yang tak berapa berhingus

Ahad, 2 September 2012

Ya. menjadi seorang guru memang best.

tempoh praktikum jadi penghalang paling utuh untuk tidak mencoet belog. ada cuti pun dipenuhi dengan aktiviti merewang ke pasar raya dan makan makan bersama teman teman.

elok pulak nak mencoret belog, taim tu tengah heboh pasal satu entri blogger tentang personal opinion dia tentang profesion keguruan. entah entrinya itu berbaur cemburu, memperlekehkan atau sekadar mahu lonjakkan traffic blog dia tu, aku tak tahu. tapi bila baca, otomatis timbul satu perasaan ingin menjawab segala personal opinion dia tu.

ini, link blog individu itu.  http://luvlylya.blogspot.com/2011/11/untung-laa-sape-jadi-cikgu.html


inilah yang jadi bila manusia itu memandang manusia lain dengan nilai Ringgit. memandang dengan sebelah mata, berfikir dengan sebelah hemisfera otak sahaja. kurang maklum akan sesuatu hal, tak bergerak minda nak bertanya. tak memahami kehidupan orang lain, nampak nampak orang tu tengah korek hidung pun, dituduhnya manusia itu pengotor segala. SANGAT PANTAS MENILAI.


saudari, saya akan menjawab segala point-point yg saudari sendiri petik tu.


1. soal gaji dan masa bekerja. dibandingkan guru dengan pekerja kilang, manager dan engineer. saudari, tahu tak yang guru itu adalah penjawat awam kerajaan? Guru adalah Pegawai Pendidikan di bawah JPA. harap saudari maklum apa itu JPA. pernah saudari lihat staf kerajaan kerja sampai 3 4 pagi, ambil shift kerja 8 jam 12 jam?  berkenaan dengan gaji, mulai era 2000 dan ke atas, negara kita ingin meningkatkan mutu pendidikan dengan menaikkan kualiti guru dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. erti kata lain, bakal guru yang akan mengajar akan memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau Degree.

kalau dah guru itu punya ijazah, memang padanlah dengan gaji mencecah 2K. anda seorang jurutera, punya Degree  dalam Kejuruteraan bukan?  saya seorang bekas pelajar bidang kejuruteraan. saya maklum benar proses dan kelayakan untuk menjadi seorang jurutera. sudah tentu gaji bulanan anda mencecah 2K ataupun lebih.

2. cuti berlambak dan kerja half-day? ini yang buat saya tergelak. saudari, guru itu berkhidmat di sekolah. dan sekolah ada tempoh cuti. kalau waktu cuti murid tak datang sekolah, guru nak mengadap sapa, nak mengajar sapa? tukang kebun? cuti yang berlambak itu adalah perancangan dan polisi dunia pendidikan negara kita. kalau dah sebulan cuti, maka sebagai guru tiada sebab dan kuasa untuk membantah.

soal keikhlasan ini yang buatkan saya otomatis serius. Ikhlas itu adalah satu perkara yang kita tak dapat lihat dengan mata kasar. sama sekali kita tak boleh nilai seseorang itu ikhlas atau tidak. ikhlas itu soal dalam hati. Ikhlas adalah urusan antara manusia dengan Tuhan. bukan sesama manusia. mana mungkin saudari nak persoalkan keikhlasan guru guru? kalau guru itu tidak ikhlas nak memberi ilmu, awal awal lagi murid murid itu tak tahu, dan kekal bodoh sampai bila bila. maaf. saya guna terma 'bodoh' itu sebab saya suka berterus terang. dan kalau mereka kekal sebegitu, mana mungkin mereka muncul sebagai seorang doktor,jurutera,arkitek,jutawan,angkasawan dan lain lain lagi di masa depan mereka?

kalau anda ingin persoalkan keikhlasan guru, maka saya akan persoalkan keikhlasan karier seorang jurutera. mohon saudari semak semula kes fly-over yang runtuh di Selangor beberapa tahun dahulu. bila diselidiki dalam dalam, ternyata berlaku pincang dalam etika seorang yang profesional. bahan bahan untuk membuat fly-over itu didapati bahan bahan murah yang tidak berkualiti. dan jurutera-jurutera yang dipertanggungjawab serta arkitek yang terlibat adalah dalang disebalik insiden itu. saya nak tanya, jurutera pun ikhlas kah?

zaman sekarang zaman global. zaman internet. kita boleh dapat macam macam benda di hujung jari. dan zaman sekarang zaman perlumbaan. orang berpusu dapatkan ilmu. kalau guru tak libatkan diri, bagaimana nak mengajar anak murid? saya pernah lihat sendiri dengan mata kepala saya, seorang murid darjah 4 bercerita tentang spesifikasi Iphone 4 siap dengan bagaimana untuk hacked software Apple. darjah 4. kalau guru tak ambil tahu pasal internet,gadget,blog,facebook, bagaimana guru nak berhadapan dengan murid sepintar murid darjah 4 tu? ini bukan zaman budak budak main pondok pondok. ini zaman budak budak tawan dunia,hanya dengan satu klik.

saya cerita sedikit pengalaman sepanjang saya praktikal mengajar. pernah berlaku di depan saya sendiri, seorang murid memfitnah gurunya dengan mengatakan gurunya itu melempang dia di hadapan kelas. sebab fitnah itu, bapa murid itu datang memaki depan depan guru itu. bila diselidiki, ternyata itu fitnah. sebab guru itu perempuan dan hatinya lembut, dia difitnah sampai macam tu. bapa yang memaki cikgu itu, pulang dengan muka yang sangat sangat malu.

zaman sekarang guru guru sama sekali tidak boleh menyentuh langsung anak murid yang berperangai buruk. kami guru guru ni, kalau anak murid bodoh, kami tak kisah. dah tugas kami bagi dia jadi pandai. tapi kalau perangai serupa iblis, manusia mana yang tahan? nak dirotan, dilarang sama sekali. nak dicubit,dilempang, diherdik, esok mak ayah sampai dengan peguam yang siap diupah. perangai buruk hanya diri sendiri boleh ubah. mak saya pernah cakap, manusia itu teruk bukan sebab akal,tapi sebab perangai.

itu di dunia. guru ini ada urusan dengan Tuhan. ilmu itu Tuhan punya,dipinjamkan pada guru untuk diberi kepada manusia. kalau seorang guru gagal dalam amanah itu, di akhirat, dia akan dipersoal. gagal dia menjawab, malaikat siap sedia nak lontar dalam neraka. fungsi ilmu ni cukup mustahak. lebih mustahak dari segala isi dunia ni. sebab itu Islam cukup ambil berat dalam soal ilmu. guru besar tempat saya praktikal ini pernah pesan pada saya,

"jadi guru ni buat dosa banyak dan buat pahala banyak. kalau guru tu ajar sesuatu yang salah, murid amalkan, dia jadi rosak. selama mana dia hidup dengan rosak, selama itu kita guru ni,tanggung dosa.bukan salah dia. kita ajar sesuatu yang bermanfaat walau sebesar kuman, selama mana dia hidup,selama itu kita dapat saham pahala. kalau taim tu kita dalam kubur, free free dapat pahala mencurah."

seorang guru boleh tuntut balik apa yang dia beri pada kita. kita anak murid ni, apa yang boleh kita minta balik dari guru guru kita? kalau tidak kerana mereka, tuuuuhhh...angkasawan pun tak lepas naik angkasa.

seorang guru itu di dunia dia hanya manusia biasa. tak kaya,tak popular. di akhirat, dia jadi bilionair pahala. pahala dari setiap anak murid yang dia ajar. hitung satu pahala sehari dia buat dgn amalkan ilmu yg kita ajar. kalau dia hidup 60 tahun, berapa banyak kita dapat? tu seorang. kalau anak murid ada 10, 100, 1000? itu rahmat Tuhan bagi pada para pendidik.

tapi sejujurnya saya sama sekali tidak memandang enteng karier seorang jurutera. saya pernah bercita-cita menjadi salah seorang dari itu. ilmu kejuruteraan benar benar buat dunia ini fascinating. kalau tiada jurutera, kita masih hidup dalam gua. bergerak guna kuda.

 jangan nilai seorang manusia itu dengan material. dengan nilai wang. walau seorang itu kerja kutip sampah sekali pun, kurang kurangnya dia bersihkan bumi Tuhan. dan dia diberi rahmat atas itu. bila mana kita pandang seseorang dengan nilai rahmat Tuhan, tak timbul soal hina, miskin kaya, susah senang pekerjaan mereka.




5 ulasan:

  1. mantap kata kata :) taktau nak ckp apa tp apa yg saudara coretkan memang tepat.

    BalasPadam
  2. tak perlu pun menjawab kata2 orang seperti itu sebenarnya..biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya... orang yang tak jadi cekgu memang takkan faham macamana jadi cekgu..:)

    BalasPadam
  3. Memang cikgu ni dari luar je nampak senang, sebab tu kenapa dalam Islam ni cikgu ni pekerjaan mulia, sebab dalam diam dan tersembunyi,hanya cikgu itu sendiri yang tahu susahnya. =)

    BalasPadam
  4. saya 'like' entry anda... (maaf, xde butang like :) )

    BalasPadam
  5. Maaf jujur sgt tp kehenseman awk terserlah ble brckap seserius nh.:)

    BalasPadam