yang tak berapa berhingus

Ahad, 12 Januari 2014

satu penantian

jadi bila dah habis alam belajar ni, sementara nak tunggu posting, abang berehat lah di rumah. rutin harian yang agak bizi juga. menonton tivi,makan,tidur,menonton tivi,onlain,tido,makan,onlain,tido,makan,menonton tivi.

biasa pagi pagi walau pun memang pasti takkan terisi dengan apa apa aktiviti bermanfaat, tetapi tetap abang bangun seawal mungkin kerana bangun awal pagi akan menjemput rezeki. malahan, ia adalah menepati kriteria lelaki sejati,solehah lagi mithali. kau ingat anak dara je yang tak elok bangun lewat?

tapi dalam tempoh seharian itu, ada satu taim, hati abang akan otomatis berdebar. jiwa abang tiba tiba bergetar dengan lebih kencang,seperti gendang mahu perang. abang otomatis tidak senang duduk. ibarat anak dara neves taim ibu bapa bertemu jejaka pilihan.

waktu itu kira kira dalam jam 1 hingga 2 petang.

telinga abang cepat menangkap bunyi itu. bunyi yang ditunggu itu.

dengan sepantas angin, abang menyerbu ke ruang hadapan rumah. abang terus merempuh apa saja yang menjadi halangan pergerakan abang. kerusi,meja,laptop,tivi,adik abang yang tengah terdampar tidur seperti ikan paus lemas di pantai,hanset,semua. semua abang terajang,semua abang tendang. yang penting abang sampai ke destinasi abang itu.

abang berenti sambil mulut membuat bunyi brek ditekan kuat. abang berhenti tepat di pintu pagar rumah. di hadapan abang ada sebijik motor dan penunggangnya yang memakai baju kaler biru berbelang merah.

sang penunggang itu secara tiba tiba menyebut nama penuh abang. abang tak terkejut macam mana dia boleh tahu nama penuh abang sebab dia melihat di satu sampul putih di tangannya.

"ya ya. saya lah tu." abang berkata sambil tersenyum. hati abang masih berdebar dengan kencang.

abang mencapai sampul putih pemberian sang penunggang itu. lalu sang penunggang pun berlalu. abang meneliti sampul surat itu dengan teliti. abang belek depan belakang depan belakang.

petang itu adik abang yang terdampar tidur macam paus lemas di pantai tetiba terjaga pabila mendengar jeritan dan keluhan kasar beserta carutan di depan rumah. rupanya jeritan dan keluhan kasar beserta carutan itu datang dari abang seusai abang membelek sampul itu tadi.

yang abang tunggu adalah surat tawaran dan kelulusan interview abang tempoh hari.

tapi yang abang dapat, surat dan brosur dari Tesco.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan