yang tak berapa berhingus

Ahad, 19 Februari 2012

bercinta lepaih kawen? acane tu?

ini perkara serius. gua tak sempat nak bukak perenggan dengan kata kata azimat. gua terai search di Google. tapi gagal. itu tahap keseriusan entri kali ni.

bercinta lepas kawen. gua rasa engkorang suma pasti da naik muak. tambah tambah pulak semenjak dua ni tibi menayang satu ceghita yg cukup cukup buat ego gua takmau tengok cite melayu ranap. pes taim gua cuba terai usha2 dengan muka mencebek. tapi last2 gua kalah. dan tak sedar gua dah mengekori drama tu selama 8 kali. 8 episod.


oh. yang ni cerita yg gua maksudkan.


tapi bukan pasal drama tu yg gua nak bawak ini malam. tapi yg berlaku tatkala drama ni berlangsung.

itu hari gua ngan jembalang jembalang lain bersantap dinner di sebuah restoran kandar. kebetulan, drama ni tgh ditayangkan. gua pada mula berlagak teguh depan memember cuba utk tak usha skrin tibi. takut takut gua bakal di-troll sebab minat tgk cite melayu. 

tapi gua terkejut besar. terkejut betul. gua ingat gua sorang yg mengekori jalan cerita itu drama. tapi jembalang yg dengan gua nih, jauh. jauh lebih feeling dari gua. siap mendongak nganga tengok. sempat pulak tu mengomel

"pergghhhh...syok naa depa. lepaih kawen dok manja manja laki bini. demm naisss.."

gua buat muka kelat. pahit dengar respon itu.

"don say to me dat yu follo this drama. don say it." speking.

"hell op kos ai follo dis drama. pes taim ai wacing wacing dis drama, ai tot dis is jas a pis of krap. bat demm. ai ting yu olso beter wacing dis drama." 

"wad de hell dat yu say dis dghama is ohsem. de tajuk make me geli geli gelimat."

"ai setat wacing wacing dis drama......kacau la mamak ni !  *mamak datang bawak pesan* roti nan satu ngan sky juice kurang gula satu. ai ting yu beter wacing dis drama bai yorselp lah."

"gua mintak satu ja. apa mesej ini cerita bawak?"

"bercinta lepaih kawen. ohsem and naiss."

"berat pengertian tu. berat."

maka dengan tiba tiba member gua ni membetulkan posisi. kalau sebelum ni duduk melunjur dengan perut advance ke depan, tapi kali ni tegak dengan dada sedikit dikuak. seperti kemasukan mood serius.

"kalau aku nak cakap pun, susah. tapi ni aku nak cerita pasai beberapa orang dari grup dakwah yg aku join."(owh, member gua ni ada join grup dakwah di kampus)

"ada sorang  bro ni, taim dia stadi medik dulu, tahun ke-3 dia menikah. memang taim belajar ni banyak penghalang. penah aku tanya dia pa best nya kawen memuda nih. kau tahu jawapan dia."

member gua beri jawapan bro itu. dan jawapan tu buat gua rasa tersentap+kagum. dan sarat dengan pengertian. ni jawapan dia:

"kalau masa bercinta sebelum kawen, masing-masing sorok kekurangan. kekadang taim dating, nak dengar kentut tu pon payah. punya jaga kelakuan. susah taim bercinta nih kita nak tunjuk kekurangan kita pada dia. mau tidak. tak pasai kang bergaduh putus. kita takut nak pamer kekurangan kita dan terima kekurangan si dia. sedang kalau dalam perkahwinan, tu no.1 kita kena hadap."
"tapi, kalau bercinta lepas kawen, lain. sebelum nikah, kita kekadang tak kenal sangat pasangan kita tu. dan bila duduk serumah, masa tu kita nampak baik buruk si dia. segala apa yang dia terer, segala apa yang dia kurang, pandai masak ka, kuat membebel ka, apa ka,taim tu suma kita dapat tengok. dan kita kena tahu, kalau kita nak orang terima kekurangan kita, maka kita kena terima kekurangan orang"
"cinta nih, bukan setakat apa yang istimewanya dia pada kita yang mungkin takda kat orang lain. kita mungkin cinta dia sebab dia cantik, hensem,kaya, pandai dan sebagainya. tapi, kita still cinta dia kah dengan kekurangan dia? kalau ya, maka cinta tu akan kekal."

itu sebab naiss and ohsemnya bercinta lepas kawen.

dan malam tu gua dapat pengisian. bahawa bercinta lepas kawen bukan mudah. tapi kesannya cukup indah. dan bukan mudah nak bercerai lepas kawen. sebab talak tu perkara yang Tuhan tak berapa pekenan sebenarnya.

cite banyak pon tak guna. itu kepala otak kita kasi guna. sama sama kita pikir.

entri kali ni gua tutup dengan satu kesimpulan.

"ramai orang kecewa dalam cinta sebab mereka mengharapkan kesempurnaan dan keistimewaan pada pasangan mereka. sedang manusia tu sendiri tak dapat lari dari kekurangan. sedang belajar menerima kekurangan dia yang kita cintai, adalah sebenar benar erti mengenal hati dan menyemai cinta. kita bukan nak kongsi hidup dengan beruk, perangai hodoh selalu. kita bukan nak kahwen dengan malaikat, suci mulia segala. tapi kita kongsi cinta ni dengan manusia, ada baik dan ada kurangnya."

2 ulasan:

  1. bessttt entry everr <3 i just love it broo :)

    BalasPadam
  2. cinta hanya akan dikenal selepas nikah.
    indahnya?
    Allah sahaja yang menyimpan rahsia nikmat cinta selepas kahwin.

    BalasPadam