yang tak berapa berhingus

Khamis, 13 Mac 2014

Ramalan ala-ala Nostradamus dan teori konspirasi kehilangan pesawat B777 MAS MH370 - perlu percaya atau tidak

sudah masuk hari kelima kehilangan pesawat MAS MH370. usaha dipergiatkan. kawasan pencarian diperluas. bantuan mencurah datang dari segenap masyarakat dalam dan luar negara.

punca kehilangan pesawat ini benar-benar membingungkan. tidak keterlaluan jika saya katakan, ini insiden membabitkan kapal terbang paling pelik, buat setakat ini. Pakar-pakar penerbangan, bekas juruterbang, jurucakap agensi penerbangan dan radar, semuanya tidak dapat memberi sebarang sebab yang sahih berikutan kehilangan pesawat ini.

maka timbullah pula pelbagai spekulasi dan kenyataan yang tidak berasas dan tidak ketahuan asal dan sumbernya. ditambah lagi dengan tuduhan terhadap pihak lain tidak melakukan itu dan ini, pihak ini lembap, pihak itu tidak efisien dan sebagainya.

sebagai contoh,beberapa hari lepas heboh di media sosial masyarakat mempersoalkan mengapa Malaysia yang mengetuai operasi pencarian pesawat berkenaan tidak deploy atau menggerakkan kapal selam untuk turut serta dalam operasi Search And Rescue (SAR).Hanya kerana terdengar berita Singapura menghantar 'kapal selam' miliknya untuk membantu. Nah,terbukti beberapa ketika kemudian, Singapura tidak menghantar kapal selam sebaliknya sebuah Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV), sebuah KAPAL yang digunakan untuk menyelamatkan krew kapal selam.




SSRV milik Singapura. ada rupa macam kapal selam?

dan baru baru ni saya ada melihat status yang dipost atau post yang dishared berhubung dengan pesawat yang hilang ini. KONONNYA MH370 itu mempunyai mesej yang tersembunyi. MH itu merujuk pada Masih Hilang, 3 dan 7 merujuk pada Mac 7th(tarikh pesawat ini berlepas) dan 0 merujuk pada 'masih belum dijumpai'. dan apa ntah lagi dakwaan yang ditulis saya pun dah lupa.

tergelak besar saya bila baca perkara macam ni. ini lah yang saya katakan ramalan ala ala Nostradamus ( dia adalah seorang lelaki Perancis yg hidup pada abad ke-16 yang pernah meramalkan kelahiran Adolf Hitler dan peristiwa Perang Dunia). menggunakan simbol atau perkara yang menyembunyikan mesej sebenar.


Nostradamus,peramal yang didakwa benar belaka oleh masyarakat Barat

ada lagi. ada yang mendakwa kejadian ini adalah konspirasi Yahudi dan Dajjal. katanya, jenis pesawat iaitu Boeing 777, nombor 777 itu dalam bahasa Ibrani bermaksud '666' iaitu angka yang berkait dengan syaitan atau Dajjal.

sekali lagi saya ketawa. lihat,ada beberapa soalan saya nak tanya.

1. apa yang kita boleh buat  kalau kononnya nombor pesawat MAS itu bernombor sekian sekian? adakah kita akan dapat jangka perkara ini akan berlaku? KEBETULAN? ia,ia adalah kebetulan yang tak patut kita rasa paranoid!
2. cerita pasal kebetulan, bukankah segala ramalan tilik tangan, bacaan horoskop dan apa jua ramalan tak bersandar pada bukti saintifik, adalah satu yang tak sepatutnya kita percaya, malahan kalau dilihat dari aspek agama, horoskop itu (yang mana cukup ramai masyarakat Muslim kita duk percaya dan ikut) kalau dibaca pun, sudah dianggap berdosa?
3. saya percaya,kadar celik akal di Malaysia sudah meningkat dan bilangan cerdik pandai yang berjaya ke peringkat pengajian tinggi semakin bertambah. sebagai seorang yang berpelajaran, wajar kah kita mempercayai ramalan seperti ini?
4. pasal 777. apa bukti konkrit yang mengatakan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew maksudnya adalah angka 666? sejak bila masyarakat yang bukan sahaja berpendidikan,berfikiran aras tinggi dengan mudah mempercayai ini? dek kerana bahasa itu Ibrani/Hebrew, bahasa orang Yahudi,maka ia terus dikait dengan konspirasi Zionis? dan sebagai Muslim, sejak bila Nabi kita ajar suruh takut dan paranoid dengan nombor?

sekarang kita cerita soal teori konspirasi yang ditimbulkan pelbagai pihak.

dengan jujurnya saya nak kata, saya adalah peminat cerita cerita berkaitan dengan konspirasi. saya banyak membeli buku yang berkaitan dengan konspirasi bukan sahaja dalam malah luar negara. saya faham benar, apa yang dikatakan konspirasi, dan apa yang ia boleh beri kesan pada masyarakat.

dah terlampau banyak teori konspirasi yang dah tersebar pada masyarakat. yang paling baru (dan paling lawak pernah saya dengar) adalah dakwaan yang mengatakan kartun animasi terkenal, Upin dan Ipin, adalah agenda jahat Zionis. katanya, huruf U dan I pada tshirt karekter Upin Ipin adalah merujuk pada USA dan Israel. katanya lagi, mengikut bahasa Amerika(ini kali pertama saya dengar wujudnya 'bahasa Amerika'), perkataan Upin dan Ipin merujuk pada satu perkataan atau ayat yang saya dah tak ingat maksudnya, tetapi sesuatu yang boleh menyalahi akidah tauhid kita sebagai seorang Muslim.

anda nilai sendiri lah kebenaran konspirasi itu.

ya saya tahu, konpirasi bukanlah sesuatu benda yang sahih. namun, dalam mengajukan sesuatu teori tidak kira lah konspirasi ka atau apa pun, kita perlu mengemukakan hujah yang bernas, dan bukti yang kukuh disokong oleh sumber sumber yang diperakui. kalau pun bukan itu hakikatnya, sekurangnya kita akan dilihat sebagai seorang yang berilmu, bercakap bersandarkan ilmu, bukan seorang manusia yang semberono.

mari kita lihat teori konspirasi berhubung kehilangan MAS MH370 yang secara khususnya saya rujuk berkenaan andaian berlakunya rampasan dan pesawat 'sengaja' dihilangkan. 

1. saya sama sekali TIDAK MENOLAK akan andaian berlakunya rampasan oleh pihak pengganas atau sesiapa pun yang berniat jahat.
2. namun,pakar aviasi dan pakar penerbangan serta juruterbang berpengalaman berpendapat, ada prosedur tertentu dan langkah-langkah yang digariskan kalau berlaku kejadian seperti ini. Juruterbang dan pembantu juruterbang sedia maklum akan hal ini.
3. ada sesetengah yang memegang pendapat ini dengan harapan, sekurang kurangnya penumpang dan krew masih dalam keadaan selamat dan hidup, berbanding dengan andaian pesawat terhempas,meletup atau sebagainya.
4. kalau ada pengganas yang hijacked pesawat ini dan menawan penumpang, dia nak tunggu sampai bila baru dia nak hubungi pihak yang boleh bagi dia sesuatu yang dia hajatkan sebagai tukar ganti tawanan? modus operandi yang sama macam kes penculikan biasa, dia perlu memastikan tawanannya hidup dan selamat,baru dia boleh mendapat apa yang dimahukan.

ok. kita cuba bayangkan yang MEMANG situasi ini WUJUD. kemana pesawat itu pergi atas arahan pihak perampas?

1. ada yang mendakwa, pesawat mendarat di Mongolia. pesawat bertukar arah melalui ruang udara Thailand. dan dalam perjalanan,pesawat dipintas oleh jet pejuang Amerika.

dari mana pulak datangnya jet pejuang Amerika? mengapa dia memintas pesawat MH370 di ruang udara Thailand? apa Thailand tiada jet pejuang sendiri kah? tidak punyai angkatan udara kah?

2. pihak perampas mempunyai tawanan berprofil tinggi iaitu warganegara China yang jutawan.

perlu kita ingat, mana mana negara pun, pasti tidak akan berkompromi dengan tindakan pengganas terhadap warganegara mereka. dan China, adalah satu kuasa besar dunia yang mempunyai kelengkapan perang yang ampuh. lihat sahaja kesan kehadiran armadanya di Kepulauan Spratly, satu isu pertindihan yang menjadi rebutan negara negara Asia Tenggara. pasti, mereka akan menganyang pihak yang mengapa apakan warga mereka dengan kadar segera.

3. dakwaan lain, pesawat dirampas ada kaitan dengan Russia dan China,bertujuan untuk mencetuskan Perang Dunia Ke-3.

apa konflik antara Russia dan China? apa konflik yang JELAS antara 2 negara ini dengan negara lain? mengapa perlu mereka wujudkan insiden ini dengan cubaan untuk Perang Dunia yang ke-3 kalau mereka punyai sebab lain yang lebih relevan untuk cetuskan perang? Russia belum selesai urusannya dalam isu Crimea di Ukraine dan isu ini sudah cukup untuk menimbulkan ketegangan dan peperangan berskala besar. berkaitan dengan China,seperti yang saya dah katakan,cukup dengan menggerakkan armadanya ke kawasan berkonflik dan melakukan penjajahan melalui kaedah ketenteraan,sudah pasti perang berlaku.

apa yang negara kecil seperti Malaysia boleh buat sehingga tercetusnya Perang Dunia Ke-3?

4. dakwaan yang mengatakan ketika pesawat berpatah balik ke arah Banjaran Titiwangsa (yakni ke arah Malaysia balik) radar tentera tidak dapat mengesan kerana keupayaan aset ketenteraan di kawasan itu adalah lemah.

apa bukti yang mengesahkan keupayaan tentera negara kita adalah lemah di kawasan terbabit? mengikut kenyataan rasmi Panglima Angkatan Tentera ATM, radar tentera mengesan pesawat asing di kawasan terbabit tetapi, tidak dapat dipastikan adakah ia adalah pesawat MH370 dan, tidak ada distress call atau panggian SOS diterima dari pesawat itu.

banyak lagi lah dakwaan yang boleh dipersoalkan. tetapi sekali lagi saya menyatakan,penulisan ini bukanlah untuk menidakkan akan kemungkinan tersebut dan menafikan teori teori konspirasi yang dikemukakan sesetengah pihak tetapi, saya cuba mempersoalkan kesahihan teori dan pendapat itu yang mana,kurang tepat berdasarkan fakta.

percayalah, kalau ini satu konspirasi Yahudi atau Zionis atau Dajjal atau Illuminati atau Freemason atau apa lah, ia sebenarnya lebih besar. malahan,penciptaan konspirasi itu sendiri, punya matlamatnya.

1. masyarakat kita sekarang ini cukup cepat percaya dengan apa yang timbul di laman sosial TANPA MENGKAJINYA DALAM DALAM. tanpa banyak bicara dan soal,baca,terus percaya. lihat saja dakwaan berkenaan Upin Ipin itu. 
2. bila dah baca, pergi SEBARKAN tanpa melakukan pembacaan dan kajian teliti. sesuatu yang tidak sahih,tapi dipercayai dan disebarkan,bukankah kita sedang DITIPU?
3. bila dah tersebar, masyarakat mula PANIK. sesuatu yang belum pasti tapi dirisaukan, ini bukankah PARANOID? dan tahukah anda, sebenarnya ini adalah satu serangan saraf dari pihak jahat terhadap kita? ini adalah satu strategi perang yang sebenarnya sudah lama dipraktikkan semenjak dahulu kala?
4. bayang apa yang boleh seorang manusia lakukan pabila dia sedang panik. adakah dia akan membuat keputusan dan tindakan yang tepat? adakah dia boleh berfikir dengan waras?
5. konspirasi juga menyebabkan golongan yang mempercayai bersifat PREJUDIS dan buruk sangka terhadap orang lain.

nah. awal awal lagi kita sudah tumpas. tak perlu tunggu segala perancangan pihak jahat itu terlaksana.  kalau saya nak cerita pasal konspirasi pada anda,terlalu banyak. tetapi apa manfaat yang kita akan perolehi?

satu contoh kecil saya ceritakan. di benua Afrika dulu tersebar satu dakwaan yang mengatakan bantuan ubatan untuk masyarakat di sana untuk membasmi penyakit kronik seperti polio dan sebagainya, didakwa ada agenda jahat dan kotor oleh pihak Barat.justeru,ramai daripada mereka tidak mahu menerima malah menghalau aktiviti bantuan kemanusiaan tersebut. adakah penyakit yang dihidapi mereka sembuh? adakah kadar kematian mereka berkurangan dek keengganan mereka menerima bantuan?

terpulang pada anda nak kata saya ni keyboard warrior ke, apa ke. terpulang pada anda untuk terus mempercayai dakwaan yang tiada bukti kukuh itu atau sebaliknya. saya menghormati apa apa pun pendapat dan prinsip anda. saya sama sekali tidak berhak untuk mempersoalkannya.

cukup cukuplah dengan gelagat 'binokular buluh', 'mendayung sampan' di lapangan terbang. masyarakat dunia tengah tengok reaksi kita. nah, bukankah pabila masyrakat dunia ketawakan kita,itu sudah terlaksana agenda jahat pihak berniat buruk terhadap kita?

KALAU PUN SEMUA INI BENAR,

bukan kita ini ada Tuhan? bagi yang Muslim, bukan kah kita ada Hari Akhirat? bukankah di saat itu, mahkamah ALLAH azzawajalla akan melakukan pengadilan yang sebenar benar adil? jika pihak jahat terbabit melakukan sesuatu terhadap kita,bukan pada akhirnya mereka akan terima nasib mereka?dan, bukankah semua yang berlaku di dunia ini, adalah disebabkan keizinan-NYA? sebesar mana, secanggih mana dan sesempurna mana pun perancangan mereka, kalau tidak diizinkan oleh Yang Maha Perkasa, tak akan berlaku?

dan kita hidup di akhir zaman. bukankah Nabi kita MUHAMMAD SAW memberitakan yang pada akhirnya kebenaran pasti menang? yang beriman dan bertakwa itu mencapai kemenangan dan kebahagiaan mutlak?

dan sekarang ini seluruh Muslimin di negara kita sedang berdoa,bermunajat meminta tolong pada ALLAH agar ditunjukkan jalan penyelesaian. adakah ALLAH tidak menghiraukan permohonan kita? adakah tidak ada seorang pun dalam Malaysia ini, doanya dimakbulkan? SAYA PASTI dengan penuh keyakinan, ALLAH PASTI memakbulkan permintaan dan mendengar rintihan kita. tambahan pula, ahli keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak putus harapan dan doa mereka, PASTI ALLAH AKAN MENOLONG. TUHAN KITA TAK PERNAH,DAN TAK AKAN KECEWAKAN HAMBA-NYA.

mengapa kita menghabiskan masa dengan terlalu cepat mempercayai tanpa mengkaji akan hal hal tidak sahih seperti konspirasi ini, sedangkan sepatutnya kita menyerahkan segala galanya kepada Ilahi, yang janji dan semua yang datang daripadaNYA adalah pasti?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan