yang tak berapa berhingus

Khamis, 12 Julai 2012

kalau awak bukan Irma, saya bukan Redza.

"weh, kau dah tengok video wedding Irma Hasmie tu? romantik gila."

masuk ni, dah 5 orang tanya benda yg sama. dan kelima org itu, adalah berjantina cewek.

"awat? kau ada dlm video tu? kompem aku tak mau tengok kalau kau ada." gua bagi jawapan pedas lagi sarkastik. bukan apa, kalau dah 5 org gadis gua jumpa tanya soklan yg sama, pasti, ini dah jadi satu fenomena baru.

dan betul pun prediksi, dah menjadi igauan para cewek dgn video dan gambar wedding retiss tu.

"alaaa....retiss yg bertudung tu lahhh..." ini jawapan balas kelima cewek tiap kali gua aju pertanyaan sapa tu Irma.

"ber....bertudung? sebentar. sebentar." dengar perkataan 'bertudung', dengan pantas, gua mengeluarkan sematfon, lantas gua meng-google nama retiss itu. dan,

salah satu gambar yg gua jumpa


yang pasti, retiss yang berhijab, memang gojes.

"aku suka la weh wedding mcm tu. kan best kalo dapat suami sekacak, sehansem, setampan suami dia tu. owh god.."

luah cewek itu. dan secara automatis, wajah bertukar kegelian. bulu bulu ketiak meremang.

macam ni. ketentuan Tuhan itu ohsem. jodoh sama padan. baik dengan yang baik. setiap manusia itu, dicpta Tuhan dengan cukup cantik. maka kalau masing masing dah cukup menarik, maka pasangan masing masing semestinya lengkap antara satu sama lain.

bab sesuai, bagaimana mungkin impikan teman sejiwa yang ohsem kalau kau kokap. tak sama sekali di-match seseorang itu dengan orang yang langsung tak kena dengan kau. Tuhan tu, matchmaker paling baik.

bukan salah utk impikan teman yg melengkapi citarasa. bukan salah kalau sekali sekala nak berangan. tapi ingat, bab teman sehidup semati bukan boleh diangankan. cerdik pandai kata, jodoh tu macam cerminan diri. kalau diri baik dari segala hal, maka yang jodoh itu, yg bakal menemani itu, tentunya baik dan molek jua.

macam GPS. kalau kau tak reti baca, kejadah ada benda tu. macam peta, kau paham benar utk gunakan, maka tak sesatlah hidup. mcm tu fungsi jodoh yg Tuhan bagi.

perbaiki diri itu adalah pertama dlm jejak mencari jodoh. kadang kadang Tuhan itu tahan doa mintak jodoh dipercepat sebab mungkin, DIA tengok kita tak redi lagi. ilmu munakahat, perlu di hujung jari.

tak tahu apa tu ilmu munakahat? tengok, itu sebab Tuhan tahan. Tuhan tu tak pekak. DIa dengar betul permohonan hamba DIA.

kalau yakin dengan plan Tuhan, tak patut timbul soal berimpikan teman semcam itu,semacam ini. sebab dengan yakin dengan perancangan Tuhan tu, sepatutnya terus menerus lihat dan perbaiki diri. semakin ohsem perubahan dari hari ke hari, semakin dekat,semakin hampir dengan saat Tuhan pertemu dengan jodoh.

"kau akan dapat suami yang seohsem  Redza tu." gua balas pendek.

"amboi. acane tu?" mata cewek mengembang tanda eksaited.

"kalau kau seohsem Irma" gua balas lagi. pendek.

"babb....ayat kau. tajam. tajam" kalah mimik hantu ciptaan felem felem Thai respon cewek.

"nah,kau lihat, Irma dan Redza itu sama padan bukan? baik dari karekter, rupa, apa kau pikir, kalau si Irma tu tak ohsem, boleh jumpa dengan suami dia yang ohsem tu?"

"kau lihat hidup Irma. bagaimana tak Tuhan tentukan beliau dengan seorang yg baik kalau beliau sebaliknya."

cewek senyap sunyi.

"aku jamin, kalau kau jadi lebih ohsem dari Irma, kau akan dapat husband yang lebih ohsem dari Redza."

"kawen grand dan tayang dlm tibi tak jamin kebahagiaan hidup,cik kak."

"berusaha jadi sebaik mungkin. taim tu Tuhan akan temukan dengan jodoh yg baik. pasti ohsem. jodoh tu bukan manusia yang kita mintak. tapi yg Tuhan bagi. pastinya ohsem."

"dah la. aku mcm nak menitik air mata ni." cewek automatis muka taubat.

" hikhikhik. moh pekena White Coffe. aku belanja, hang bayar. jgn kedekut. kang xdpt suami ohsem."

" babi. kau ranjau aku"


gadis, jangan harap kami lelaki, macam Redza kalau anda bukan macam Irma.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan