. kekadang dia boleh jadi pemarah. memang sebelum nih dia nampak baik.tapi bila da berkawen nanti,lain. nak2 kalo tengah datang bulan. macam rimau dia tuh tahu. semua wanita macam tu."
"err...."
"bakal isteri kamu tuh degil. kekadang dia melawan cakap kamu. dia nak buat hal dia jer. merajuk jgn cakaplah.memang selalu akan buat. dia boleh buat hati kamu panas bila kamu balik rumah,muka dia masam mencuka. skang ni memang cantik berserilah. tapi bila dah kawen? boleh celen Hantu Kak Limah muka masam tuh. kamu nak menikahi dia?"
"err....sa...sa..saya..."
"kamu nak menikahi dia bila mana nanti dia akan lupa nak sediakan makanan untuk kamu? tika kamu nanti kalao bertengkar, dia akan ternaikkan suara dia pada kamu? rumah bersepah, anak2 tak terjaga, kamu nak menikahi dia?"
"errr...tok....dia..err..."
"jadi suami nih besar tanggungjawab dia. kamu kena sara hidup keluarga kamu. kena jaga dan didik anak2 kamu. kene didik isteri kamu baik2. nampak macam senang,tapi payah."
"kalau kamu jadi suami dia,kamu kena tahan dengan perangai dia.kamu kena sabar dgn kemarahan dia, kamu kena tahan sikap kedegilan dia. kamu kena hadapi semua kekurangan dia. semua manusia ada kelemahan dan keburukan. menjadi suami dia, maka kamu mesti hadapi kelemahan dan keburukan dia. kamu kena terima baik buruk dia. segala masalah dia, kamu perlu amek tahu dan selesaikan bersama."
si pengantin diam.tertunduk.
"kalo setakat nak berkawen sebab cinta, nape zaman skang ramai orang bercerai? dulu heboh kata ai lap yu yu lap ai. last2 bercerai. apa sebab? sebab tak tahan dgn perangai memasing."
"sekarang kamu pikir betol2.kamu benar2 nak menikahi dia atau tak. kalau benar,kita akad nikah. kalo kamu tak sanggup,silakan pulang.buat keputusan yang betol. kalau kamu silap,ia bukan takat jejaskan masa depan kamu.tapi masa depan bakal isteri kamu jugak"
pengantin lelaki terdiam berfikir. 2-3 menit kendian.
"saya dah buat keputusan. saya akan menikahi dia." jawabnya tegas.
tok kadi tersenyum. lantas memandang pengantin perempuan.
"tahniah. seorang lelaki yang hebat bakal mengahwini kamu."
pengantin perempuan tersentak seketika. semacam bergenang air di matanya.
"dia dah bersedia menerima kamu. dia sedia menerima keburukan dan kelemahan kamu. dia bersedia untuk mengambil kamu sebagai pendamping hidupnya. kamu tahu tak, dia bakal menjadikan kamu bidadarinya di syurga?"
pengantin perempuan menitis air mata.
"maka, taati dia.jangan melawan perintahnya. maenkan peranan kamu sebagai isteri baik-baik. jadi pasangan hidupnya betol2. dia sudah buktikan pada kita semua yang dia benar2 mencintai kamu."
upacara akad nikah pon bermula. dan hanya sekali lafaz, pengantin lelaki selamat diijabkabulkan. dan akad itu dirasakan sang suami sebagai janji dan sumpahnya untuk menerima dan menjaga siterinya sebaik mungkin. bagi sang isteri, itulah adalah tanda bahwa dia sedang memulakan fasa baru hidupnya dengan lelai yg sudi menjadikannya bidadari di syurga.
"seram kemain soklan tok kadi tadi tuh. memang killer abes dia tuju kat pengantin." cuba nak bukak topik dengan papa.
" nak jadi suami bukan senang. kene amek kira suma aspek." papa jawab sambil menghirup teh tarik.
"kot yer pon, soklan janganlah padu macam tuh.da jodoh kan." cuba menjawab. juga turut sambil menghirup teh tarik.
"jodoh tu pelengkap kelemahan yang ada pada hidup kita. bukan manusia perfek yang kita idam-idamkan." dengan tenang papa menjawab. padu betol jawapan balas.
"sup gearbox ada lagi kat belakang. jomlah kita pegi mengketedaghah." papa mengajak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan