yang tak berapa berhingus

Khamis, 21 Februari 2013

meminang bidadari

hari tu ada pegi kedai buku.

sambil cari cari buku apa yang pekenan di hati, ada seorang pakcik ni tengah usha usha buku juga.

tiba tiba,

"wuiyyooo..'meminang bidadari' tajuk buku dia." dia berbunyi keseorangan. tak tahu lah dia tengah bercakap dengan sapa. tapi yang ada kat situ aku dengan dia ja.

tak mahu kecilkan hati pak cik ni dicop mereng sebab cakap sorang sorang, kita cuba bukak conversation.

"tu mesti buku pasal cari cari jodoh tu pak cik. yelah. la ni buku jenis macam tu banyak kat pasaran. tajuk dia kemaih, mesti isi buku kemaih." kataku.

"tebai betui buku ni. tapi bukan senang ja ka cara nak dapat meminang bidadari?" katanya.

"hah, macam mana tu pak cik? nak jugak saya tau. mana tau dapat bidadari iras iras Emma Maembong, pandang tepi mcm Wawa Jenal. pandang jauh macam Sunny SNSD. amboi, tak keluar rumah saya kalau dapat." kataku sambil ekspresi imaginasi liar.

"senang ja cara dia." katanya sambil senyum



"nak meminang bidadari, masuklah syurga dulu."




Tiada ulasan:

Catat Ulasan