yang tak berapa berhingus

Jumaat, 15 Februari 2013

pra-persediaan sebelum break dengan marka anda.

aku ada seorang kawan. dia baru clash.

orangnya hensem. badannya katang. buruan para wanita.

tapi masih gagal dalam alam percintaan.

walaupun badannya kekar, tapi hati dan emosi tak se-kekar jasad.

dia menangis. ya. menangis terkenang saat saat manis bercinta dulu. djaman djaman hormon naik dulu.

taim dia tengok henpon, dia menangis. teringat mesej dari ex katanya.

taim tengok koleksi t-shirt dalam gobok, dia menangis. hampir separuh dari pakaiannya hadiah dari ex katanya.

dengar radio, dia menangis. "ni lagu tema kami dulu." katanya.

masuk dalam keta, dia menangis. wiper keta yang patah dulu, duit marka dia tu yang lebur beli yang baru.

sebagai kawan, biasalah tugas kita tolong tenteramkan mana yang patut.

donlod video motivasi untuk kasi dia semangat.

atau bawak dia ke masjid berdekatan untuk mencuci hati.

tapi sampai ke tahap nak bukak laptop pun dia menangis.

"hang pakai duit marka hang ka beli lappot tu?" kita tanya.

"dak aih." dia jawab. tersedu-sedu.

"dah tu yang teghiak pasai pa?"

"password laptop aku ni. aku boh nama penuh awek aku ngan tarikh kami kapel dulu."

jawabnya.



moral of the story:

kawan kawan, kalau nak bercinta pun, jangan sampai password pun bubuh nama marka. kena kalau clash, pedih.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan