yang tak berapa berhingus

Sabtu, 31 Disember 2011

dialog: JODOH makin dekat,MATI pun makin dekat.




dialog: camne nak jaga isteri nanti?

dialog dengan mama di malam hari tika sedang menonton berita di tivi. dan aku mulakan dialog itu.





Jumaat, 30 Disember 2011

Khamis, 29 Disember 2011

some precious saying

this is not so-called-entry. just a saying from the book that i have read recently. it's really catchy to me actually. amat.sangat.terlalu.

"ketika cinta menyapamu, jangan silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat dengan ALLAH atau tidak"
 -Fursan Minat Tarikh (Para Pahlawan dalam Sejarah) by Ahmad Khalil Jum'ah -


Selasa, 27 Disember 2011

membebel bersama Amirah Filzah

terasa malam semalam satu malam yang aman. tambah pulak masuk mood nak bersembang, memang satu kepuasan dalam bercuti.

kena pulak dapat bersembang dengan sorang, ehem, gadis nih. tapi terasa seolah ada satu kekangan. biasa kalau bersembang dengan spesis sama jantina, bertepuk tampar, ketawa kuat2 adalah satu habit yg cukup susah nak dibuang. tapi bersembang dengan cewek, adab kene kontrol. takleh duduk kangkang2, gelak pon kene cket jer. sambil cover mulut.

gadis yg dimaksudkan itu ialah Amirah Filzah. gambar di bawah, ini beliau lah:






juga seorang blogger, boleh kelik blog beliau.

rasa dah boleh mula dah kan sesi dialog tuh. dengan petunjuk warna merah sebagai BH a.k.a Budak Hingusan a.k.a penulis dan  pink sebagai AF a.k.a Amirah Filzah, sempat merakam beberapa adegan-adegan dialog.



"ai ni tak biasa nak bawak anak dara orang pegi date memalam buta nih. padah kalau kene terjah nanti.
 tak pasal-pasal kawen free. ai harap yu tak kesah."

 "hahaha. sudaahhhhh.. date hapebendenyer. ni appoinmen. meeting. hee.."

"bukan senang nak sembang ngan dia dah ekk. almaklum. dengar kata skang bizi kemain. modeling 
 sana sini. dapat pitis nanti bleh la belanja makan kentaki."

"kentaki jer? mek donel? pizza hat? tak nak?"

 "takpe. teng kyu. mama cakap dalam hidup xbaek tamak. ni nak tanya la nih. seronok pa jadi model?
  kepuasan ape yg yu dapat bila terjebak dalam aktiviti modelling nih?"

"kepuasan? emmm ok, sejujurnya sy minaaaaaattt sgt dlm bidang modelling ni. its my passion. tapi kan, 
 minat mcm mana pon, sy akui, bidang ni xseswai utk dijadikan karier atau kerjaya tetap. sbb modelling 
 ni bergantung pd rezeki. kekadang dpt offer,kekadang tak. bai the way, sy ad satu buku ni. tajuk dia 
 'Jangan Bersedih. Jadilah Wanita Paling Bahagia' karya Dr. Aidh b. Abdullah Al-Qarni. dlm  
buku ni,ada satu chapter,'pekerjaan yg anda sukai adalah rahsia kebahagiaan anda'. baca la buku ni.buat modeling mmg beri kepuasan dlm diri sy.rasa seronok,hepi buat modelling.kdg2 walau penat mana pon, berjam2 pakai heels ke ape ke, kalau da minta tu,penat cmne pon, mesti hepi wat modelling nih."







"tapi kan, patotnyer kecantikan wanita tuh, patot ditayang ke atau disembunyikan?. ai mean,yeahh,tak 
 perlu nak show-show kan."

"usah gebang kemaih. habaq mai, apa maksud "tak perlu nak show" tuh. mcm mana nak sembunyikan 
 kecantikan? pakai purdah? setau sy, bhgaian muka ni bukan satu aurat yg kena tutup. tak diwajibkan. 
 pe plak maksud ditayangkan? eksampel? sy rasa kecantikan yg ditontonkan adalah pabila seseorang 
 wanita tak menutup aurat. tu bagi saya la. pakai baju xd lengan,seluar pendek, itu maksud ditayangkan.
 entahlah,pendapat orang berbeza. tak boleh kata la pendapat sy ni betol ke apa. sekadar pendapat. 
 masing2 ada pendapat memasing."

 "hmmm...ok. bila da jadi model ni kan, op kos la kita akan gain poplariti. out there, hundred, maybe 
  thousand, gugurls yg admire dgn yu. jadikan yu as contoh utk dorang tampil cantik. yu punya stail hijab,
  amboi.....kemain ghamai suka. naseb ai lelaki.pakai rejois je. *belaibelairambut*. itukah yg yu nak? 
  poplariti dlm hidup?"

"nehi..nehi..nehi..owh tidak..jd model xsemestinyer akn poplar. sy jd model sblum sy pkai tudung lg. 
 taim tu bese jer.tapi ad satu hari tu,alhamdulillah tergerak hati sy nak pakai hijab,hari pertama sy pakai
 tudung,sy tgkap gambar sy.gambar itulah yg sebenarnya yg buat org kenal sy.mungkin,pd mata 
 msyarakat skang,lbih ramai suka lihat wanita berhijab. lagipon kita kan Muslim, ramai yg support sy 
 pakai tudung ms tu.sejujurnya sy xtau how,n why. sy tak minta pon,xekspek lgsung.sbb gmbr tu la sy
 mula dikenali.ini diluar jangkauan sy.sbb sy xpernah usaha nak poplar.apa2 pon, bab2 poplar nih,
 sy rasa awk bleh tanya org yg lebih poplar. mcm Fatin Liyana ke,Maria Elena ke. maybe dorg ad jwpn."





"owh.sori.xkenal.heheh.ok.ekceli,ape yg buat sesorg wanita tu gojes? mekap? cloth? atau hape?"


"cantik tu luas. ad dari segi luaran,ad dr segi dalaman. apa2 pon, sebenarnya, tingkah laku kita,cara kita
 kelakuan kita,itu yg menunjukkan kecantikan yg sebenar.kecantikan dalaman adalah kecantikan asli."

"amboi jahhhh....kelasss jawapan yuu..so,every women can be pretty,every women are pretty,xkira dia pakai pe,mekap ke,fesyen pe. mcm tu?"

 "yesssssss.......sesiapa pon boleh nampak cantik dan jadi cantik."

 "but some people are jealous with the beauty of model. they tend to say, "she's pretty.that's why she 
  have a great life." amboi. oghang putih kauuu..kira maknanya, gurl cantik,ohsem hidupnyer. betul kah?"

 "takkk..luaran tak melambangkan apa2. kalo sesorg tu sentiasa senyum,kompem ke dy tu tgh hepi? 
  kompem ke xd masalah? dlm hati sapa tau. cantik,xsemestinya hidup kita cantik jgak.kdg2 stiap org,
  ad masalah sendiri,suka duka sendiri."

 "so,wanita cantik pon manusia normal. ad masalah? what kind of problem?"

"mana lah cek nak tauuuuu.....memasing ad masalah. ye,wanita cantik juga ada masalah."

"ehem. soal cintan cintun. wanita gojes selalu sukses kan."

 "tak jugakkkkk....heheh"

"ececececece......."

"tah lah. tp xsemestinya kn kalo cantik,dlm hubungan kita akan berjaya. kalo mcm tuh,nape Erra Fazira yg cantik tu bleh bercerai dgn Yusry. cantik cmne pon,mst ad masalah.hidup xsentiasa di atas."

 "tapi Yusry nak kawen ngn Lisa Surihani.....*lelehairmata* srobb..srobbb...srobbb....."

 "owh kamon...bawak tenang,bawak rileks."

 "pe stail yg yu pakai kalo nak pegi mana2?"

"stail? depend pada nak pegi mana dan utk apa."

"perlu ke mekap tebal2 ? kami spesis lelaki ni cukup xpekenan tgk mekap tebal."

"kalo nak photoshoot tu,kenalah. tu pon sbb arahan wartawan. kalo keluar bese2 tuh, mekap bese2 je. kalo ad event mcm dinner ke hape ke, mekap la cket."

"owwwhhhh ok....amboi,dahaga plak. ni takda ka barang teh tarik ka, kopi jantan ka, jus buah ka. 
  terasa nak minum plak."

"ni haa ad sy buat air epal. meh la rasa cket."

"orait. tem-q. wat susah2 jer.."










"eh jap. cmne ai nak minum. bukan kita sembang kat telepon ke?"

"ntahnyer. awk la. bengong. hahahhahahaha....."



Ahad, 25 Disember 2011

perempuan, dan lolipop.

"kalau ikut pada firasat gua, ditambah dengan eksperien ohsem yg ada, gua saspek itu cewek mesti oghe kelate." 

sambil mengunyah papadom, aku memandang tajam awek yang duduk di satu koner sambil menjamah bihun sup.

"mana? mana? show me. show me." member tercari-cari.

"tuuuuuuuuhhhh..." muncung bibir ni umpama Anjinglina Joli.

"amboi. rambut dia tuh. pakai rejois je." sambil mengirai rambut ketak member membuat aksi macam dalam iklan pencuci rambut tuh.

"gua khilaf skang ni. keliru. tak nampak petunjuk."

"kejadah hape khilaf2 nih. hape yg hang dok caghi?"

"gua jujur la eh. mata gua nih cekap betol. asal nampak je cewek yg menarik tertarik, mata gua ni pantas melihat. taim gua tengok,gua pandang tuh, gua rasa mcm efek-efek rerama berterbangan, tetiba mcm dunia ni slow motion. gua tatap gadis tuh pelan2. mcm ada background light plak kat awek-awek yg gua pandang tuh. bercahaya kemain."

"kamon. yang hang dok pandang tu pompuan.awek.cun. bukan hang dok tengok porn film."

"itu gua taulah. masalahnya, gua ni heran. gua ni berselera terhadap gadis bertudung ke, atau awek berambut lurus mcm iklan shampoo tuh. dua-dua gua rasa cantek. keliru gua skang ni bro. mana satu yg seswai pon gua tak tau."

member tersenyum. sinis. lantas mengeluarkan dua batang lolipop.



"aku nak tanya hang. apa yg hang nampak ?"

"tak tau la plak gua kalau tadi lu bwk keluar dua ketui taik. bodoh pa lu tanya gua soalan mcm tuh. tak mencabar betol. gua serius nih." sambil buat muka serius. tak main-main.

"tenang.tenang. mcm nih." member pon ambik dua-dua lolipop tu, satu dibukak pembalut,satu dibiarkan. dan member mencampakkan atas rumput.



"kalau hang, hang nak yg da bukak pembalut ka, atau yg belom. lolipop nih?"

"op kos la gua nak yg belom bukak pembalut."

"apa pasai hang nak tu?"

"yg belom bukak tu la yg elok. belom kena apa-apa kuman lagi. suci bersih."

"hah. macam tu la pompuan. yang bertudung, umpama yg belom bukak pembalut. yang free hair, yg dah bukak tuh."

"sebab tuh Tuhan suruh pompuan tutup aurat. DIA tau perangai lelaki ni macam mana."





Khamis, 22 Disember 2011

biarkan dia dengan kebahagiaan itu

teruk. maken teruk blog nih. entri jiwa lara memanjang. boleh wat air liur terkeluar ini macam.

pagi2 buta nih sambil menghirup secawan neskape dan mendengar lagu2 bertema putus cinta, masuk aura true nak sembang pasal isi hati. kesenyapan ni buat idea tu mencanak datang.

oghang pandai kata tak semestinya kalo kita minat kat seseoghang, oghang tu minat kita balik. pendek kata cinta xterbalas. bila kita tau orang yg kita bawak sampai rindu memalam tuh, ekceli menaruh minat pada orang lain, sakit. sakit betol hati.

bertambah bernanah hati bila ngn mata kepla sendri saksi ke-suwetan, ke-romantikan, ke-amor-an orang yg kita minat dgn pasangan mereka. demmm. masa itu syaitan maen peranan dengan membisikkan unsur2 negatif, benci, meluat, menyampah dan lain2 sifat mazmumah.

memang pelik kan. orang yang dulu menjadi pujaan hati, bangun2 je melilau teringat kat dia, kalo pesbuk tu on je stalk profile dia, tetiba menjadi subjek yang haram-jadah. dalam sekelip mata, perasaan cinta sayang tu berubah menjadi perasaan benci yg membuak2.

dalam dok mulut keluar mcm2 kata nista, hati tetap sakit gak. ngilu.

disebabkan menepuk sebelah tangan ler nih. terasa malu ya amat.

mai jap kita tengok apa depa kata

"jangan mencintai seseorang dengan berlebihan. mungkin kita akan membencinya satu hari nanti. jangan membenci seseorang berlebihan. kelak mungkin kita akan mencintainya"

 ini sebab kenapa dalam hidup kekadang kita kena baca kata2 hikmah. mana tau kot2 boleh ubat rasa sakit di hati tu. tak pon menjawab persoalan yg bermain di kepla hotak tuh.

bab2 kata nista nih, membenci nih,mencarut nih, jangan memain.  dalam hidup ni serupa karma. buruk kita lempaq kat orang, buruk balik kita dapat. carutan kita bagi kat orang, carutan balik kita dapat.

tak heran kalo dlm dok2 mencarut tu, terdoa plak yg orang kita minat tu tak bahagia hidup dia. owh,kalo ngan kita bahagia, ngn orang lain tak. begitu?

ini satu proses pelajaran. jangan ingat belajar tu kat sekolah je. belajar untuk menerima sesuatu tu walaupon bukan menjadi milik sendiri. belajar melihat kebahagiaan itu pergi.

"tak hina cinta tu bila kita ucap pada seseorang. cuma mungkin bukan orang itu yang berhak menerimanya. cuma salah orang. perasaan tu tak salah"

tak boleh la nak sembang kemaih. bab2 hati ni memasing punya hal. tapi rasanya kalo boleh didik hati jiwa ni terima dengan apa yg terjadi,memang sukses. payah.cukup payah nak terima kekalahan nih. tapi rasanya sanggup ka tengok si pujaan hati tu dok teghiak mlm2 sbb xdpt kebahagiaan dia? jangan penting diri. masing2 pon nak bahagia jugak.

agaknya memang cool dan macho serta murni jiwa kalao dengan rendah hati merelakan dia pergi. pergi ke kebahagiaan yg dia nak dan jumpa. mungkin bertambah mulia kalu siap iring dia dengan doa pohon kebahagiaan.

"doa yang baik pada seseorang akan kembali kebaikan doa itu pada kita balik. bahagia kita doa untuk dia, bahagialah balik kita dapat."

Tuhan nak tengok, hape kita nih cekal dak hati nak menerima nih semua. kalu ujian ni kita harung dengan hati yg berserah pada DIA, ini satu level untuk melayakkan diri mendapat yg lebih baik. tak gitu? Tuhan tau keperitan kita nih. every single, every beat of our heart yg sakit tuh, DIA tau. kalo dak,xkan diduga kita mcm ni.
mana tau, disebabkan dia, kita jumpa yg lagi baik. masa tuh, bila kelih balik masa lepas, sambil tersenyum bila kita pikir. kebahagiaan kita tuh dah tersedia rapi satu saat nanti. kan?

rasa sakit putus cinta itu adalah tanda yang Tuhan nak berkata ," I'am saving him/her for someone better who really deserved him/her.

kalau tak rasa sakit, tak kenal la rasa senang. tak gitu?

Rabu, 21 Disember 2011

how to save your heart

Should:
-never expect,
-never demand,
-never assume.

Know:
-your limits,
-where you stand,
-your role.

Don't:
-get affected,
-get jealous,
-get paranoid.

Just:
-go with the flow,
-STAY HAPPY.

Selasa, 20 Disember 2011

satu tarbiyah





satu tarbiyah untuk lelaki yang suka duduk dalam bilik air taktau buat hape. atau lebih popular digelar aktiviti itu sebagai melancap.

kredit untuk blog ayam dan babi

Isnin, 19 Disember 2011

"kamu benar2 nak menikahi dia?"

itu hari aku ngn pemili gi wedding saudara. almaklum hidup bermasyarakat perlu kena tolong menolong. . usai siap membuat preparasyen apa semua, jumaat malam sabtu telah dipilih untuk jadi detik bahagia sang pengantin itu. ya, upacara akad nikah.

sedang menunggu rombongan meminang iaitu pihak lelaki, sempat bertanya pada papa mengenai pengalaman beliau mengharungi detik2 owsem ni. ringkas tapi content dia semacam betol.

"op kos la eksaited. malam tu.yang malam tuh. tak akad tak leh tau. ngehngehngeh"

dan rombongan pihak lelaki pon sampai. tika pengantin lelaki berdepan face-to-face dengan tok kadi, kelihatan beberapa kali si lelaki meneguk air liur. kebimbangan mungkin. jelas betapa nervous si lelaki. namun tok kadi stay tenang sambil tersenyum.

"jadi,kamu ni nak berkahwin la yer?" soal tok kadi.

"ye tok." jawab sang pengantin.ringkas tapi sedikit gugup.

"kamu ni memang betol2 nak kawen ke?"

"yelah tok.kalo tak takkan ler saya datang sini bawak pemili suma.takkan nak gi pamper plak."

"kamu tahu sesuatu? bakal isteri yg kamu nak nikahi tu, bukan penyabar. kekadang dia boleh jadi pemarah. memang sebelum nih dia nampak baik.tapi bila da berkawen nanti,lain. nak2 kalo tengah datang bulan. macam rimau dia tuh tahu. semua wanita macam tu."

"err...."

"bakal isteri kamu tuh degil. kekadang dia melawan cakap kamu. dia nak buat hal dia jer. merajuk jgn cakaplah.memang selalu akan buat. dia boleh buat hati kamu panas bila kamu balik rumah,muka dia masam mencuka. skang ni memang cantik berserilah. tapi bila dah kawen? boleh celen Hantu Kak Limah muka masam tuh. kamu nak menikahi dia?"

"err....sa...sa..saya..."

"kamu nak menikahi dia bila mana nanti dia akan lupa nak sediakan makanan untuk kamu? tika kamu nanti kalao bertengkar, dia akan ternaikkan suara dia pada kamu? rumah bersepah, anak2 tak terjaga, kamu nak menikahi dia?"

"errr...tok....dia..err..."

"jadi suami nih besar tanggungjawab dia. kamu kena sara hidup keluarga kamu. kena jaga dan didik anak2 kamu. kene didik isteri kamu baik2. nampak macam senang,tapi payah."

"kalau kamu jadi suami dia,kamu kena tahan dengan perangai dia.kamu kena sabar dgn kemarahan dia, kamu kena tahan sikap kedegilan dia. kamu kena hadapi semua kekurangan dia. semua manusia ada kelemahan dan keburukan. menjadi suami dia, maka kamu mesti hadapi kelemahan dan keburukan dia. kamu kena terima baik buruk dia. segala masalah dia, kamu perlu amek tahu dan selesaikan bersama."

si pengantin diam.tertunduk.

"kalo setakat nak berkawen sebab cinta, nape zaman skang ramai orang bercerai? dulu heboh kata ai lap yu yu lap ai. last2 bercerai. apa sebab? sebab tak tahan dgn perangai memasing."

"sekarang kamu pikir betol2.kamu benar2 nak menikahi dia atau tak. kalau benar,kita akad nikah. kalo kamu tak sanggup,silakan pulang.buat keputusan yang betol. kalau kamu silap,ia bukan takat jejaskan masa depan kamu.tapi masa depan bakal isteri kamu jugak"

pengantin lelaki terdiam berfikir. 2-3 menit kendian.

"saya dah buat keputusan. saya akan menikahi dia." jawabnya tegas.

tok kadi tersenyum. lantas memandang pengantin perempuan.

"tahniah. seorang lelaki yang hebat bakal mengahwini kamu."

pengantin perempuan tersentak seketika. semacam bergenang air di matanya.

"dia dah bersedia menerima kamu. dia sedia menerima keburukan dan kelemahan kamu. dia bersedia untuk mengambil kamu sebagai pendamping hidupnya. kamu tahu tak, dia bakal menjadikan kamu bidadarinya di syurga?"

pengantin perempuan menitis air mata.

"maka, taati dia.jangan melawan perintahnya. maenkan peranan kamu sebagai isteri baik-baik. jadi pasangan hidupnya betol2. dia sudah buktikan pada kita semua yang dia benar2 mencintai kamu."

upacara akad nikah pon bermula. dan hanya sekali lafaz, pengantin lelaki selamat diijabkabulkan. dan akad itu dirasakan sang suami sebagai janji dan sumpahnya untuk menerima dan menjaga siterinya sebaik mungkin. bagi sang isteri, itulah adalah tanda bahwa dia sedang memulakan fasa baru hidupnya dengan lelai yg sudi menjadikannya bidadari di syurga.





"seram kemain soklan tok kadi tadi tuh. memang killer abes dia tuju kat pengantin."  cuba nak bukak topik dengan papa.


" nak jadi suami bukan senang. kene amek kira suma aspek." papa jawab sambil menghirup teh tarik.

"kot yer pon, soklan janganlah padu macam tuh.da jodoh kan." cuba menjawab. juga turut sambil menghirup teh tarik.

"jodoh tu pelengkap kelemahan yang ada pada hidup kita. bukan manusia perfek yang kita idam-idamkan." dengan tenang papa menjawab. padu betol jawapan balas.

"sup gearbox ada lagi kat belakang. jomlah kita pegi mengketedaghah." papa mengajak.

Jumaat, 16 Disember 2011

dan disebabkan orang yang salah itu...

"demm...guwe gagal lagi....."

kalau setakat kalah maen game, itu tak menjadi hal. tekan je butang restart, perjuangan boleh bermula semula. tapi ini perjuangan mendapatkan hati dan perasaan. da banyak kali dah gagal untuk mencurik hati beberapa insan yang pernah hadir dalam hidup. kekadang tu selalu jgk lah suluh suluh muka nih. menilai kekurangan hape yg ada sampai sering kali tewas dalam perjuangan nih.

kekadang tu rasa macam total loser bila asyik kalah. bertambah bangsat rasa diri bila yang hati yang cuba didekati tu rupanya dah di-cop orang. bukan senang nak jatuh hati. bukan semua wanita yg pernah hadir dalam hidup nih berjaya menarik perhatian. tapi bila hati dah tertawan, rupanya si dia milik orang.

dan insiden ini menjadikan hati cukup keras nak cara bab2 cintan cintun nih. dengan angkuh dan bersahaja bercakap, "i don't deal with love."  amboi.siap oghang putih naa. tapi kata orang, cinta tu power dia kuat. boleh wat jiwa tak tenteram. kau kau boleh paham lebih kan. kau orang lebih true dari aku.

boleh kata banyak kali jumpa orang yang salah. salah untuk memberi dan menerima hati dan rasa sayang nih. memberi cinta tu tak salah. tapi akibat ketidak layakkan menerima cinta kembali itu yg menyebabkan digelar mereka ini sebagai 'orang yg salah'. boleh kira pakai jari berapa bilangan mereka nih. yelah, masing2 punyai keistimewaan yg membuatkan hati tu dup dap dup dap dup dap dup dap semacam je.

kekadang tu terpikir sejenak. hape jodoh takde ke, takde orang nak ke, lambat lagi ke, dan memacam lagi. maunyer tak.asyik losing jer.bengkak keciwa jangan cakaplah. da mcm lali dah rasa. walau ape pon, cuba ditenangkan hati ni setenang mungkin. mencari pelbagai medium untuk jawapan.

dan akhirnya jawapan tu pon ditemui. dalam bentuk kata2, tapi rasa cukup bermakna.

"dipertemukan dengan orang yang salah adalah agar kita lebih bersedia untuk menerima orang yang betul"

cuba ditanya pada orang yg lebih dewasa dalam  hidup. maka kakak yang sedang bahagia menempuh zaman perkahwinan diajukan soalan. seperti orang pro, beliau memberi jawapan. padat,berinfomasi dan cukup memberi pencerahan.

"along pon dulu banyak jumpa orang yg salah. lagi lah. bercinta bagai nak rak. last2 kaput gitu je. air mata jangan cakaplah. dah banyak dah mengalir. tapi setiap kali kegagalan tu, along belaja sesuatu. yelah, mungkin ada kelemahan kat diri sendiri. setiap kali gagal tu jugak, along jadi lebih kuat.jadi lebih tabah.jiwa makin kuat. dan yang lebih penting, belajar menerima orang lain seadanya."

"kita tak tau sapa jodoh kita nih. kalo tahu,takde lah along asyik tangkap leleh air mata jer. tapi disebabkan banyak kali gagal tu lah,akhirnya along jumpa abang ipar kau tuh. masa tuh kan, kitorang mcm menerima antara satu sama lain. baik kurang kitorang suma terima dengan jujur. macam dah bersedia.yela, sebelum ni pon takot jugak kalo yg ini pon gagal. tapi who knows, tak sangka dia pulak yang satu yg ditunggu2. dan kau nak tau, abang ipar kau tu pon mcm along gak. banyak kali gagal. dan bila kami jumpa, kami dah bersedia jika gagal lagi.hati mungkin bengkak. tapi kene kuat. dan ternyata abang ipar kau tu memang cocok benar dengan along. sesuai amat. kalau lah dulu tak gagal banyak kali,agaknyer tak jumpa lagi dia. along bersyukur sesangat kerna itu. bila kenang2 balik kan, yg part2 sedih tu, along leh senyum bila teringat."

sebenarnya panjang lagi.tapi cukuplah. betul lah, Tuhan tu Maha Hebat. perancangan-NYA cukup hebat dan rapi. mungkin belum tiba masanya lagi. atau mungkin belum cukup persediaan untuk menempuh si dia yang berhak. ya, yang berhak dan betul. mungkin kala itu, sudah cukup bersedia untuk menerima. yelah, nama pon jodoh. sampai mati weh bawak bersama. ada pelajaran yang Tuhan suruh kita amik dan belaja bila jumpa dengan orang yg salah. DIA bukan main2. owh tidak. main2 itu bukan sifat-NYA. DIA tahu yg terbaik untuk hamba-NYA. maka untuk itu, DIA persiapkan kita menjadi terbaik dalam keadaan yang terbaik sekali untuk bertemu dengan ya, si dia yang terbaik untuk kita. pada tika itulah kita layak menerima rasa cinta dan sayang. dan mungkin cinta dan sayang itu melahirkan kebahagiaan sampai kita mati. masa itu kita akan berterima kaseh pada saat, waktu, ketika dan orang yang salah tu, kerana mereka kita bertemu dengan orang yang betul. ya.

Khamis, 15 Disember 2011

pakai tudung, tapi perangai macam celaka?

tak perlu citer banyak. tengok tajuk entri pon engkau engkau semua boleh bayang. dan mungkin, aku kau penah terjumpa dengan manusia yg macam nih. yes, berpenampilan laksana wanita solehah, tapi perangai, nauzubillah.... macam shaiton.

kamon bebeh. sejak bila perangai dipengaruhi dengan penampilan? kapan kau menilai seseorang hanya dengan jenis fesyen ape yg dia bawak. adakah kalau dia membawa imej yg rabak, maka kau menilai sikap dia serabak imej dia tuh? dan kalau dia berpewatakkan umpama bidadari syorga yg sesat di bumi, maka kau teruih2 menilainya sebagai manusia paling suci pernah kau lihat?

kalau kau mengkaji perangai manusia itu sedalam-dalamnya, maka aku rasa tak heran adanya makhluk berjantina perempuan seperti ini. kalau dilihat pada gaya penampilan, memang tip top. kalu dibawak jumpa mak ayah, tanpa banyak cerita, emak pasti melompat riang melihat betapa bijak laksana nya anak mereka memilih calon isteri. si bapa pon tersengih cecah telinga sambil jari menunjuk tanda bagus pada bakal manantu. dah boleh dengar paluan kompang dan bau nasi minyak dah tu.

tapi itu PENAMPILAN. kalaulah mak ayah tu menyaksikan perangai sebenar, pasti. pasti mereka mengucap panjang sambil menggeleng kepala.

mulut pengkau, tergedik-gedik, pemalas dan lain2 perangai huduh lain kekadang ada pada golongan ini. owh bukanlah merujuk pada semua wanita berhijab, tapi hanya tuju pada certain wanita yg perangai mcm iblis tu.

nuff said. kita perlu sedar, tudung atau shawl atau hijab atau hapebendelah pon tu, mende tu sebagai alat untuk menutup dan menjaga aurat. aurat ni mende yg kita nampak. bila ditayang, akan menjadi wayang free utk lelaki dan jadi objek kejelesan sumpah seranah para cewek. yes. ia berbentuk konkrit.

tapi perangai bkn mcm tu sayang. hanya org2 yg kenal betol tahu molek perangai dan tingkah laku kita. best atau gampang sikap kita, tak semua orang leh lihat. dan manusia boleh berubah sikap mengikut situasi dan lokasi. mcm salamander gitu.

macam kau beli keta lah. moto ke. kalo tak diservis bahagian dalaman dengan baik, cantik berkilat mcm baru beli pon, time dia nak bergerak, laju lagi org naek basikal kayuh sebelah kaki. kalau bunyik, itu mcm pepatah orang, "bunyik macam ribut,gerak macam siput." bertambah menyebalkan hati kalu bunyi enjin mengalahkan bunyi loceng Ah Khaw jual eskrem paddle pop.

tapi jangan jadikan alasan nih untuk kau tak tutup kapla ngn body kau tuh. kamon lah. jangan banyak alasan untuk menutup lurah2 dan part2 yg boleh membuatkan para jejaka tak senang duduk. bukan kami yang menyuruh anda berbuat begitu. itu TUHAN anda yang suruh.

memang betol tak semua gadis bertudung itu baik perangainya. betol jugak tak semua wanita yg free hair free style tu liar hidupnya. tapi tak patot kau jadikan hipotesis tu sbg prinsip hidup. bagi kau mcm satu ketidak adilan kan bila ramai org judge begitu? dun worri la dear. di akhirat nanti, akan disoal selidik kesemua aspek hidup kita dengan sedetail-detailnya. takdenyer lar kalu sorang gugurl tu pakai tudung, terus dia masuk syurga on the spot. owh bukan begitu. Tuhan itu Maha Adil. sebab itu lah DIA mengadakan proses hisab tu. yang kau perlu risau, bila lagi kau nak menutup aurat tuh. kalau bukan Muslim, xd masalah la kan.

yang dah olredy menutup aurat tuh, cantik lah. tapi engkau kene sendri pikir lah. perangai ni boleh ubah. kalaulah perangai agak kurang murni, boleh je nak berubah jadi baik. engkau nak ke orang dok sebut kau, "pakaian dah mcm ustazah. tapi perangai mcm iblis laknatullah." takkan kau nak org respek kau sebab penampilan kau je. mesti kau nak orang respek sikap dan keseluruhan yg ada pada kau. tak gitu?


nuff said, walau hapepon, aurat tu perlu ditutup.jangan kita nak bagi memacam alasan. kamon lah, kau pum pang pum pang kata kat orang "aku bangga jadi orang Islam." kalau kat pesbuk tuh, asal ada je page yg islamik cket, dgn pantas kau join. tapi nak menutup aurat, failed.  pasal perangai pulak, janganlah selalu kita berperangai gampang. suluh2 la muka tuh. kita boleh berubah. Malaysia boleh, kan?

Rabu, 14 Disember 2011

abang tak terer macam Zahiril tu....

"abang.....abang ada tengok tak video wedding Zahiril Ajim ngan bini dia tu?" si isteri bertanya. si suami yang sedang tekun melihat surat khabar bagai acuh tak acuh.

"napenyer? sape pulak Zahiril tu?" jelas yg si suami tak amil port pasal dunia hiburan. si isteri buat muka mcm The Memes.

"alaaa abang nih. takkan tak kenal. yang pelakon fofuler tu lah."

"owh...nape plak? awak ade ke dalam tu?" suami selamba.

"tak lah. video wedding diorang kan bang, best giler. romantik sangat. si Zahiril tu sampai siap wat sajak lagi kat wife dia. sweeeeeeetttt sangat."

"owh. pandai dia bersajak?"

"mestiiiiiii......dia deklamasi sajak tu depan2 wife dia masa hari wedding dorang tu. dia punya sajak....best abang. mendayu. penuh erti. romantik sangat."

'eleh. sajak je pon. romantik la sangat."

"ishhhhhhhhh, abang nih! abang nak tau tak, ayang rasa romantik sangat kalau abang wat mcm tu kat ayang. baca sajak, wahhhhhh...sweeeetttt..."

"cait. nak termuntah dengar."

"abang ni kan, mcm takde feeling langsung. abang tau tak, selama kita kawen, abang tak penah nak wat romantik2 ngn ayang. ayang kekadang tu rasa mcm ayang dah tak disayangi."

"lerrrrrr.....takkan nak abang bersajak tiap2 hari. macam tu? uishhh...gelimat la abang."

"alaa,sekali sakala pe salahnya. ayang jelesssss sesangattt tengok dorang. abang nih, pegi keje balik, makan, tido,makan, tido. abang tak penah pon sekali sekala tunjukkan rasa sayang abang tu kat ayang. ke abang dah tak sayang ayang?"

"ke situ plak dia. dah la. malas nak layan. pe kejadahnyer nak bersajak2 pulak. tido lagi baekkk..." si suami terus masuk ke bilik tidur. tak sampai dua menit, bunyi dengkuran berirama kedengaran. tak sesuai untuk dibuat ringtone mahupun text alarm.

"abang nihhhhhhhhhhh...........!" si isteri separuh menjerit. bengang betul ada laki mcm nih. tak romantik langsung. ntah pape. cecuba la sekali sekala jadi mcm pelakon tuh. wat romantik. bersajak ke, nyanyi ke hape ke. baru lah si isteri dia nih rasa disayangi. si isteri bermonolog.

malam tu si isteri merajuk.merajuk betul. di atas katil, beliau meletakkan pillow panjang sebagai border antara dirinya dan si suami. selalu kalu tak merajuk, pillow tu akan dijumpai di atas lantai keesokkan harinya. tapi malam tu, pillow itu akan berada di atas katil sampai pagi. mungkin. ditambah dengan bunyi dengkuran si suami, hati si isteri bertambah bengkek atas sikap si suami yang acuh tak acuh.

malam pon berlalu. memang adegan nih berlaku pada waktu malam. gampang ape orang tido waktu siang. si isteri tetiba terasa nak terkucil. "alamak, ni mesti efek minum seben ap petang tadi nih." getus si isteri. nak pegi tandas, rasa malas pulak. kalo dilepaskan di atas katil, takot di sound oleh si suami.

dengan tangkas beliau bangun. beliau kelih ke kanan. "ehh,mana abang?" si suami yg tadi tidur di sebelah dah takde. 'aikk, takkan lari dari rumah kot." liar sungguh imaginasi si isteri. selalu kat Malaysia nih, si isteri yg lari dari rumah. "ahhhhhh...pegi kencing dulu.."

ketika hendak ke tandas,tetiba dia melihat bilik yg dijadikan ruang solat bercahaya dengan lampu. beliau pon menghampiri bilik itu dengan senyap. jelas kelihatan di sebalik pintu yg ditutup sedikit, suaminya sedang beribadah malam. kelihatan seperti si suami baru saja selesai dari solat.

si suami duduk dua sujud. rasa tenang sangat malam itu. sudah selesai bersolat, hendak dipanjatkan munajat pada Sang Pencipta dirinya. si suami pon menadah tangan berdoa dan membuat permohonan dengan Rabb-nya.

"ya Tuhanku, sungguh aku amat menyintai isteriku. dia selalu bersamaku dalam setiap masa.tidak kira waktu senang mahupun susah. ya Tuhanku, maafkan diriku dan dirinya. sungguh jika aku ditakdirkan untuk menghadap Engkau terlebih dahulu, aku redha dengan isteriku. aku halalkan makan dan minumnya. dan aku maafkan segala kesalahannya. ya Tuhanku, sungguh isteriku adalah anugerah yang paling hebat pernah Engkau kurniakan. andai kami dapat bersama di syurga-MU kelak, jadikan dia bidadariku. aku tidak mahu yang lain. cukup dia sebagai bidadariku. dan jauhkan dia dari azab-Mu ya Rabb. aku sama sekali tidak sanggup melihat dia menanggung kemurkaan-Mu.

"ya Rabb, kadang kala isteriku suka bermasam muka denganku. kadang kala dia suka menjauhkan diriku melayan perasaannya itu. tapi sebenarnya aku tak pernah marah akan sikapnya itu. Ya Rabb,Kau murka dengan isteri yang bermasam muka dengan suaminya. tapi aku mohon padamu, jangan Kau pandang dirinya dengan sebegitu. ya Tuhanku, sungguh aku tak sempurna. kadang kala aku rasakan yang aku tidak layak untuk isteriku. namun, Engkau kurniakan dia sebagai isteriku sebagai pelengkap hidupku. hidup dengan dia sering mengingatkan aku pada Mu. aku sebenanya khuatir adakah aku mampu menjadi suami yang baik untuk dirinya. kerana dia adalah isteri yang baik untuk diriku. ya Rabb, terima kasih kerana memberi ku dia. terima kasih kerna itu. aku sangat bertuah mempunyai dia sebagai isteriku."  berlinang air mata saat seorang hamba tunduk kepada Tuhannya.

tetiba si suami dipeluk isterinya dari belakang. macam beruk yang terencat aksi si suami terkujat pabila dipeluk tetiba. si isteri memeluk erat suaminya dengan linangan air mata. bercucuran membasahi baju melayu si suami.

"awak ni mengigau ke hape? da le peluk tetiba. ingat hantu mana tadi. ni tetiba menangis ni, apsal?" tanya suami kepelikan.

"abang...terima kasih....maafkan ayang yerr....ayang dengar ape abang doa tadi. ayang mintak maaf sebab perangai ayang tadi. ayang sayang abang sesangat." si isteri meleleh air mata memandang suami.

si suami hanya senyum. "abang tak terer mcm sape tu? hahhh, si Zahiril hapekebende ntah tu. abang tak terer nak romantika de amor nih. bersajak segala. sori. ai em not perfek."

"takpe. abang bagi ayang perfek sangat. trimas sebab jadikan ayang isteri abang. ayang sayangggggg bangeeetttt sama abang..." sempat si isteri mencium pipi si suami tercinta.

malam itu si isteri mendapat satu pelajaran. si suaminya itu tidak pandai beromantikan ala2 selebriti. tapi meluahkan cinta dan kasihnya di hadapan Ilahi memohon kebahagiaan untuk dirinya. dan lelehan air mata suaminya, adalah tanda kesyukuran pada Rabb kerana mengurniakan dia pada suaminya. sungguh runtun hati sang isteri dengan suaminya itu. tak perlu terikut-ikut cara orang lain meluah cinta pada pasangan mereka. cukup menzahirkan cinta itu pada Yang Memberi cinta itu, Sang Penguasa segala hati hambaNYA.

"hape bau hancing nih? mcm bau kencing." si suami membau-bau sambil membesar kempiskan hidung. jangan.tengah2 malam kalu bau kurang enak, mcm ada pape.

"tehehehe....mana ada la. hidung abang tu yg salah......." si isteri mula teringat ape sebab dia bangun tadi. perbuatannya cuba disembunyikan dengan satu senyuman.




SELESAI.


Selasa, 13 Disember 2011

cliche : aku tak nak kapel

ini entri yang cliche. jangan diambil port sangat. dah takde mende nak dicoret carutkan . ok lah,cukup 3 ayat pendahuluan.

zaman sekarang lumrah dengan fenomena kapel nih. suma org espesiali yg baru nak tumbuh bulu2 lebat dan hormon mula nak berkembang. beselah. nama pon manusia. cinta itu keperluan yg hakiki. kalau babun pon hidupnya ingin berkeluarga, ini kan pula aku dan kau. da muak aku dgr pasal statement dari ramai, "aku tak nak kapel. aku nak terus pinang makwe yg aku minat tu." ini lelaki. kalo pompuan, " i tak nak kapel la. i nak teros kawen jerr.."

maybe ada beberapa sebab nape ada makhluk yg tak nak terjebak dgn kapel-kapelan nih. mungkin disebab luka pahit di zaman silam. dek kerana terluka bernanah dengan seseorang, teruih mengambil keputusan tak nak dah berkapel nih. pahit lebih pahit dari mamam pil doktor. dan ada yg lebih ekstrem, terus menerus membenci budaya yg dikatakan berpenyakit nih.



aku penah deal dgn pengikut fahaman nih. zaman aku sekolah dulu da ad. mcm kelab pulak. and mostly yg mengganggotai is the girl. Muslimah lagi. cukup kuat dan lantang menentang budaya kapel. ok lah. mmg patot pon. lagi pulak aku tak menentang prinsip org laen. tapi kan, semenjak da abes sekolah, da masing2 ikut hala tuju memasing, tup tup aku dengar, dia dah berkapel. ya, dia yg satu ketika dulu penentang tegar kapel-kapelan nih. pulak tuh, terkantoi dating ngn member sekolah. bertambah parah, terkantoi dgn aksi berpegangan tangan. mula mmg aku tak percaya. dgn penampilan muslimah lagi solehah, masakan beliau boleh bertindak mcm tuh. tapi lelama, rupanya betol. da ramai yg mengiakan. tup tap punya cerita, rupanya si penentang nih dulu, dia maseh single time tuh dan ehem, belum lagi terkena virus cintan cintun tuh. "tak pena rasa,kemain nentang.dah ad yg syok, mcm tu la jadi." sempat aku rakam leteran sahabat lama.

aku bukan nak menyalahkan si Muslimah nih.jauh sekali aku nak menjelekkan sifat dan penampilan beliau. tapi aku rasa heran, yg dok menentang, propa tak nak kapel tak nak kapel nih, betolkah TAK NAK KAPEL??

sungguh, bukan niat aku nak mengajak engkau semua berkapel nih. dan aku pon tak pasti bab2 kapel nih. kalo diikutkan dari sudut syarak, tak payah bgth, kau pon paham ape hukumnya. aku sudah maklum dgn hukum berkapelan nih, cuma aku takut, kita dah tahu haram, boleh kita hindari? 

"alaa..kawan kawan gitu jelah. bukannyer keluar pegang tangan mcm kapel tuh. jaga batas dan pergaulan..."

itu aku pon tahu. tak payah nak cakap. cuma,how far and how really this work? ok. kau keluar, tak pegang tangan, tak duduk dekat. jaga batas pergaulan. tapi bukan tu je. pergaulan kau, percakapan kau, perasaan kau, hape yg kau kongsi, hape yg ko borak sembangkan, mesti ad similarities dgn org yg berkapel kan? tu belom sentuh soal perasaan sayang dan jeles tu. dan yg lebih mustahak, kau tak nak kapel, how come kau kenal dan berharap yg si dia akan jadi pasangan hidup? hanya dengan kawan kawan gitu jer?

boleh sangat kalo kau tak ubah status kau di pesbuk. tak susah mana kalu kau jarang twitting 'kawan rapat' kau tuh. but still, kekadang kelakuan tu ada bayang2 kesamaan dengan kapel. dan maseh kau dengan megah dan lancar menyebut, "aku tak nak kapel?" 




aku sejujurnya cukup takut dengan ini. aku tak mau propa gebang sana sini kata kapel itu tak elok lah, buruk lah, hapelah, last2 end up dengan,


Amayrulez is in relationship with.....


di pesbuk. aku ni seorang realitis. mmg kekadang aku terbayang dengan insiden nih. ini yg org kata, "cakap macam guruh, tapi macam butuh." kemain kita cakap hu ha hu ha tak nak, last2 kita jadi mcm tu. umpama mcm kau nak elak taik, last2 kau palit taik tu kat muka kau sendri. 

aku tak berniat langsung untuk mengatakan budaya kapel ni sihat.owh tidak sama sekali. sudah maklum benar ape hukum di sisi agama. cuma aku heran bertambah takut. bagaimana aku sendiri dan kau kau nak berdepan dgn mende nih. jangan jadi mcm munafik. mulut kata tidak tapi perbuatan meng-iya-kan. mende nih dia maen jiwa dan perasaan. silap kau tak leh kontrol, kau terjebak dgn budaya yg maybe satu ketika dulu kau cukup tentang.


walaupun cliche, ini entri kejujuran aku. kejujuran dalam diri ini tidak cliche. ia satu kejujuran yg mungkin pahit utk kau semua terima. tapi aku berpegang pada kejujuran aku berbanding dengan menjaga perspektif kau orang semua.



Isnin, 12 Disember 2011

bullshit talk

aku cukup benci dgn org yg propa dalih ngn aku. semata-mata nak menutup sesuatu, mula bercakap yg sumthing bullshit. seriesli, ini entghi dibuat dgn perasaan yg agak mendidih.

dalam hidup,cubalah untuk jujur dengan perbuatan. bkn ayat je sedap kemain tapi tak buat. cuba utk beraksi suci, wat de hel. aku bukan bangang mcm budak tadika utk kau perkotak katikkan. kerap sungguh kau ungkap perkataan

" i perlu jujur dan terus terang dengan u"

tapi kau sendiri yg menipu. wat a bullshit. ayat kemain. cuba la berterus terang betol2. semakin hari semakin nampak penipuan kau. bangkai gajah tak boleh cover ngan selimut toto sayang. akan terbongkar. but still kau terus dgn lagak suci manis lagi penuh berkrim kau tu.


"i dgn dia hanya kawan. we are in process of knowing each other. that's all"

tolong.bukan aku nak edjas kau pon. but as a kenalan, bukan payah sgt kau nak berterus terang. kawan konon. day by day, aku boleh nampak penipuan lame kau tu. dan aku pon kekadang rasa faking asshole bebenar percaya cakap kau. pasai pe ntah. mungkin Tuhan nak tunjuk, bila aku onlain jer, aku pun usha la laman2 sosial yg kau pon ada gak dlm tu. dan hey, mula2 aku kelik je da aku perasan sesuatu. damn, meme penipu. then aku pon kelih ke laman lain. and again, damn, aku nampak lagi. aku cuba berfikir, maybe memain je kot. 

"jangan jadi bangang sangat.ini bukan memain. memang kau bodoh sangat kalo kau ingat mcm tu"

hmm..aku monolog tetiba. betol jgk. but still bullshit,kau maseh tak mengaku. aku tak paham nape kau still mcm tu.

"i takde kapel ngn sesapa pon. i still single"

what a bullshit. kau cakap mcm aku nak takel kau. padahal tak penah pon aku series tahap tu nak wat mcm tu. cuma apsal gampang bebenar perangai kau. dan aku pon bebal bebenar pegi pecaya dgn aksi suci tak bersalah kau tu. what a bullshit.   

memang betol. Tuhan kalo nak tunjuk betapa penipunyer kita, cukup mudah sangat. dan bila dah terbongkar, hilang kepercayaan orang dekat kita. yang aku cukup heran, nape kau still berlagak suci mcm takde hape2. kamon la, kau da kantoi.

so,lepaih ni aku da tak percaya walau seketoi pon hape yg kau cakap yer. teruskan dengan lagak suci bersih kau tu. kekadang aku nak tergelak. licik kau pompuan.licik sungguh. sudahlah, takde baiknyer nak mengingat kau. what a bullshit to trust you again.

Ahad, 11 Disember 2011

muntahan rasa hati



"amboi. bizi nampak. text kol segala tak berbalas.xrespon.sunyi sepi"
 
"hak i la nak balas ke tak. u tak phm2 ke. i nak privacy sendiri'
 
ini bkn adegan filem ala2 Karipap2 Cinta tu. bkn jugak scene terghiak2 dlm Ombak Rindu tu. tapi ini real. berlaku dlm aku punya hidup. tapi bkn pasal adegan tu je nak aku coret carutkan. mungkin berkait pasal perasaan, habit dan mcm2 lagi. jarang aku cite pasal isi hati aku nih.tapi aku dah pegham lama2 jadi mcm jeruk.kalo membusuk,aku jgk yg padah.

aku ada kenal la ngan sorang cik manis nih. tak yah aku ceghita mcm mana leh kenal. cik manis ni leh tahan fofuler di khalayak manusia Malaysia. cantik? op kos for sure. beliau poplar ngn kecantikan yg ada org cakap mcm, *macam bidadari*. bila da kenal, dpt la no tepon. dan proses kontek mengontek tu pon terjadi lah. mula2 mmg seronok. agak pantas lagi mesra beliau respon. tapi tak lama.

aku cuba bersangka baek bila beliau lambat respon. "maybe dy xd kredit kot." "maybe dy busy kot". agak sejuk bila bersangka baek nih. tapi lama2 aku jadi heran. kalo anta sms. 3 4 hari kendian baru respon.  kalo tgk pada gaya, tak pulak mcm bizi. dan aku pon rajin bebonar mesej beliau. walaupon tak dibalas.

 
"sori la kalo selalu mesej anda. rasa mcm annoying plak."

"saya mmg xbalas msg orang.xpenting pon."


aku memang terasa BANGSAT sesangat bila aku mesej orang, xberbalas. aku otomatik akan berfikir, mungkin xd kredit mungkin aku mengganggu. dan kalo betol mengganggu, aku otomatik rasa bersalah. bertambah rasa ke-BANGSAT-an itu kalo sengaja taknak balas. mmg panas hati kalo mcm tu. seriyesly, aku terasa gampang sesangat bila berlaku insiden mcm nih. owh, bkn beliau. tapi aku sendiri. punyalah rajin lagi bersemangat aku kontek, tapi *bunyi unggas di hutan* sunyi sepi. dan aku pon dengan bangangyer menunggu utk direspon segala mesej2 yg kompem2 akan di-ignore begitu saje. pehh, memang bengkak hati wa cakap sama lu.

sudahlah. diri sendiri yg bangang alagappas. diri sendiri yg menunggu. mungkin aku caring sangat. selalu amek berat. yer,aku kalo amek berat, meme aku amek berat betol. tapi bila aku da tak amek berat, seriesli, mampos depan aku pon takkan aku pandang. hmm. bukan susah kalo nak jadi kejam. aku amek langkah drastik. tak lah drastik sgt. aku tak mau dah menunggu mcm orang sewel tak tentu ke hala. lantak lah. takkan aku amek berat dah buang masa tahu, buang masa. hampir aku baling semat fon aku ke dinding, tapi bukan salah semat fon tu. salah tuan dia yang nak mampos bangangnyer.  dah, malas nak cite pepanjang.



sori kalo anda2 suma terasa jelek ngn entghi post kali nih.

Khamis, 1 Disember 2011

bila da jadi si baju hijau

owh. ni la sebabnyer nape aku da lama tak hapdate belog. da nak sebulan. sebenarnyer byk sebab. tapi yg ni yg paling bosa musababnyer. baru semalam dpt ber-belogging dengan tenang dan aman.

2 minggu lepaih exam itu hari, aku pon secara otomatis menyumbatkan diri ke dalam sebuah military camp di Penang. bagus sangat bila org lain berjimba cuti-cutian, aku bercuti di kem. yes, 'bercuti'. kau sendri tahu ape akibat kalo bercuti dalam latihan tentera. bila da jadi sorang askar, rambut yg panjang berjela mcm jin iprit perlu dipotong pendek sependeknye. tak mau cite byk. ini gambar tengok sendri.


formation yg membentuk our regiment, the 509th.








owh, aku tentulah yg muka bengis mcm mamak menahan cirit tu. sorilah, tak dapat tayang muka. mungkin terlalu hansem utk ditayang. bila da masuk army, meme boleh putus urat. ditambah dengan serangan mental dari jurulatih yg psiko,mmg boleh mencabar ketahanan diri.

lepas ni mungkin aku akan wat segmen kehidupan dlm army. hmm, ad gak idea nak mencoret carut.