yang tak berapa berhingus

Rabu, 10 Oktober 2012

mekap ter-ohsem.

"aku lupa pakai eye-liner ini hari. damn shit!"

"mau bawak tenang bawak cool. eye-liner ja pon. aku tak pakai, hidup bahagia"

"kau jantan. aku perempuan. kita lain. kau apa tahu."

muncung sedepa si kawan perempuan ini hari tu. hanya tak pakai eye-liner, mimik muka macam puaka.

memang macam puaka pun. kalau pakai menatang alah tu, dia otomatis jelita.

"kau aku tengok, banyak benar pakai mekap. ape, tak rosak ke kulit?"

"penampilan kawan, penampilan. orang pompuan prioriti dia penampilan. baru pekenan orang sekeliling tengok. dah aku cakap tadi, kau jantan, kau apa tahu."


sebenarnya dialog ni berlaku minggu lepas. taim aku minum-minum masa rehat. si kawan perempuan ni, memang spesis wanita bermekap. tebal. dan dia agak poplar dengan kejelitaan akibat mekap itu.

bagi dia, mekap ni barang kedua selepas duit. tiap hari, pasti takkan lepas takkan lupa untuk gunakan. aku tak tahulah berapa lama dia guna nak taruk semua menda alah  tu di muka dia.

ini buat aku berfikir. apa, wanita bermekap itu tampil jelita sebab mekap atau dia benar-benar cantik? dan ini berkait dengan apa yang orang Jawa kata, natural beauty.  orang putih kata, kecantikan semulajadi.

sama ada aku yang perasan, atau satu kebenaran, pada wanita yang bermekap kuat dan tebal ini, semacam ada satu intuisi dalam diri dia, yang dia perhatian benar akan apa orang pandang dia. bagi dia, kalau dia tak tampil ohsem hari itu, dia rasa macam celaka sungguh.

dan dia suka benar bila ada mata mata yang melirik. dia bangga bila dia di-cop, gadis jelita.

itulah, bila hidup berkompaskan pandangan orang. bersuapkan pujian. hidup untuk orang lain. dan gelabah semacam bila takda bahan kimia itu di pipi. gelabah bila satu hari tak pekena losyen di muka, orang akan berbisik bisik, "eh eh....... gorila."

kurang keyakinan pada diri sendiri. itu aku perasan satu lagi pada wanita spesis ini. kurang yakin, mungkin, tak yakin langsung pada apa yang ada pada diri. apa yang ada pada muka itu. pada tubuh itu. hingga, taruk mekap setebal 3 inci. bulu mata macam gigi gergaji.



bukan aku nak kata berhias itu salah. jauh sekali bermekap itu silap. tapi, mengapa berlebihan?

aku tahu, tak semua manusia itu lahirnya gojes. genetikya Pan-Asian. matanya sepet. hidungnya korean. 

tapi apa yang ada pada kita ni, bukan kah kerja Tuhan?

Tuhan yang cipta kita sebegini rupa. kalau hitam,hitamlah. kalau albino, albinolah.

bila mana tak yakin pada diri sendiri, maka bukan itu maksudnya kita tak konfiden dengan Tuhan? tak percaya bahawa apa yang Tuhan beri itu, cukup dan sesuai amat dengan diri?

tunggang terbalik kita ibadat tiap hari. akhirnya dalam hati, tak yakin pada yang kita sembah tu. Yang memberi kita rahmat itu.

Tuhan, bila kita sendiri tak yakin pada Dia, bagaimana Dia nak makbulkan doa? bagaimana Dia nak tolong  selesaikan masalah? Tuhan tak terima permohonan dari hati yang tak konfiden akan kekuasaan Dia.





kan Nabi sendiri pernah cakap, wanita itu perhiasan paling cantik pernah Tuhan cipta?

tak pulak kata, wanita yang bermekap tebal perhiasan paling gojes. tak. bukan seperti itu.

wanita itu semua sama cantik. sama jelita. kesemuanya. mak aku, mak kau, kakak kau, kawan kau, gilpren kau, semualah yang berjantina perempuan.

yang membezakan, bagaimana wanita itu tampilkan dirinya. terlebih atau bersahaja.

mengapa tidak bersederhana dalam bersolek? tak terlebih, tak terkurang. tak nampak seperti orang gila ism. tak nampak macam sakai keluar gua.

konfiden. konfiden dengan diri sendiri. pedulikan apa orang nak kata. pedulikan orang nak cakap kau jelita atau macam minah afrika. pedulikan.

bukan cantik tu punca kau punya bahagia. bukan pujian tu yang boleh buat hidup kau celaka.

kau perhatikan. beza antara manusia yang yakin diri dengan tidak. yang yakin diri, jalannya steady. tutur kata dia kuat. gerak geri dia meyakinkan. bila dia bercakap, tak serupa orang gagap. bila dia senyum, manis. itu orang yang yakin diri.

dan orang yang yakin diri itu yang punya natural beauty. mukanya bebas dari terlalu bergantung pada bahan kimia. senyumnya original. bukan seperti made in China.

manusia yang bermekap tebal ni memang nampak gojes. taim dia mekap. kau lihat bila dia bangun tidur. kau lihat taim dia berpeluh.

macam jembalang. 

dan orang yang berjaya di dunia hari ini, adalah manusia yang yakin diri. bukan manusia spesis mengejar jelita dunia.

ketahui, lelaki cukup suka wanita yang berkeyakinan tinggi. bukan wanita yang perasandia itu dewi.

satu lagi yang aku cukup perasan. orang pompuan yang bermekap tebal ni, tayang kecantikan itu di pesbuk. jujurlah. tentu suka benar kalau dikomen dipuji cantik seperti bidadari. suka benar bila gambar di-like berpuluh beribu. suka benar kalau friends melonjak naik.

bila dah banyak benar kaler dan tepung, muka tu macam dah jadi colouring book. macam budak budak kaler dengan pensel warna Stabilo.

Tuhan tak cipta muka kita ni untuk jadi buku mewarna.



1 ulasan:

  1. yup, mmg ada betulnya entry ni. tp tak semua pompuan seperti di atas. sesetengahnye la

    BalasPadam