yang tak berapa berhingus

Selasa, 6 November 2012

sejadah

senja itu seperti hari hari biasa bagi Damien.

rutin harian mandi sewaktu maghrib setelah usai bersukan bersama teman teman.

sambil berjalan setelah mandi di bilik air, Damien menyanyi nyanyi kecil sambil tangan membuai buai  spender yang hendak disidai di ampaian.

lalu setelah itu Damien menguak pintu bilik.

"mak engkau!"

terperanjat Damien. tuala yang tersisip rapi hampir terlondeh mendedahkan bi-bird nya.

di hadapannya, dalam bilik itu kini kelihatan sesosok tubuh berpakaian baju-T Topman berkain pelikat Gajah Duduk sedang melakukan solat. Damien kenal benar makhluk ini.

dek kerana kiblat makhluk itu sejajar dengan letaknya almari baju Damien, Damien terpaksa menunggu makhluk itu usai bersolat sambil duduk sopan di atas kerusi. duduk sambil pakai tuala ni kena sopan tahu.

"kau mesti terkejut  tengok tiba tiba ada orang sembahyang dalam bilik kau, kan?"

ujar makhluk itu seusai memberi salam.

"aku ingat jin mana tadi yang bertandang ke kamarku ini." ujar Damien ringkas.

Jenal tersengih.  "kau nampak tak cahaya yang surround aku taim solat tadi. sori, aku off kan. light saving."

"phuiii..lucu benar la tu." Damien pamer mimik jelek.

"ni aku nak tanya ni." ujar Jenal.

"pa dia?"

"pasai pa sejadah hang bau kepam? hang dok guna apa alas taim solat? kain parachut?"

pertanyaan itu buat jiwa Damien tersentap ke ulu hati. mukanya yang dipamer jelek itu tiba tiba berubah merah malu yang amat. dia hanya mampu diam sambil merenung urat urat benang tuala corak kartun Teletubbiesnya.

lama benar dia tak gunakan sejadah itu. sudah naik kusam sejadah yang bersorak merah rona berlukisan Kaabah itu. lama benar dia tak mengadap Tuhan, Pencipta dirinya.


"takkan nak tunggu sejadah tu solat sendiri baru nak tobat?"

kata akhir Jenal sebelum pergi dari bilik Damien. kelat, pahit, tajam ayat itu ditelan hidup hidup oleh Damien. dia memandang sayu sejadah itu.


maghrib itu menyaksikan seorang hamba kembali ingat pada sang Rabb-nya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan