yang tak berapa berhingus

Isnin, 25 Mac 2013

jodoh.masa depan.dan harapan.

semenjak dua ni bila bukak pesbuk, hati mula semacam.

bila tengok gambar dan berita.

kawan tu dah menikah. kawan ni dah berkahwin. yang itu dah bertunang.

tipulah kalau pada diri sendiri tak rasa apa apa. tipulah kalau tak pernah terdetik dalam benak kepala, "turn kau pulak bila?"

rasa seronok tengok orang bahagia. tapi yang diri sendiri, rasa resah pun ada.

bagi aku, jodoh dan harapan ni dia bawak benda yang sama. signifikan yang serupa. bila terfikir soal jodoh ini, ada harapan yang aku letak pada jodoh. pada sang pasangan tu.

to be honest, when i see someone,i mean girl lah, dan i fall in love with her, i put some hope. hope that she will be my jodoh. my destiny.

aku selalu pandang harapan tu dengan masa depan. dalam masa depan, i see her as my wife. she live with me. makan bersama. tidur bersama. nonton Doraemon bersama. merepek bersama. bergaduh bersama. bela baby bersama. basuh berak anak bersama. sembahyang bersama.

sampai macam tu sekali. when i put hope to the girl i love.

tapi kan bila rupa rupa nya orang yang kita suka tu hak orang lain atau dia tak suka kita, that hope yang kita letak tu, hancur. berkecai. musnah.

taim ni lah.taim nilah yang kita rasa celaka sangat. sampaikan bila kita tengok atau terfikir pasal dia, kita rasa bengkak hati. padahal dia dulu yang kita gila bayang. tengok,macam mana hati boleh terbalik terlangkup.

tapi, bila difikirkan balik, bab masa depan ni, dah bersediakah?

dah sediakah untuk hari yang hidup sama sama tu? dah sediakah untuk bergaduh sama sama tu?

yang aku perasan dalam hidup aku, bab duit, boleh kata dua sumber ja. satu, papa dan mama punya duit. satu lagi, elaun punya duit. takda lagi terma sendiri punya duit. macam kata mama lah, "kau nak bagi anak bini kau makan apa kalau takda duit? pasir?"

untuk itu, aku rasa, aku tak bersedia lagi.

tu bab duit. belum sentuh lagi bab munakahat, bab tanggungjawab, bab perangai. dan bermacam lagi.

last last, baru kita tahu. sebenarnya, kita belum sedia sepatah haram pun lagi.

akhirnya, aku pegang pada satu prinsip pasal jodoh ni.

jodoh takkan datang bila kita belum sedia. sebelum kita betul betul prepare, jangan harap dia akan hadir.

bila dah lepas sembahyang, instead of doa cepat kawin,doa ini yang selalu aku ucap.

"Tuhan, hadirkan jodoh itu bila aku dah benar benar bersedia."

so, bila tengok orang lain bahagia dah berkahwin, aku ingat prinsip tadi. dan prinsip itu aku letak kepercayaan penuh pada Tuhan. yakin, satu hari nanti akan bahagia juga. bersedia penuh untuk menerima bahagia itu.

orang kata, nak cari bidadari kat dunia, mustahil. boleh jumpa kat syurga ja. dalam syurga nanti, ada banyak bidadari cantik cantik. lagi cantik dari Emma Maembong, Wawa Jenal, Katherine Heigl.

dan lelaki boleh pilih isteri sebagai ketua bidadari. haaaa, saya nak isteri saya jadi bidadari. paling jelita. paling power.

sebab tu susah nak jumpa sampai sekarang. tapi bila dah sedia, jumpa, tak bagi lepas. genggam kuat kuat.

ya dak?








Tiada ulasan:

Catat Ulasan