yang tak berapa berhingus

Rabu, 7 November 2012

pulang.

sepatutnya saya berasa gembira kerana saya akan pulang ke kampung halaman.

pulang bertemu papa tercinta, mama tersayang.

pulang bertemu bantal busuk yang dirindui. ikan emas belaan mama yang disayangi.

dapat beristirehat sambil goyang kaki tengok tibi.

tapi.....

saya lihat dompet cap Levi's saya.

saya lihat di ruangan duit utamanya.

saya boleh perasan ada habuk habuk berterbangan dari dompet saya itu.

yang saya perasan, tiada kepingan kepingan not not merah hijau biru.

say tertunduk kepiluan.

saya lihat kad kad ATM yang berlonggokan.

saya cuba ingat digit terakhir yang bersisa dalam akaun simpanan.

saya tertunduk kepiluan.



2 bulan setengah ini saya bakal jadi jantan pengangguran.


1 ulasan:

  1. hargailah masa di rumah walau jd janatn pengangguran pun.bes ape..

    BalasPadam