yang tak berapa berhingus

Jumaat, 3 Februari 2012

BERANI dengan cinta.


"Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan."
- Khalil Gibran-
 
entri kali ni gua bukak dengan petikan mutiara kata yang gua petik dari satu sumber. ikut plan asal, gua nak bukak dalam bentuk serangkap gurindam, namun memikirkan daya kreatif prosa sastera perlu untuk itu, maka gua memikirkan alternatif. agak naiss jugak stat karangan dengan serangkap kata mutiara. kalau SPM, awal awal lagi A+ sudah dalam genggaman.

sedang gua training mengangkat dumbell, gua memikirkan analogi yang gua boleh sangkutpaut dengan sikap keberanian. dan seperti insan yang meniti alam kedewasaan, gua tak dapat lari dari sifat kegatalan dan hormon hormon cintan cintun ini. ya. gua kaitkan dengan cinta. berani dengan cinta.
dalam fenomena bercinta ni gua dapat rumuskan yg ianya ada 2 kategori. bukan kategori lagu mcm AJL. kejadah itu semua. yang pertama, mencintai tapi tak memiliki . dan kedua, dalam perhubungan tapi akhirnya putus di tengah jalan.

mencintai tapi tak memiliki. dalam erti lain mencintai dalam diam. tak perlu gua cerita panjang camna dia berlaku. tapi gua nak bawak satu pencerahan. nak mencintai pun satu keberanian. nak meluah tu. seberapa ramai yang sanggup dan mampu meluahkan isi hati pada insan yg mereka syok itu? itu perlu keberanian yg jitu. kerana bukan satu jaminan jika cinta itu berbalas. rabak terasa bila cinta yg diluahkan, ditolak. perlu kesediaan mental yg rapi untuk menerima hakikat perasaan istimewa itu akan ditolak. 

pastinya satu keperitan jika cinta itu ditolak. namun kalau tak diluahkan, tidak ketahuan pula si dia. bila kau orang luah perasaan cinta itu, kau orang harus berani terima kenyataan bila cinta itu ditolak. BERANI. seperti satu bentuk kamikaze. korang dah bersedia menerima hakikat yg pedih tu dengan meluahkan cinta. pedih tapi sanggup menanggung. bukan itu satu KEBERANIAN?

dan pabila insan yg kau cinta itu mencintai orang lain, itu pasti menambahkan rabak di hati. pasti kadang kala kau membandingkan diri kau dengan orang itu. hape yg bestnyer dia tuh. namun bila kau orang menerima hakikat bahawa mencintai itu tak semestinya memiliki, itu lagi satu keberanian. berani menerima kekalahan dan kehilangan. kalah pada orang yg dicintai si dia, dan hilang cinta si dia pada kau kau semua. namun cinta dalam hati itu tetap ada. kau tetap cinta pada dia walaupon kau tahu takde guna menyimpan perasaan itu. 

sangatlah bengkek rasanya bila melihat dia bahagia tersenyum terkekeh ketawa serupa puaka bila bersama dengan orang lain, yang kau rasa sepatutnya kau yg bersama dengan si dia. bengkak hati bila melihat si dia walau gadoh gadoh tahap leleh air mata,masih tetap dengan orang lain,bukan dengan kau. tapi itu kau orang suma tabah mengadap demi cinta dlam hati itu. berani menghadapi kekecewaan itu.sakit itu.derita itu. dan bila kau mencintai sesorang dlm diam,semestinya kau mengharapkan kebahagiaan sentiasa mengiringi si dia,walau kebahagiaan itu,bukan dengan kau. bukan itu satu KEBERANIAN?

dan jika kau dan dia dalam perhubungan, dan perhubungan itu putus, pasti satu keperitan yang padat. terasa macam dunia ini tiada gunanya lagi. orang yg kau timang timang kau panggil sayang kau rindu rinduan itu akhirnya menjadi orang yg kau rasa seperti haram jadah.

putus perhubungan itu menyebabkan kau seperti orang mereng. nak makan teriak,duduk diam teriak,nak mandi teriak, nak buat hape keje pon teriak. sampai sambil meneran taik pon,teriak. teringat pada si dia. namun akhirnya teriak itu kau tamatkan dengan satu keberanian. berani melangkah kembali. berani bangkit kembali. berani meneruskan sisa hidup. berani merasai pedih hati itu.

dan yang pastinya, tak kira kau orang suma masuk dalam kategori mana, pasti masih ada keinginan utnuk kembali terjebak dengan cinta. pasti kau teringin nak meluahkan cinta. pasti kau ingin mempunyai perhubungan istimewa lagi. bukan satu kesalahan untuk mencintai. itu lumrah manusia. punyai keinginan untuk memiliki pasangan. dan harus kita ingat, jika masih berani untuk mencintai, maka perlu berani untuk dilukai. sekali lagi. dan itu perlu KEBERANIAN. berani yg jitu. 

sewajarnya kita harus ucap tahniah pada diri sendiri kerana menjadi seorang yang berani. berani dengan cinta. sewajarnya kita perlu beri tepukan pada diri sendiri kerana jadi seorang pemberani. pemberani dalam meluahkan perasaan. pemberani untuk merasai luka di hati. dan pemberani untuk mencintai dan dilukai lagi. 
dan dengan ini secara respek dan kagum, gua mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada kau orang semua, kerana menjadi manusia yang BERANI. ya. seorang PEMBERANI.

dan gua tutup entri ini dengan serangkap lagi kata kata ohsem.

" Kekuatan untuk mencintai adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepada manusia, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan