yang tak berapa berhingus

Ahad, 29 Julai 2012

antara tak paham lagu Kpop, dengan tak paham ayat Tuhan.

"padu betul soalan budak ni."

ini cerita taim gua berpraktikum di sebuah sekolah rendah selama dua bulan. sekarang lah gua tengah praktikum. sebab tu belog tak terjaga.

kebetulan bulan puasa. amalan membaca Quran memang begitu sinonim. tak kira orang tua,muda mahu kanak kanak.

dan sekolah tempat gua praktikum ini, membuat program tadarus pada waktu rehat. memandangkan taim puasa kantin tak diserbu murid murid, maka diambil peluang itu untuk mengejar rahmat Sang Pencipta.

dan lokasi tadarus itu, adalah dalam bilik guru. kebetulan lagi, tempat memurid itu mengaji, betul betul di meja sebelah meja tempat gua membuta. gua terpaksa utuh menerima hakikat bahawa memang hilang konsentrasi untuk membuta bila dengar ayat ayat Tuhan dibacakan.

ada sorang budak ni, lelaki, lepas mengaji,sempat lah bersembang barang sepatah dua hal dengan gua. biasalah, soalan gua tanya ke dia. duduk mana, kelas mana, mak ayah keja apa, nenek sihat ke, bini dah berape. macam macam lah.

dan budak ni pun mesra alam. perangai dia pun mcm boleh masuk dengan gua. dia sembang pun, tak macam budak sekolah rendah. tanya cikgu puasa ke, mercun ada beli ke. cukup gua berbulu kalau orang tanya gua, seorang guru ini, puasa ke tak.

dan lantas, murid tu menanyakan satu soalan yang buat gua benar benar kaget. kaget dengan tahap soalan yang begitu tinggi.

"cikgu, saya mengaji kan, Quran ni,tiap tiap hari. lancar dah. tapi cikgu, saya tak paham langsung apa makna dia. apasai kena baca tiap hari kalau tak paham?"

jatuh pen kaler cap Sharpie bila gua dengar soalan itu. gua toleh ke muka budak tu. slow motion. secara automatis, naik debaran jantung. padu. memang padu soklan budak ni.

gua amik napas dalam dalam. muka dibuat reaksi tenang dan cool. gua amik balik pen kaler yg jatuh tu. gua pandang muka budak tu. tatap dalam dalam.

"hang layan lagu Korea?" gua pecahkan sunyi itu.

"layan. saya suka betui SNSD, T-ara, Bing Bang. uishhh.banyak lagi lah saya suka." berubah eksaited reaksi budak itu taim tu.

"hang dok dengaq lagu Korea tu, hang paham ka dia kata pa?"

"tak cikgu. tapi kan, entah. saya suka bila dengaq lagu Korea. mcm best ja dengaq. sampai terjoget joget bahu.syok dengar rentak dia, cikgu."

" taim hang mengaji tu, hang ada rasa apa?"

"takda rasa pa sangat. tapi mcm tenang ja. hati cool ja bila mengaji. hilang kejap rasa bengkek kena marah ngan cikgu BI sebab tak bawak kamus."

"nah. hang tak paham sepatah pun ayat Quran tu. tapi taim hang baca, jiwa hang tenang. jiwa hang free dari tensyen."

"ha ah la. betui la cikgu."

"taim kita dengar lagu Korea, sepatah haram kita tak tau makna dia. bila kita dengaq, terasa mcm satu seronok. rasa best dengar melodi dia. kita ulang, rewind lagu tu sampai cemuih. dan bila cemuih, kita tak mau dengaq dah."

"Quran tu dlm bahasa Arab. kita speking Melayu. mmg lah kita tak paham bila mengaji. tapi bila kita mengaji tiap hari, walaupun tak paham, tapi ada efek pada hati. ada impak pada jiwa. itu yang speselnya ayat Tuhan kita ni."

"dengar lagu Korea,best taim dengaq lagu tu ja. tapi Quran, tiap ayat tu ada rasa seronok bila kita baca. baca la lama mana pun, kerap kali pun, tetap tak rasa cemuih. lagi masyuk lagi ada."

"hang dengaq lagu Korea lama lama, mp3 hang boleh abih bateri. hang dengaq ayat Quran, hang baca, pahala makin banyak."

"ajaibnya Quran, kita dengar saja pun boleh buat jiwa terusik. kalau baca, lagi menusuk kalbu. walaupun tak paham makna, tapi feel dia tu, tu yang beri kesan."

"betui la cikgu. dengaq lagu korea,nyanyi lagu korea, best taim tu ja. dengaq ayat Quran, baca Quran. Tuhan suka."

"tahu pun. bijak."

"lepaih ni saya ingat nak kurang dengaq lagu Korea. banyakkan baca Quran."

"ohsem. cikgu tabik kagum."

"ok lah cikgu. nak abes rehat dah. saya nak blah lah. mekasih cikgu. saranghaeyo cikgu !"

sempat budak tu senyum lebar taim nak blah.

"amaran pertama dan terakhir. laen kali cikgu jumpa hang, hang cakap lagi saranghaeyo tu, cikgu kutil perut hang." gua spontan tegas


yang cakap tu budak laki. gua terasa mcm gay.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan