itu hari aku bercadang hendak memperolehi body yang tough.
kata orang, body jenis ini menjadi kerlingan para cewek.
lalu aku pun mencari maklumat di sesawang internet bagaimana hendak perolehi body yang mantap itu.
macam macam teknik dan cara senaman aku jumpa.
setelah itu, aku pun memulakan regim senaman dengan hasrat yang jitu lagi padu.
push-up 100 kali sehari, sit-up 100 kali, 50 kali squats, 100 kali pull-up.
dengan semangat yang jitu, dibantu dengan imaginasi kerlingan para aweks di kampus, aku memulakan senaman.
push- up 10 kali.
sit-up 5 kali setengah.
squats, pra-cubaan, 1 kali.
pull-up, tangan licin. 3 kali percubaan.
"celaka. macam nak mampus."
aku mengomel sambil terbaring mengah di lantai.
bukan putus asa, cuma berhenti seketika.
sambil mengusap peluh di dahi, seakan akan aku memberi kata motivasi khusus buat diri.
"takpa. dulu Aaron Aziz macam ni la. pelan pelan buat, lama lama taf la."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan