yang tak berapa berhingus

Khamis, 26 Januari 2012

seorang lelaki Muslim yang sejati, dia SETIA.

dah mcm berkulat pulak belog ni bila da lama tak hapdate. ini padah akibat tak reti nak bahagi masa. mau tidak.bizi dengan urusan dunia. ehem.sebenarnya mencoret ni pon urusan dunia jugak.

itu hari hari cuti. Gong Xi Fa Chai. kesempatan bercuti diekploitasi dgn melepak dengan dua tiga ekor jembalang yang mesra disebut sahabat. bila bertemu, mcm2 cerita nak diumpat bersama.

dalam dua tiga ekor jembalang nih, sekor daripadanya adalah seorang gugurl. beliau memang tidak segan nak melepak bersama puak-puak berhormon testosterone. beliau pon membuka mukadimah.

"zaman skang lelaki suma sama je. penipu. tak setia."

dan secara tiba tiba aku dan jembalang berhormon testosterone lain tersentap.

"faking. kau cakap tu. kitorang terasa tau.terasa."

"ngehngeh. bawak cool,bawak rileks."

"kejadah hape kau cakap suma laki sama? penipu tak setia segala."

"member serumah aku.dia baru clash dgn pakwe dia. pakwe dia curang. kemain dia sayang ketat ketat pakwe dia. last last,pakwe dia si brengsek tu kantoi bawak pompuan laen."

"itu pakwe dia. bukan nye kitorag. yang kau cakap tu, semua lelaki sama. kau tengok, aku dgn si Merul ni sama ke? aku pakai boxer.dia pakai spender." 

"betul.betul. Izad ni ada bulu dada. aku takde. takde."

"gampang betul contoh yang korang bagi. entahlah.cuma sekarang ni,susah.susah betul nak cari lelaki yang betol betol setia."

"soal setia atau tak ni, aku rasa ada sangkut paut dgn hal dalaman." dengan muka serius sahabat sebelah.

"mohon pencerahan."

"lelaki yg curang,selalunya cenderung dgn keseronokan. ya. seronok bermain dgn perempuan. dia rasa hidup dia ohsem bila dapat kapel dgn ramai perempuan. kejap dgn minah ni.keja dgn amoi tu."

"dalam erti kata lain. playboy. tak gitu?"

" lebih kurang. bagi spesis mcm tu, mcm satu kebanggaan dapat menjalin perhubungan mcm tu. bila bosan,dia akan putuskan mcm tu ja. dan mencari yang lain. dan akan berterusan."

"sampai bila tu agak agak?"

"itu keseronokan dunia. selagi dia tak terkena lagi. tapi tidak pada seorang lelaki Muslim. tidak."

"kelihatan menarik. mohon penjelasan panjang lebar."


lelaki sejati mungkin bukan seorang lelaki yang taf.


 "lihat. lelaki Muslim itu,hidup dia ada matlamat. apa yang dia buat,objektif dia hanya satu. kerana Tuhannya. tak kira lah. makan ka, hapa ka. hanya kerana Tuhan. dan dia percaya, Tuhannya itu cukup berkuasa untuk mengazab dia kalau dia berbuat satu kesalahan."

"Islam itu mengajar kita dua prinsip. hubungan dengan Tuhan.hubungan dengan manusia. dua benda ni cukup rapat kaitan. dan macam kita tahu, kesalahan manusia hanya manusia boleh memaafkan. jangan memain. dosa dengan ALLAH boleh kawtim sebab DIA maha mengampuni. dosa manusia? silap2 boleh sampai akhirat nanti."


mungkin juga bukan seorang yang kacak


"dan menyakiti hati manusia tu,adalah kesalahan yg cukup pedih untuk manusia itu maafi. nah, nampak perkaitan?"
"dan bukan jugak satu keseronokan bagi lelaki Muslim yang sejati, bermain perempuan dalam hidup. sebab bagi dia, bila dia pandang seorang pompuan, dia teringat akan tanggungjawab. tanggungjawab sbg seorang lelaki."

"bila dia nak mencintai seorang wanita,dia akan betol betol mencintai. dan dia berniat untuk mengambil orang yg dia cintai itu sbg isteri.

"haram mengambil seorang wanita sebagai kekasih jika tidak berniat untuk mengahwininya"
-Ustaz Azhar Idrus-

"kira dia tak main main la yer kalau bab bab cinta itu?"

"mau tidak. dok seronok bercinta sakitkan hati pompuan.di akhirat nanti kene tanya sama Tuhan, dia nak jawab hape? mau tak kena balun. kau sanggup kene siksa sebab pompuan?"

"seorang lelaki Muslim itu, dia betol betol tak mahu sakitkan hati sesiapa espesiali orang yg dia sayang. sebabnya dia tahu. segala apa yg dia buat,akan dipersoalkan nanti."

 tapi lelaki sejati, dia tahu kebertangungjawaban dia pada Sang Penguasa bila dia mencintai


"nak kawen bukan nak pikir seronok. berat tanggungjawab sbg suami.tak gitu?" aku terai menambah.

"nuffsaid. dosa bini dia nanti,dia tanggung suma. pompuan ni mudah nak buat dosa. kalau kalau dah ready nak pikul dosa bini, bolehlah kalau nak kawen."









"Islam memang mengajar seorang lelaki itu jadi lelaki yang sejati. gentleman. bukan terkinja-kinja dok buat video cinta hape tu semua."

"menanggung dosa si isteri adalh pengorbanan suami. dan sebagai bukti cinta dia pada isteri. nuffsaid." si gugurl merancakkan konklusi.

"benar.benar."

"tapi masalahnya camne nak cari lelaki macam tu?"

"belajar bab ilmu munakahat dulu. baru cari."

"rasanya kan, elok lagi pasangan gay tu daripada spesis playboy tu kan?"

"kau ni kan.macam bertanya," yang mana lagi wangi. taik babi ka taik anjing?" kejadahnya. dua dua spesis ni sama je gampangnya."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan