yang tak berapa berhingus

Khamis, 10 Mei 2012

yang dicintai dan yang ditakdirkan.

nak menulis entghi bab bab jiwa dan perasaan ni amik masa lama dan feeling yang true. baru boleh coret. padahal tajuk dan idea dah 3 minggu dalam draft.

tak nak lah gua sembang lebat tentang soal yang dipanggil hati dan cinta ni. namun apa yang boleh gua nuff said-kan,

dalam setiap dari kita, ada seseorang yang kita cintai.

yang kita cinta sayang itu, mungkin dia jugak berperasaan seperti itu pada kita. itu satu kesyukuran yang kita perlu sebut dan ingat ingatkan selalu. untunglah, ada yang menyayangi dan menyambut cinta itu.

tapi ada yang mencintai dalam diam. tak diberitahu pada si pujaan hati akan perasaan itu. oghang Jawa panggil itu sebagai crush. walau tak dibagitahu, aneh, ape saja yang berlaku dalam hidup orang tu, kita tahu. dia buat apa hari ni, ape aktiviti dia, perasaan dia, kita tau. dia tengah basuh kucing,kita tau. dia tak mandi lagi, kita tau. dan terima kasih pada Facebook dan Tweeter sebagai alat dan tugas sukarela sebagai stalker yang tak jemu.

walau apa pun, satu titik noktah yang kita mahu dari orang yang kita cintai, PERKAHWINAN.

owh, op kos lah kita mahu yang kita nikahi atau dinikahkan itu adalah orang yang serah total hati ni. mau tidak. kita dengan penuh yakin penuh konfiden mengatakan yang kita cinta itu adalah si solmate pilihan hati. cukup perfek, cukup sejati. prince charming and miss universe.

kita kengkadang langsung tak nampak keburukan yang dicintai itu. disebabkan kelebihan yg menjadi sebab kita kata, "dia cukup perfek", dengan lancar kita mengatakan dia adalah kunci kebahagiaan. dialah bakal ibu pada anak anak. dialah bakal imam dalam solat jemaah keluarga nanti.

itu yang kita harapkan dari yang dicintai.


dan ini, yang Tuhan bagi, yang ditakdirkan.

bukan satu perkara aneh kalau dengar seseorang berkahwen dengan bukan pilihan. satu yang normal kalau yang dinikahi itu bukanlah manusia yang paling disayangi. tambah tambah kalau perkahwinan yang dirancang keluarga. di hari pernikahan baru nak nampak muka.

dan yang ditakdirkan itu, selalunya bukanlah yang disangka. bukanlah yang diidamkan. bukan yang dimimpi dalam tiap kali tidur. jauh sekali nak dijadikan sebab tersengih sensorang tiba tiba.

tapi yang ditakdirkan itu, adalah yang out of our expectation. let say, kau idam seorang yang bertubuh sasa. tapi kau dapat yg cekeding. kau idam yang rupa ala2 Neelofa, tapi yang kau kahwini muka budak kampung. kau idam seseorang yg mcm retiss, nyanyi taim nak menikah, buat video ai lap yu ai lap yu. tapi kau dapat seorang yg nak nyanyi pun tak reti. jauh sekali nak buat video kalau nak insert DVD player pun tengok buku panduan.

Tuhan tak buta. Tuhan tak bodoh. tak dibaginya seorang manusia yg total lemah dan tak reti apa-apa. mungkin, yg cekeding tu, sebenarnya seorang yg sangat memahami. sedar akan kelemahan diri, dia seorang yg bersih. mulut takkan kata kotor. kurang kurang pun, dia takkan kata orang lain gemuk kalu dia mcm pembaris.

yg muka mcm budak kampung tu, mungkin seorang yg sangat pakar memasak. pandai mengemas rumah, membela anak dan tahu taim bila patut dia bagi kau makan. yang tak pandai buat video romantika tu, mungkin seorang yang tak penah lupa nama kau untuk dipohon pada sang Rabbi akan keselamatan dan kebahagiaan. video tu mungkin buat manusia rasa kau ohsem. tapi doa seorang suami atau isteri, benar benar buat hidup kau rasa ohsem.

Jodoh tu, bukan untuk membuat hidup kita jadi perfek. tapi lebih kepada bersama pimpin tangan menghayati kekurangan yang ada. sebab manusia pun tak sempurna. kalau dua manusia hidup bersama, mana datangnya kesempurnaan tu?

kadang kadang kita tak sedar, keputusan yang kita buat hari ni, mungkin satu kesilapan. dan, mungkin, yang dicintai itu juga satu kesilapan. yang ditakdirkan itu, adalah ketentuan Tuhan. kalau dah Tuhan punya keje, tak mungkin dan takkan silap. Tuhan itu taknak, kita membuat kesilapan berulang kali. cukup dahulu kita sorang buat kesilapan. bila dah berdua, kurang kurang sama mengingati. bukan lagi satu kesilapan.


1 ulasan:

  1. mencintai tidak semesti memiliki dan dimiliki tidak semesti dicintai. am i right?

    BalasPadam